07 May 2015

monolog-cillin

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

orang beriman ini low profile. orang perangai macam dajjal ini sebaliknya. kata orang sebelah.

orang sebelah lagi menggangguk. aku juga mengikut. cuba membiasakan dan mengikut rentak. 

of course lah ramai yang ikut orang yang famous, sebab darjat publisiti dia lebih dasyat daripada orang orang yang low profile ini.

angguk ramai ramai.

ini semua salah orang yang low profile. duduk diam dan bersendiri sangat. kalau bersendiri pun, duduk dalam geng geng dia sahaja. 

atmosfera jadi beku. dingin. velocity anggukan menurun. 

dan ini juga salah orang yang ikut high profile. leka sangat. bawa bawa lah pergi tempat low profile.

mana? tanya lelaki yang kurang angguk. 

pergi tanya orang sebelah kau itu lah. 

aku. aku?

mata. mata pandang aku.

inilah tempat low profile. 

semua menggangguk. 

tapi, dengan kadar yang perlahan sekali. 

padan muka. 


04 May 2015

Bagaimana untuk menjadi kacak?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

hari itu aku cuti. jumpa kawan kawan lama aku. kawan kawan aku sindir aku. kenapa muka kau dah tak jambu wei? aku cakaplah aku stress dan tension. selepas itu, mereka mula banding bandingkan muka aku dengan muka kawan aku yang sekarang makan collagen. ( lelaki pun makan collagen kau tahu, metroseksual ) aku macam biasa. pasang muka blur. campur muka berminyak tahan haba kena sindir.

aku ada juga curi curi makan collagen adik aku. manis. tapi, mahal. selepas itu kantoi dengan adik perempuan aku. tapi, nasib baik ukhuwah kami bak semberani jadi carik carik bulu ayam, bercantum juga. malah, dia suruh aku daftar jadi ahli beli produk collagen. boleh dapat murah. aku sebagai lelaki. yang ada ego. daftar sebagai ahli hanya merosakkan imej dan menambah malu sahaja. dalam senarai ahli semua perempuan kecuali aku. mana nak letak muka.

jadi, aku google bagaimana untuk menjadi lelaki yang jambu walaupun stress dan tension pun, tetap kejambuan masih utuh. 

positif. 

minum air. makan pisang. makan buah limau. beli mask. pakai pencuci muka.

ini semua memerlukan bajet.

dan aku manusia yang selalu kering. jadi ini satu kontradiksi.

jadi jambu bukan dapat pulang modal pun. 

maka aku pilih bajet yang paling murah. iaitu berfikiran positif. walaupun murah tanpa memerlukan sen, tapi ia satu kaedah yang sangat susah dan perit. fikir positif ini seperti apa sahaja yang terjadi kepada kita, kita boleh terima.

perkara baik berlaku kita terima. perkara buruk berlaku kita terima.

tapi susah nak terima kalau kita dalam keadaan emosi yang tenat, kita disuruh dan dipaksa menerima segala yang terjadi depan mata. 

aku bukan orang yang positif. kalau boleh aku nak lari jauh daripada orang ramai, takut takut kenegatifan aku itu berjangkit dan merebak ke komuniti yang sihat. rosak masyarakt kita dengan muka yang tak jambu. 

bila aku muhasabah. fikir dalam dalam. tahap kepositifan aku dalam melangsungkan kehidupan bergantung kepada sangkaan aku kepada tuhan. kadang kadang, bila datang saat kritikal kita boleh bersangka buruk dengan tuhan.

doa tiap tiap hari tapi tak makbul. mana tak geram. lagi lagi dalam keadaan terdesak dan terhimpit. mana tak resah.

jadi, aku fikir lagi dan lagi. review balik keadaan kita. adakah iman kita dalam keadaan positif? buat ibadah banyak sangat tapi tak khusyuk. tak khusyuk sebab asyik ingat perkara perkara dunia. muhasabah balik, mungkin ada satu ibadah yang kita dulu buat tapi tinggal sebab sibuk sekarang. ada satu dosa dan maksiat yang kita buat sekarang boleh beri kesan kepada kita sekarang ke?

satu kesilapan yang kita buat sepanjang hidup kita boleh jadi terlepas rahmat tuhan. walaupun hanya satu kesilapan. 

dan lagi, bila tuhan delay permintaan kita. doa kita. ummi pesan sangka baik lah. 

sangka baik memang perkara susah. tapi, bila kau percaya yang tuhan maha kaya. kaya bukan hanya terbatas nikmat yang kau minta hari hari. kaya boleh beri apa yang kau ada sampai sekarang. 

tanda orang itu bersangka baik, dia terus berdoa. walaupun doa yang sebelumnya telah termakbul, dia masih lagi ada ilham untuk berdoa dan meminta nikmat yang lagi satu. 

mungkin sebab itu aku masih belum jambu. 

doa itu percuma. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...