22 May 2017

Panda yang pemalu.



Panda yang sepi.

Kisah ini tentang seekor panda yang pemalu. Seekor panda yang mahu seseorang datang melawatnya kerana dia sangat sepi dan keseorangan. Tapi, dia akan melarikan diri apabila ada yang datang menghampirinya. Dia selalu melihat yang lain bersama sama di taman kecuali dirinya sendiri sebab dia malu dengan matanya yang 'lebam'.

Si panda yang pemalu sangat berhajat mahukan seseorang datang menghampirinya tapi dia dapat lebih merasakan, dia akan lebih selesa keseorangan di dalam rumah bambunya.

Satu hari, dia rasa sangat kesunyian. Dia sangat memerlukan yang lain kerana rasa sepi yang dalam. Lalu, dia berdoa. Berdoa yang lain akan datang mengajaknya keluar walaupun dia tahu, dia akan bersembunyi dan lari jauh daripada yang lain. 

Kenapa tak ada seorang pun yang mahu mendekati ku? luah si panda pemalu.

Ah....mungkin sebab aku sendiri tak mendekati mereka. jawabnya sendiri.

Dia cuba mengumpul kekuatan dan ketenangan untuk keluar bersama yang lain. Dia bercakap dengan jiran sebelahnya. Dan akhirnya, si panda yang pemalu minum teh bersama sama dengan yang lain.

Walaupun banyak masa terluang yang aku mahu kan ialah berseorangan, tapi bila kita luangkan bersama yang lain, terasa hangat hidup ini tanpa keseorangan.








2 comments:

Cik Introvert said...

Hai encik introvert...

Melekat pula mata aku dekat blog kau ni. kenapa kau nampak sedih hah? Jangan risau, Allah ada, tak selamanya kau akan bersedih. Kalau kau introvert, aku faham kau sebab aku pun sama. Tapi jangan terus down nanti penyakit introvert kau tu lagi teruk.

dari cik introvert.. suka baca citer kau pasal panda. macam aku pula si panda tu. hahahha

Cik Introvert said...

hai encik introvert... aku suka kisah kau pasal panda ni, sekali baca macma aku pula si panda tu.

aku baca post kau sebelum ni, kau nampak sedih aje. Dulu aku macam kau. sedih tanpa tahu sebab. rasa dunia adalah ujian tapi tak ada apa pun sebenarnya.

pendek kata, kau lawan la sikap introvert kau tu sebab sikap tu boleh buat kau hancur.

iklhas dari cik introvert