04 May 2015

Bagaimana untuk menjadi kacak?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

hari itu aku cuti. jumpa kawan kawan lama aku. kawan kawan aku sindir aku. kenapa muka kau dah tak jambu wei? aku cakaplah aku stress dan tension. selepas itu, mereka mula banding bandingkan muka aku dengan muka kawan aku yang sekarang makan collagen. ( lelaki pun makan collagen kau tahu, metroseksual ) aku macam biasa. pasang muka blur. campur muka berminyak tahan haba kena sindir.

aku ada juga curi curi makan collagen adik aku. manis. tapi, mahal. selepas itu kantoi dengan adik perempuan aku. tapi, nasib baik ukhuwah kami bak semberani jadi carik carik bulu ayam, bercantum juga. malah, dia suruh aku daftar jadi ahli beli produk collagen. boleh dapat murah. aku sebagai lelaki. yang ada ego. daftar sebagai ahli hanya merosakkan imej dan menambah malu sahaja. dalam senarai ahli semua perempuan kecuali aku. mana nak letak muka.

jadi, aku google bagaimana untuk menjadi lelaki yang jambu walaupun stress dan tension pun, tetap kejambuan masih utuh. 

positif. 

minum air. makan pisang. makan buah limau. beli mask. pakai pencuci muka.

ini semua memerlukan bajet.

dan aku manusia yang selalu kering. jadi ini satu kontradiksi.

jadi jambu bukan dapat pulang modal pun. 

maka aku pilih bajet yang paling murah. iaitu berfikiran positif. walaupun murah tanpa memerlukan sen, tapi ia satu kaedah yang sangat susah dan perit. fikir positif ini seperti apa sahaja yang terjadi kepada kita, kita boleh terima.

perkara baik berlaku kita terima. perkara buruk berlaku kita terima.

tapi susah nak terima kalau kita dalam keadaan emosi yang tenat, kita disuruh dan dipaksa menerima segala yang terjadi depan mata. 

aku bukan orang yang positif. kalau boleh aku nak lari jauh daripada orang ramai, takut takut kenegatifan aku itu berjangkit dan merebak ke komuniti yang sihat. rosak masyarakt kita dengan muka yang tak jambu. 

bila aku muhasabah. fikir dalam dalam. tahap kepositifan aku dalam melangsungkan kehidupan bergantung kepada sangkaan aku kepada tuhan. kadang kadang, bila datang saat kritikal kita boleh bersangka buruk dengan tuhan.

doa tiap tiap hari tapi tak makbul. mana tak geram. lagi lagi dalam keadaan terdesak dan terhimpit. mana tak resah.

jadi, aku fikir lagi dan lagi. review balik keadaan kita. adakah iman kita dalam keadaan positif? buat ibadah banyak sangat tapi tak khusyuk. tak khusyuk sebab asyik ingat perkara perkara dunia. muhasabah balik, mungkin ada satu ibadah yang kita dulu buat tapi tinggal sebab sibuk sekarang. ada satu dosa dan maksiat yang kita buat sekarang boleh beri kesan kepada kita sekarang ke?

satu kesilapan yang kita buat sepanjang hidup kita boleh jadi terlepas rahmat tuhan. walaupun hanya satu kesilapan. 

dan lagi, bila tuhan delay permintaan kita. doa kita. ummi pesan sangka baik lah. 

sangka baik memang perkara susah. tapi, bila kau percaya yang tuhan maha kaya. kaya bukan hanya terbatas nikmat yang kau minta hari hari. kaya boleh beri apa yang kau ada sampai sekarang. 

tanda orang itu bersangka baik, dia terus berdoa. walaupun doa yang sebelumnya telah termakbul, dia masih lagi ada ilham untuk berdoa dan meminta nikmat yang lagi satu. 

mungkin sebab itu aku masih belum jambu. 

doa itu percuma. 


5 comments:

sofie adie said...

Selalu ambil air wudhu pun tak perlukan bajet yang tinggi untuk hensem...(tak bahaya ke muda-muda dah pakai collagen?)

L.I said...

wudhu yup. betul. collagen bahaya ye? saya tak tahu pula

Anonymous said...

Thanks ah bro

Anonymous said...

Jangan sedih muka tk licin, bersih dan bercahaya di dunia. Saya belajar hadith tingkatan 4, kalau kita melebihkan basuhan ketika berwudhuk maka pada hari akhirat nanti seluruh anggota wudhuk kita bercahaya. Dalam bahasa arab panggil 'غراً محجلين'...
So janganlah sedih kalau wajah tk shining kat dunia, tapi sedihlah kalau wajah shining di akhirat nanti. Dan salah satu cara Nabi Muhammad s.a.w. nak cam kita umat baginda ialah dengan anggota wudhuk yang bercahaya. InshaAllah. Sekadar perkongsian dan peringatan bersama.

Anonymous said...

Jangan risau dan sedih kalau wajah tk berseri-seri kat dunia. Biasanya kalau baru masuk U, tension dan stress memang wajah dah tak jambu macam sebelumnyaa.
Jangan risau dan sedih jika wajah tidak berseri-seri sewaktu di dunia kerana kita patut sedih dan risau jika wajah kita tidak berseri-seri di akhirat nanti.
Saya ada belajar hadith tingkatan 4, Nabi Muhammad cakap kalau kita berwudhuk dan melebihkan basuhan pada anggota wudhuk tersebut maka wajah kita akan berseri-seri pada hari akhirat nanti. Dalam bahasa arab dipanggil "غراً محجلين"...
Dan salah satu cara Nabi Muhammad s.a.w. nak cam kita sebagai umatnya di akhirat nanti adalah dengan wajah dan anggota wudhuk yang berseri-seri. Istimewanya umat ini berbanding dengan umat yang lain.
Sekadar perkongsian dan peringatan bersamaaa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...