13 December 2011

Introvert juga selalu senyum....

salam ziarah....

senyum dan diam ialah sesuatu yang memberi maksud berbeza .

senyum ialah perbuatan yang zahir dapat dilihat oleh mata kasar . walaupun senyum dalam keadaan tanpa suara , ia tetap mampu memberi gambaran yang bahawa seseorang yang memberi senyuman itu sedang menikmati kebaikan . mungkin juga senyum yang sedang dirasuk dengan kejahatan .

manakala , diam pula ialah perbuatan zahir yang juga dapat dilihat oleh mata kasar tetapi sukar untuk diterjemahkan dalam gambaran bahawa apa yang sedang bermain dalam minda seseorang yang tidak berkata-kata . bukan bisu , cuma bibir tidak bergerak-gerak untuk melantunkan suara .





diam mampu menjauhkan diri daripada masyarakat yakni halimunan di tengah hiruk pikuk manusia . itu menjadikan lelaki diam itu tidak terkenal di kalangan manusia lain yang selalu bercakap .

si introvert selalu diam , kata si saintis untuk mengecas kembali tenaga mereka untuk digunakan dalam  aktiviti harian mereka . diam juga ada iras-iras malu . apabila lihat seorang lelaki yang diam , masyarakat akan beri tanggapan yang lelaki itu seorang pemalu . itu diskriminasi .

jangan jadi hakim yang memberi hujah-hujah tentang diri sendiri kerna manusia tidak diciptakan serupa perangainya . jangan selalu membuat perbandingan dengan orang lain , kerna manusia diam itu juga ada perasaan . 




diam juga umpama refleks orang yang sedang berfikir . orang diam bukan sengaja mahu bisu , cuma takut mengguris hati manusia yang suka berkata-kata . 

hairannya , orang diam suka memberi senyuman . kadang-kadang , senyuman itu hanya zahir di hatinya . dan selalu di bibirnya , mungkin itu cukup bagus bagi mereka untuk berkomunikasi dengan manusia yang suka bercakap sebagai lambang yang manusia diam itu sedang menikmati dunia kebaikan yang dicipta tuhan .

silence and smile are two powerful words.....smile is the way to solve many problems and silence is the way to avoid many problems..

7 comments:

look before you leap said...

terasa aku,,huhu..maaf..

NaRuFiQ said...

semoga kita sentiasa bersangka baik dengan manusia lain...

NZ Diaz said...

tak boleh ke cakap orang pemalu? :O

NaRuFiQ said...

bukan tak boleh la bro...kene r siasat dulu orang tu macam mne...hee

MERAH said...

Setiap manusia tu dicipta ada kekurangan dan kelebihan.kadang2 diam tu lebih tenang, tak ke gitu?huhu

NaRuFiQ said...

ya , itu tidak dapat dinafikan sama sekali.....tetapi jangan terlalu diam plak , nanti susah nak menyampaikan kebenaran

Pak Min said...

Hampir seiras kita nampaknya.... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...