Lelaki ini .
Hatinya terasa terhibur dek kerana papan kedai yang cantik . tergantung kemas . berwarna
warni . memberi redup . walau tenung mentari itu masih menggila . membuka pori
yang rajin merembes minyak dan peluh . silaun terik itu menambah sinar . memukau
jiwa . menarik mahu . menjejak kaki ke dalam .
sebuah kedai hadiah baru .
Dan lelaki ini . pandangan pertamanya . menyentap jiwa .
bergetar hati . tatkala , di balik kaca jernih itu . ada hadiah yang berbalut
indah . kertas pembalutnya bergemerlapan . dari jauh seperti bintang yang jauh
cerahnya berbanding yang lain dalam gelap malam . rebennya sebagai pengikat .
sayup sayup kejauhan seperti ada rama rama yang diikat .
Mata lelaki itu masih jauh . dan lelaki ini mula malu .
Apalah ertinya , lelaki ini hina . tidak termampu rasanya
menyaingi nilai hadiah itu dibandingkan nilai yang ada dalam kocek seluarnya
yang lusuh .
Namun , tidak salah kiranya . jika ia belum bertuan , mana
tahu nilainya boleh dirunding . ah , lelaki ini berlawan . dengan dirinya sendiri
. tidak salah bukan . lelaki ini mengenal . mencari . memahami . yang bergetar
di hati ini .
Langkahnya mendekat . jejak kakinya tidak kekok . kacak .
walaupun , mentari mula menyinga . hangus sedikit kulitnya . seakan peluhnya
sudah menikmati proses evaporasi pula .
Namun , getaran hatinya itu . tidak lagi tersejat . makin di
dekat , hatinya bergetar . menghantar impuls . menyalur adrenalin . menambah
kencang jantung berjalan . darah merah itu memecut laju . membentuk rona merah
di pipi .
Hampir . dan semakin hampir .
Hadiah itu . bertambah pesona . bintang yang cerah . menambah
kilau . laksana berlian . rama rama merah itu seperti mahu terbang . meloloskan
diri . mungkin malu malu dengan pandangan lelaki yang pipinya disimbah warna
merah saga .
Dan setiap hadiah itu , pasti punya nilai . dan dari
kejauhan lagi lelaki itu sudah beragak agak . untuk memperoleh . menyaingi
nilai sebuah hadiah itu . berbanding nilai
yang ada dalam kocek lusuh ini . lelaki ini hanya senyum kelat . menahan pahit
dan kemudiannya manis .
Pahit . memikirkan dia perlu bersabar . bekerja keras . mahu
menjadi seperti lelaki itu .
Manis . memikirkan nikmat yang dijanjikan . bermuhajadah
selalu . mahu menjadi seperti lelaki itu .
Lelaki itu .
Yang tidak malu malu mengucapkan inni akhafullah .
1 comment:
Hebat!!! Adjektif digambarkan begitu mendalam, puitis. Untung2.
Post a Comment