02 June 2013

Laptop aku yang cengeng

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


aku sibuk .


disebabkan aku sibuk . aku mula memperlahankan penulisan di sini dek kerana terdapat pelbagai lagi asbab yang banyak menghalang aku untuk menulis di kertas kertas putih ini . maka , duduknya aku di sini di hadapan laptop ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang menjadi penulis di sini .


mungkin ada rasa yang 'sentap' . terkena batang hidup sendiri . tulisan yang cacat merba . mengarut . sampai tak faham . =_=" bahasa yang kasar, mungkin .


mohon ampun atas salah dan silap .


bulan 7 akan datang , tidak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dengan ini aku perlu banyak meluangkan masa menelaah lecture note yang sudah lama basi di atas meja studi . dan disebabkan tidak mahu ketinggalan untuk mengumpul saham pahala .


aku akan lebih aktif di muka buku . boleh 'like' page di sebelah kanan kertas putih ini . dek kerna boleh update dengan pantas . ringkas . dan padat .


dan akhir kalam untuk hari ini .


aku bersyukur di saat ini . kepada tuhan yang maha pemurah , masih lagi memberi ku nafas . memberi ku peluang untuk terus berbakti kepada agama ini .


mohon ampun daripadaMu , ya rabb . aku cuma hamba biasa . tidak sehebat abu bakar . yang menangis tatkala membaca ayat pertama surah al zalzalah . dan seterusnya . sehingga tamat .


Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 

lalu bagaimana nabi Muhammad menenangkannya . 

cuba dalami apa yang baginda katakan . 

” Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.” 

(HR Ath-Thabrani dan Baihaqi)

Allah maha pengampun . di mana keredhaanNya itu lebih besar daripada kemurkaanNya .  

kita tidak akan dapat lari daripada berbuat dosa. kerna kita manusia . jadi , menangislah wahai diri . sebab dosa buatkan kau hina . jelik . hodoh . busuk . dan kau akan dicampak ke neraka . 

tetapi . 

di saat kau sedar . kau silap . kau menyesal . kau bertaubat  . 

tangan itu yang akan menyambut mu . menahan daripada bara api . membawa mu pulang ke kampung asal mu . 

menangislah . mata , menangislah . 


ya Allah , cintailah kami . 
bimbinglah kami . 
ke jalan Mu .  
untuk ke Jannah .

kurniakanlah kami
sepasang mata yang mudah menangis
atas dosa noda sendiri 

kurniakanlah kami cahaya
nur yang buat kami
bahagia menjadi
orang yang beruntung 

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

surah al Furqan : 68-71

p/s : menginjak ke umur puluhan . mendekatkan jarak ke arah kematian . muhasabah .

4 comments:

kukucawan said...

Gud luck 4 your exam!!!

farah izzati said...

syafiq...nty tlong follow blog aku jgk ey...pstu nk tnye2 sifu mcm ko cmne nk blogging.

Inspector Saahab said...

ciri2 'ibadurrahman :)

haliqA hanimkuM said...

Aku seronok dtg sini.
Aku suka cra ko mencakar.
Jmput ziarah teratak hamba juga
http://ilive4well.blogspot.com
salam kirim salam emak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...