01 February 2016

Pak cik pak cik tenis yang suka sihat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



Waktu aku umur belasan tahun dan belajar di menengah rendah, aku suka main bola sepak petang petang. Kadang kadang, waktu pagi pagi waktu cuti. Dan disebabkan ketiadaan fasiliti seperti gelanggang futsal di kawasan perumahan kami ( ada padang rumput tapi padang macam bendang ), kami guna gelanggang tenis penuh dan gelanggang tenis separuh. Kalau ada orang main tenis, kami main di gelanggang tenis separuh. Kalau tiada orang main tenis, kami main tenis di gelanggang tenis penuh. Cabut jaring tenis, lepas itu boleh main ramai ramai sebab gelanggang lebih besar berbanding yang separuh.

Tapi, kebanyakkan masa memang kami selalu main gelanggang separuh sebab pak cik pak cik di tempat kami memang suka main tenis. 

Menjadi masalah kepada kami dan juga pak cik pak cik tenis yang suka sihat ialah bola kami sentiasa akan tersesat masuk ke gelanggang tenis yang mereka selalu main. Kaki kami cenderung sepak bola tinggi tinggi melepasi dawai halangan menyebabkan pak cik pak cik tenis tertukar memukul bola sepak yang 7 kali ganda lebih besar daripada bola tenis. 

Dan ini menyebabkan pak cik pak cik tenis yang suka sihat berasa sangat marah yang tidak boleh dibendung lagi. Mula mula mereka memulangkan kembali dengan wajah senyuman memandangkan kami boleh dijadikan bakal bakal mokhtar dahari dan memulangkan juga kata kata amaran sinis. Kami faham. Kami mula bermain dengan sepakan yang sangat sopan santun. Disebabkan terlalu sopan santun, kami cepat penat. Sebab bila kita bermain terlalu 'baik' , kami akan cenderung berfikir dengan kuat dan banyak.

eh, nak sepak slow ke? tapi nanti keeper dapat tangkap bola. nak sepak kuat takut tinggi, nanti pak cik sebelah marah kami.

Jadi, disebabkan kami main tak banyak guna fikir, kami mula sepak kuat kuat sampai lepas lagi masuk sebelah gelanggang. 

Semakin berlarutan, semakin jengkel. Lalu pak cik pak cik yang suka sihat itu menghaburkan kata kata kesat. Wah, kata kata kesat itu selalunya yang aku dengar adalah datangnya daripada mulut anak anak muda. Culture shock di situ. Tergamak semua. Otak masih suci ketika itu. Disebabkan kami anak muda, kami sukakan cabaran dan suka meniru. Kami juga marah tetapi tidak membalas dengan bahasa kesat. Pak cik yang suka sihat itu yang dari tadi tidak tertahan merah mukanya sebab asyik kena smash tempat dia, ambil bola kami. Sepak bola tinggi tinggi. Terbang dan jatuh di jalan raya. Kereta yang lalu. Langgar. Meletup. Hancur. Tamatlah riwayat bola kami. Kebetulan. Drama. Drama selalu datang dalam kebetulan. 

Jadi, disebabkan bola itu milik anak ketua blok. Dia mengamuk. Dan mencarut. Ramai yang turut mencarut sama. Aku baik. Aku tak mencarut. Aku menutup telinga. Yang aku dengar bahagian terakhir selepas ayat mencarut iaitu gilerrr... '.....giler' dan '.....giler'

Aku tahu. Sekarang aku dah tahu ayat awal sebelum gila. Tapi, aku tak cakap.

Disebabkan ramai antara kami mula mencarut secara berjemaah. Pak cik pak cik yang suka sihat itu mula mencampak raket tenis dan mengejar kami. Kami lari. Kami lari sebab mereka semua polis polis pencen. 

Ada yang ketawa sebab excited kena kejar dengan polis pencen.
Ada yang mencarut lagi.
Ada yang menangis sebab team kami ada budak darjah dua jadi dia tak biasa kena kejar. Culture shock. 

Moral of the story;
Tiada moral pun sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa aku tulis di sini. Mungkin, sebab aku jumpa kawan lama aku yang buka balik cerita lama. Dia yang ketawa masa part lari kena kejar dengan polis pencen. Aku dah tak ingat reaksi aku waktu aku kena kejar. Yang penting aku tak mencarutlah waktu itu.
\
Tapi, bila fikir balik. Adalah moral disebalik cerita ini.
Kita tak suka sangat bila orang sekeliling kita tegur perkara baik campur nada sentap campur lagi suara tinggi tinggi. 
Apa sahaja yang datang untuk sentap sentapkan hati kita, memang hati akan rasa tak seronok mendengarnya. Tak seronokkan kalau datang datang jumpa kita beri nasihat dengan suara yang tinggi dan kasar. Memang angin kalau dia sambung nasihat itu sampai orang luar yang tiada kaitan pun boleh dengar sekali.

Tapi, bila sampai bahagian hari yang kita kena muhasabah ( Umar ra pernah kata hisablah diri sebelum dihisab, bersedia untuk hari yang datang ), pandai pandailah buang bahagian carut marut, nada tinggi vokal dan nada sinis yang sentap. Yang tinggal ialah perkara yang betul.

Dan perkara yang betul atau mesej yang betul ataupun hikmah ini kena ambil. 
Kalau kita tak ambil, rugi. Tak beruntung di sana. 

Kutiplah hikmah sebanyak mana, hakikatnya hikmah memang milik orang beriman. 
Cari. Masak. Buat bekal. 

Kepada orang yang baik dan tak mencarut, meh la tolong aku buat bekal. 




Sedap

3 comments:

Anonymous said...

Culture shock..hahaha..
Idk y but i laughed so hard at the part "Dia yang ketawa masa part lari kena kejar dengan polis pencen."

Fun memory u had there

L.I said...

terima kasih ye :)

Anonymous said...

Hahaahahah comei je Syafiq oi.