24 July 2016

Tulisan janggal.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Setiap kali nak habis satu bulan. aku akan rasa gementar. sebab aku ada ada tulis azam tahun ini yang aku nak tulis minimum satu post dalam sebulan walaupun idea tak ada. 

aku? sihat. 
sekarang aku sibuk dengan belajar hal hal akademik dan cara cara nak hidup. Walaupun setiap kali percubaan itu ada, tetap hasilnya tidak seperti yang aku bayangkan. nangis. 

tapi tak mengapa. aku budak lagi. walaupun aku kurang pasti mana datang term budak itu, tapi biarlah aku yakinkan diri yang aku masih budak. sekurang kurangnya ada perkara yang aku yakin buat. 

melihatkan rakan rakan sebaya mahupun adik adik junior yang telah pun tamat belajar mahupun zaman bujang, aku pun turut menamatkan beberapa perkara perkara yang aku rasa kagum sampai sekarang. aku dah berhenti main game dan menonton anime. untuk beberapa minggu. minggu, ya. aku ada sedikit kagum dan bangga sekurangnya aku berusaha untuk menamatkan sesuatu. 

sepanjang aku hidup, untuk lima tahun akhir akhir ini tak pernah aku merasa kesempitan kewangan yang boleh tahan dasyat jugalah. bila aku mengira, aku sedikit boros. sedikit sahaja. lebihnya perbelanjaan duit keluar itu disebabkan situasi situasi cuai dan malang yang tak dapat dielakkan. 

aku kena langgar lari. sebenarnya orang itu tak lari sebab kena tahan dengan seorang lelaki yang baik supaya menuntut ganti rugi bagi pihak aku. akhirnya, aku buat keputusan untuk aku baiki motor aku dulu dengan wang sendiri dan menghantar resit kepadanya. tapi, disebabkan aku tak pandai dalam mengendalikan hal hal dewasa, dia tukar nombor telefon, dan aku tak dapat menghubunginya maka aku pun ber'raver' keseorangan. 

setelah membaikinya dengan penuh cantik menawan, beberapa bulan kemudian motorku dilarikan orang. sedih, bukan? tak sedih? mungkin kau tak sedih, sebab kau orang kaya. tak adalah. sambung, disebabkan itu terpaksalah aku menggunakan motor lama aku yang uzur dan terpaksa diservis sehingga halalan toyyiban. supaya hati aku lebih senang menunggangnya. 

banyak lagi situasi yang tak dapat aku elakkan menyebabkan duit keluar melimpah limpah. betul kata orang, setakat derma seringgit dalam kotak masjid tapi dalam wallet ada seratus ringgit, apalah teruk sangat kedekut tahi hiudng masinmu. di situ aku insaf, walaupun seram nak derma sepuluh ringgit. menggigil teruk sebab pandang wallet, kosong dan ringan. jadi, aku letak resit bank, kad bas, kad upin ipin dan boboiboy untuk tambah berat supaya hati aku lapang dan tenteram. cerita berkenaan dengan wallet, aku kena tipu juga. sebab bila nak bayar, harga wallet itu jadi mahal daripada tanda harga asal. scan code bar tertera harga jauh lebih tinggi daripada yang asal. Allah. aku senyum depan cashier bangla. dia senyum kembali. hari yang indah tuan tuan dan puan puan.

disebabkan aku mula terasa miskin, aku mula tulis novel. tetap juga tak menjadi. aku ditolak 3 kali. sedangkan j k rowling ditolok berpuluh puluh kali apatah budak lelaki hingusan seperti aku. mungkin sampai ratus kali, baru aku diterima. tak apa. aku sabar. lima tahun yang terasa panjang. nangis? aku dah tak terasa. bukan boleh buat orang itu cair pun. 

azam aku yang kuat untuk bekerja waktu cuti pun tidak menjadi disebabkan tahun depan aku kena pindah rumah, maka kenalah renovate rumah baru dan disamping aku kena siapkan projek akademik aku yang terbengakalai tanpa arah. aku pujuk hati aku. aku pandang langit cari kolam bintang. namun, cahaya daripada bumi tetap mengaburi skrin malam. aku reda. 

tahun tahun yang lembab
takut juga aku mati tak sampai hajat
takut juga aku mati sebab banyak beri alasan

tulisan ini semua alasan

ok. aku nak sambung kerja yang tak siap lagi.
semoga aku jumpa aku. 

 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...