18 January 2016

Aku tak pandai buat poster.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum. Tetiba.
Tak pernah pernah beri salam dekat sini. Aku sebenarnya tak ada apa apa pun nak tulis di sini. Cuma nak singgah singgah. Baca ayat ayat lama dan tiup habuk habuk. Dah lama tak membaca dan menulis. Bukan sibuk mana pun, ada sahaja buku buku yang terbeli dan tidak dibaca sehingga kini. Salah satu dosa besar orang yang membeli buku ialah tidak membacanya dan tidak membacakannya. Jangan risau ini hukum aku buat diri sendiri, sebagai tanda tegas untuk terus rajin membaca. 

Tahun 2016 aku nak khabar, resolusi aku bukan main main. Pertama kali aku tulis resolusi atas kertas cantik cantik. Siap aku design poster pakai photoshop lagi ( aku baru belajar ). Walaupun aku tak berapa ambil serius mana, entah tidak buat atau lupa pada minggu hadapan. Aku tetap cuba nak perbaiki diri. Mahu lebih produktif dan berharap tahun ini lebih bermakna dan tidak sia sia. 

Sebelum sebelum ini aku ada buat resolusi juga tetapi tidaklah begitu terperinci sebagaimana tahun ini, aku ada gariskan beberapa titik titik yang mana perlu aku habiskan dan kuasai. Lagi pula, resolusi sebelum ini hanya berada di awangan minda sahaja, satu dua sahaja yang terlaksana. 

Disebabkan aku penuh semangat tulis tulis resolusi dan perincian pelaksanaannya sekali, membuatkan aku cepat penat dan malas nak tulis di sini. ( ironi. dalam resolusi aku nak jadi rajin. ) Biarlah rahsia. Kalau kongsi kongsi di sini, takut takut nanti aku tak buat, aku pula yang dapat segan sampai akhir tahun. Apapun, insyaAllah. Dengan izinNya, aku harap dapat selesaikan segala hajat dan plan yang aku rancang. 

Aku tak tahu nak tulis apa lagi sebenarnya walaupun aku baru balik daripada berjalan jalan jauh. Mungkin sisa sisa penat itu masih ada atau aku memang lelaki yang cepat penat. Dan mungkin juga aku dah lama tak membaca buku, membuatkan aku sudah hilang kata dan deria untuk menulis. ( Boleh agak salah satu resolusi aku tahun ini ) 

Tapi, yang pasti aku tak letaklah yang aku nak kerap menulis di sini. Sebab aku tahu ini misi yang sangat mustahil. Memandangkan aku dapat meramal cuaca yang sibuk melanda dalam tempoh 6 bulan yang mendatang. Ya. Angin kali ini memang sangat deras, jadi, aku pohon kalian yang sedang mengendap ngendap blog ini, hulur hulurlah doa untuk aku supaya aku dapat mengharung badai fizikal dan emosi yang bakal melanda. 

Dengan izinNya, aku hidup sempat bernafas dengan udara malam ini dan berharap dapat lagi bernafas untuk menunaikan janji janji yang tertunggak. Tahun tahun yang sebelum ialah tahun tahun aku belajar. Bukan bermakna akan datang, aku berhenti belajar. Tetapi, biar kita belajar sambil beramal. Tahun tahun sebelum ini aku belajar tapi tak tahu apa yang aku dapat. Biarlah kali ini aku tahu apa yang aku dapat daripada apa yang aku belajar. Ujian takkan pernah berhenti mengajar kita walaupun kita dah faham apa Dia ajar. Supaya kita tidak lalai dan menjadi enggan. 

Aku hipster. Tetiba. Random.
Dah tiada idea nak tulis apa. Aku bukan hispter. Memang tiada dalam resolusi pun nak jadi hipster. 

Disebabkan betul betul tiada idea ini, aku mahu undur diri. 
Aku harap dapatlah tembak semajoriti yang boleh resolusi tahun ini. 

Assalamualaikum. Tetiba. Tak pernah pernah beri salam selamat tinggal. 
Janggal. 
Ironi lagi. 
Selamat. 




Kalahkan hawa nafsu yang macam gajah ini pun salah satu dalam resolusi. Semoga selamat sampai.

No comments: