“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan”.
salam ziarah....
kemeja hitam berkolar putih menyaluti badannya . seorang lelaki membetulkan rambut hitamnya yang kusut masai . merapikan muka si pemalu di hadapan cermin lokar . hajat hatinya
memberi kelulusan bertemu dengan si gadis menggusarkan hatinya . cicak atau ayam yang membuang najis kapur menjadi agenda hari ini .
segan dan malu .
hampir-hampir memutuskan untuk
membatalkan pertemuan empat mata dengan si gadis . mungkin ,
sel-sel malu yang tidak pernah lupa memberi peringatan . namun , daripada
paksi selatan hatinya bertegas
janji perlu diperkotakan . disokong oleh
paksi barat dengan hujahnya ,
hanya diskusi ilmu di kafeteria sahaja bukan beraktivis nafsu .
paksi utara hanya termenung melongo . entah apa difikir .
paksi timur hendak berhujah membangkang namun jelas kuasa majoriti pasti menang . akur dengan keputusan . sepi tidak menolak walaupun
cuba juga menyuarakan . gagal .
lelaki yang pemalu itu keluar daripada rumahnya . menerima
niat paksi selatan dan barat . ya , hanya untuk kebaikan sejagat . sel-sel malu yang
tersipu-sipu menyelimuti pipinya yang sedikit berisi . pasti senyum seorang lelaki yang pemalu ini
memberi lesung pipit yang comel .
namun , lelaki pemalu ini seakan sudah
mati fungsi untuk memberi senyum di saat terpandang si gadis yang duduk
ibarat puteri kayangan yang bersantap di atas kerusi kafeteria bersama buku-buku tebalnya di atas meja .
sel-sel malu mula
berlumba merembes ke liang roma kulit lelaki pemalu . peluh dingin meratai dahi dan jatuh ke pipi . mungkin , peluh di dahi itu yang
membantut senyuman comel lelaki pemalu itu .
renungan matanya merudum sehingga tersungkur ke lantai marmar . langkah perlahan demi langkah perlahan menuju ke kayangan . retina matanya memutar ligat melalui
ekor mata kiri dan kanan , takut berlanggar dengan manusia lain dek kerna matanya tidak fokus ke hadapan .memberi salam dengan getaran
jiwa si pemalu yang tidak dibuat-buat . asli daripada atma lelaki itu .
kemudian , terdengar sapaan bait-bait lemah lembut si gadis ;
satu persoalan si gadis kepada lelaki itu yang memberi
transformasi sel-sel malu itu bercambah pada kadar maksima . darah seakan laju berlumba ingin keluar daripada liang roma kulit muka si pemalu . hangat dan merah pipinya seperti mahu meletuskan sesuatu yang
terpendam .
sel-sel malu bertindak seperti
ekstrimis yang tidak pernah gentar tetapi tersipu-sipu gerakannya .paksi timur
khuatir . kasihan dengan perubahan drastik lelaki pemalu . mungkin ,
sudah mati akal untuk memberi kata jawapan kepada soalan si gadis tadi .
di saat kabut yang sedang melanda hati lelaki itu ,
paksi selatan dan barat kecut mendiamkan diri , tak kurang juga
memberi bisikan nakal . bisikan nakal yang
sudah lari daripada niat asalnya berjumpa si gadis . paksi utara pula , jangan ditanya sudah lama terkubur dengan
mimpi indahnya selepas melongo ketika perbincangan .
paksi timur yang kasihan juga mati akal .
bimbang dengan ilmu yang sedikit . khuatir dengan si lelaki pemalu itu
bertindak luar daripada rasional fikirannya . namun , atas dasar
perasaan kasihan , paksi timur
membisik naluri lelaki pemalu itu .
memberi jawapan kepada si gadis yang sudah lama bertanyakan soalan yang menggusarkan lelaki pemalu .
lelaki yang malu itu cuba menguatkan atmanya . kotak suaranya cuba
mengumpulkan udara memberi paduan mampat gelombang yang ingin diletuskan . bersedia
memberi jawapan kepada persoalan si gadis itu . suara bercantum dengan akal , suara si pemalu itu terbang liar ke cuping si gadis .
' aku lelaki yang mudah jatuh cinta kepada perempuan . hasrat engkau mahukan mataku memandang matamu bukanlah pilihan tepat untuk lelaki persis aku . jadi , aku pohon izinkan mataku sentiasa menyembah bumi selepas memberi pandangan pertama kerna aku bimbang pandangan kedua ku mampu memberi hati kepada kamu , si gadis yang bertudung cantik , '
lelaki pemalu itu bangun . sel-sel malu mula stabil . merah mukanya memberi kembali warna asal . keluar daripada istana si gadis kayangan .
kelihatan lesung pipit yang comel berjalan masuk ke atmosfera ketenangan . senyum . ^_^
Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
p/s : agak-agaknya kan , apa soalan ditanya oleh si gadis itu kepada lelaki yang pemalu ? >_<