21 January 2015

Lelaki nakal.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

ada satu masa, kawan aku kata lelaki baik susah nak dapat tempat di hati perempuan. mereka akan pilih yang 'bad guy'. berdasarkan pengalaman mengenalinya, lelaki baik ialah lelaki yang miskin rupa paras dan harta tetapi baik agamanya, sekurang kurangnya masih taat berpegang suruhanNya.

aku kata, mengapa.

dia memberi tiga sebab yang aku fikir agak klise.

disebabkan sebabnya yang klise, aku rasa orang lain sudah sedia maklum. jadi, aku malas dan penat untuk menulis panjang.

tetapi, disebabkan aku baru menghabiskan beberapa siri pembacaan buku, aku ada terfikir sebab yang keempat.

manusia dilahirkan bersama kecacatan walaupun tabib profesional bilang kondisi tersebut adalah normal. segala diagnosis dan rancangan berkata begitu. sempurna.

tapi, kita membawa kesilapan bersama sama tangisan di awal hari kita dilahirkan. manusia tidak pernah lekang berbuat nakal.  dan seharusnya begitu, dosa sebagai standard unit untuk mengukur kenakalan manusia.

dan seperti bagaimana perempuan melihat lelaki nakal, dalam jiwa mereka terselit harapan. harapan di mana dalam kenakalan seseorang lelaki itu, ada sedikit kebaikan yang terselit dan boleh timbul.

kebaikan selalu menggembirakan.
ia menenangkan.

bila derita berlalu pergi, bahagia datang. ia menghangatkan.

sebagaimana tuhan mencipta manusia yang ada kecacatan, Dia melihat kita dengan penuh harapan.
dalam kesilapan yang kita buat, ada harapan dalam jiwa manusia.
harapan untuk kembali.
harapan untuk jadi lebih baik.

kita. manusia. memang buat silap.
macam coach aku pernah cakap,

dalam game, kesilapan memang akan selalu ada. tapi, kita. kita lah yang kena kurangkannya.

dan macam manusia agung itu bersabda,

semua anak Adam itu melakukan kesalahan. sebaik baik pelaku kesalahan ialah mereka yang bertaubat.

1 comment:

Sakinah Kamal said...

hmmm very subjective. haha :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...