25 May 2014

Perempuan dan mata wang.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

perempuan dan 'mata wang'

setiap perempuan mempunyai mata wang mereka sendiri.
ibarat setiap negara yang punya mata wang mereka sendiri.

kalau kau mahu beli hati mereka, jangan guna mata wang kita sendiri
guna mata wang mereka
jangan guna mata wang perempuan lain
sebab setiap perempuan itu berbeza mata wang mereka antara yang lain

jadi
bagaimana mahu mengenal mata wang mereka?

mestilah kena kenal dengan pencetak mata wangnya.

dan bila kau sudah mahu untuk kenal. maka berusahalah terus.
berusaha untuk menjaganya daripada dikoyak. digumpal gumpal. dibiar kusam dan masam.
peliharalah ibumu, adikmu, isterimu, saudara perempuan mu.

kita diberi amanah untuk menjaga.
seindah indah hiasan.

didedikasikan kepada encik yang aneh.

1 comment:

QalamWardahZinnirah said...

Terima kasih atas perkongsian pemilik blog ini. Good job and nice entri. Moga ALLAH sentiasa merahmati pemilik blog ini dunia & akhirat.