Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
beberapa bulan yang lalu sehinggalah kini , angin depresi itu melanda . menyelimuti atmosfera hidup yang semakin kelam . hidup dengan komposisi iman yang semakin sedikit memang betul betul menyesakkan dada . apapun tak boleh buat dengan betul . aku sudah kehilangan separuh daripada diri yang lalu . diri yang aku rasa lebih baik daripada hari ini . hilang . hilang sejak beberapa bulan yang lalu .
satu semestar yang kuat . hingga tercabar keimanan ini . dek dihambat peluru-peluru masa yang menyempitkan hati . aku rasa kosong . jiwa aku hilang untuk beberapa bulan yang lepas dan mungkin juga sehingga kini . aku perlukan penawar . ubat-ubatan . pil pemulih . anti biotik . untuk dibuat rawat hati yang semakin gelap .
aku menjadi manusia yang bermasalah .
aku selalu cakap kepada diri sendiri . kuat . kuatlah kau wahai hati . tolong aku . tolong . aku betul-betul nak buat yang terbaik . aku nak diri aku yang lama . yang sentiasa tenang . aku tak nak ada perasaan gundah gulana . jiwa kacau . tolong aku . bantu aku ya tuhan .
dan akhirnya , aku masih terperosok . aku hina . aku rasa ingin menjerit . aku rasa seperti tidak ada yang mendengar rintihan ini . aku rasa mahu menangis . dan aku mulai penat untuk berharap . terasa mula mahu berehat . berehat di penjuru dinding . persis si budak yang merajuk dengan ayahnya . dan aku pula mengimitasi si budak itu . tetapi aku merajuk kepada siapa?
tatkala depresi itu betul-betul menguasai hati aku . aku mula menjadi liar . aku mempersoalkan manusia di sekeliling . jiwa aku memberontak . cemburu dengan orang lain . tapi , aku masih mampu berfikir . cumanya , aku cemburu dengan mereka yang tidak menjaga hubungan dengan tuhan , tetapi dapat juga merasa apa yang aku mahukan .
mereka couple , tapi dapat score .
mereka merokok , tapi dapat pass .
mereka tak tutup aurat dengan sempurna , tapi pandai .
sunnatullah . sunnatullah . sunnatullah . dalam dadaku memekik . terngiang-ngiang suara ustaz ku beberapa tahun yang lalu .
sesiapa yang berusaha dia akan dapat hasilnya . tuhan maha pemurah . ar Rahman . rahmatnya untuk manusia sekalian alam .
istighfar .
aku menghentak dadaku . menghentak hatiku yang berkata begitu . kau semakin gelap . semakin hitam . aku perlukan penawar ya tuhan . menangis .
aku selalu didendangkan dengan kata-kata begini . kata kata yang buat aku mahu sentiasa menjaga solat lima waktu . membaca al Quran . hidup dengan usrah . dan akhirnya berdoa siang dan malam . khasiat daripada perkara baik baik ini , aku akan dapat apa yang aku mahukan daripada tuhan . sebab aku cuba jaga hubungan aku dengan tuhan .
aku boleh score .
aku boleh pass .
tetapi , waktu begini menjadi tiada fungsi lagi kata-kata itu . aku mula menyalahkan apa yang ada disekeliling . aku mula baran . memarahi hati yang sentiasa spontan mengeluarkan bisanya . yang buat aku tak lalu nak solat . tak lalu nak baca al Quran .
tika itu , aku merasa aku tidak punya apa-apa lagi . aku buntu . aku menyalahkan hatiku yang gelap sebagai punca utama , doaku tidak diterima tuhan .
aku menjadi singa .
aku mengaum kepada manusia yang buat aku selalu menjadi buruk sangka sehingga hati aku jadi gelap .
aku marah kepada masa yang aku sedikit sehingga aku tidak sempat buat amal-amal yang aku selalu buat sehingga hati aku jadi gelap .
hati mula mempersoal-soalkan nikmat tuhan sehinggakan aku tidak lagi mampu untuk memukul dadaku untuk buat hati itu berhenti .
hati aku . hati yang lama . sudah hilang .
aku betul betul di bawah roda . betul betul dicelur dalam lumpur . aku menjadi kotor . bodoh . sehingga tak mampu berbuat apa-apa . dan apa-apa yang aku buat pula menjadi tidak betul . semuanya salah . depresi itu betul betul menjatuhkan aku .
istirja' . istirja' . istirja' , untuk aku .
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُونَ
kami ini milik Allah , kepadaNya kami akan dikembalikan.
sebak . air mata tidak mampu diempang .
ingat . ingat tuhan . tuhan itu maha pemurah . Dia memberi segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya . duhai tuhan , berikanlah daku kekuatan untuk bangkit .
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
tatkala , peringatan itu hadir di minda ini . tenang . aman untuk seketika waktu walaupun rasanya roda itu masih statik dan tetap berada di bawah .
aku lupa . sumpah lupa . lupa bila aku berada di bawah .
aku berada dalam tahanan tuhan . aku sedang diuji . ujian daripada tuhan untuk hamba-hambaNya .
tuhan mahu sedarkan aku , tatkala kuatnya amalan kita kepada tuhan yakni solat dan membaca al Quran itu tidak menjamin kejayaan dalam akademik . tidak sama sekali . ada yang lebih hebat lagi daripada kejayaan dalam akademik .
iaitu kejayaan mendapatkan hati yang bersih .
Rabiatul Adawiyah seorang abid , tidak rela dirinya dimasukkan ke dalam syurga atas dasar ibadah-ibadahnya kepada tuhan . dia lebih rela dimasukkan ke dalam neraka jika begitu .
lagi seorang abid yang hidup beratus tahun beribadah kepada tuhan dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga bukan kerna jumlah ibadahnya yang merimbun tetapi kerna berkat kasih sayang tuhan ; rahmat Allah .
untuk apa aku beribadah ? demi untuk mendapatkan lulus di setiap kertas ? ya , aku mahu juga begitu . dalam masa yang sama , aku mahukan rahmat Allah .
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.”
aku sebak kerna aku belum mendapat rentak . aku merindui diri yang lama seolah-olah jauh lebih bersih daripada sekarang . aku memerlukan masa untuk bangkit . dan aku perasan apabila ujian mula menyinggah , aku selalu berkomunikasi dengan tuhan .
merintih denganNya dalam segenap kehidupan kini . walaupun aku rasa seperti tidak diendahkan tetapi aku tahu yang tuhan itu mendengar . cuma belum tiba lagi untuk membalas .
![]() |
| Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216) |
bangkit . bangkit umpama lelaki bersut kelawar . yang rasakan dirinya perlukan tali untuk keluar daripada lohong hitam . tetapi , apa yang diperlukan ialah kepercayaan yang tinggi kepada tuhannya . untuk keluar menjadi lebih kuat .
' Tis easy enough to be pleasant, When life flows along like a song; But the man worth while is the one who will smile when everything goes dead wrong. '
' Cukup mudah untuk bersikap riang apabila kehidupan bergerak lancar seperti sebuah lagu . Tetapi seorang yang mulia itu adalah orang yang akan tersenyum apabila semuanya tidak menjadi . '
Ella Wheeler Wilcox
p/s : jumpa quote di atas , di dalam bilik . terlekat kemas di almari baju . alhamdulillah . terima kasih tuhan .




