23 October 2016

Tajuk tak tahu. Terharu baca komen mungkin.


Aku suka baca komen daripada cerita yang aku tulis di sini.
Yang di mana, di akhir cerita aku. Ada yang satu kapal dengan aku. Walaupun bukan di dek, tapi duduk di kabin. Dan ada yang melepak di bilik enjin. Kita semua naik kapal yang sama. Mungkin ada yang decide nak tukar arah, turun di pelabuhan penyinggahan, tukar kapal pergi ke destinasi lain. Dan ada juga yang terjun laut, selamat atau lemas terpulang kepada skil survival masing masing. Aku tak judgemental orang yang bukan satu kapal.

Dan aku juga cuba tak mahu jadikan situasi orang lain yang judge aku sebab naik kapal yang terhuyung hayang sebagai masalah. Hak dia judge aku. Jangan dengar judgement mereka. Kapal kita rosak, kita baiki. Mereka bukan boleh tolong repair pun.

Hanya mereka yang duduk satu kapal dengan kita, tak kiralah di kabin mahupun dek dan bilik enjin sahaja yang akan tolong kita repair. Sebab kita  kongsi masalah yang sama. Cumanya, masalah yang paling awal perlu diselesaikan sebelum menyelesaikan masalah kapal rosak ini ialah mengeluarkan dan melaungkan suara, bercerita masalah kita.

Masalah yang sebenarnya, bukan kita seorang sahaja yang menanggung masalah sendiri. Hakikatnya, kita berkongsi masalah yang sama. Kapal rosak bikin bilik enjin goyah, dek terumbang ambing dan kabin pun bergolak badai. Rasa enak bila kita sebenarnya bukan keseorangan. Rasa lega yang sebenarnya kita bukan menderita bersendirian. Tulislah cerita sedih dan malang. Agar dapat kita menggumpul mereka mereka yang senasib mendengar dan menyelesaikan masalah.

Orang yang kapalnya baik akan pergi tanpa toleh. Kita yang dihempas badai, kita berkumpul dan berusaha jadi kuat.

Iman dengan takdir. Percaya. 





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...