27 July 2013

Musim cinta , bila lagi ?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





ada satu masa . kita akan ditimpa susah . ujian . bala . aduhai , saat itulah kita mula terasa sempit . sesak . dan tidak upaya .


apabila kita dah rasa susah , faham sahajalah . kita mahukan senang itu datang kembali .


untuk mendapatkan senang itu kembali .


kita kembali berharap . berdoa sungguh-sungguh dengan Allah . merayu . meminta kepada Allah agar didengari doa ini .


macam kau dah pulun tak ingat dunia , belajar macam orang gila . buku dan nota syarahan bersepah boleh buat litar motorsikal . muka mengalahkan zombie bangun subuh . dengan rambut kusut masainya . tapi , saat masuk dewan peperiksaan . terus hitam . kosong . sifar . macam tak pernah belajar apa apa setahun .


dan saat itu kau sudah terkeluar daripada zon senang . selamat datang ke zon susah .


dan selamat datang ke zon harapan .


di mana kau akan meminta sekeras yang mungkin . ya Allah , permudahkanlah aku . aku nak lulus .


berharap . sungguh-sungguh .


dan akhirnya , kau lulus . kau gembira . yang Allah dengar . dan kabulkan harapan kau .


tapi , bagaimana hari hari selepasnya ?


kita masuk zon selesa semula . tiada lagi rintihan . tiada lagi pinta . tiada lagi sebab .


untuk merayu .


agak-agaknya bilakah musim cinta itu datang lagi?




betapa sayangnya Allah dekat kita . Dia beri kita rasa susah . keluar daripada zon selesa .


untuk kita selalu dekat dengan Dia . berbual dengan Dia . sujud lama lama dengan Dia .


sebab itulah Umar R.A pernah berkata ,


Aku tidak takut doaku tidak dikabulkan, tapi aku takut Allah tidak lagi memberi taufiq kepadaku untuk berdoa . 


subhanallah .


sungguhlah . betapa berpandangan jauhnya salah seorang khalifah .


kesusahan . ujian . dan bala itu sendiri ialah ....... nikmat .


nikmat kerna apa ?


sebagai sebab kita untuk terus berdoa . andai kata Allah tak timpakan kita rasa susah . ujian . bala . kecelakaan .


agak agaknya adakah mampu kita manjadi seorang hamba yang selalu meminta ?


bila lah lagi kita nak rasa dekat dengan Allah ? sebab itulah Allah kagum dengan segolongan manusia ini seperti tertera dalam hadis ini .

"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. 
Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. 
Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."

mereka bersabar . sebab faham hikmah di sebalik musibah . rasa susah . ujian . dan bala .

mereka tetap tenang . relaks . sebab mereka tahu musibah inilah yang akan buat mereka lebih dekat dengan Allah . dengan adanya susah . kita punya sebab untuk terus meminta .

siapalah kalau tak suka bila ada orang selalu meminta dekat dia?

mesti Dia bagi punya .



tapi , kalau tak bagipun . kita lihat kembali kata kata saidina Umar R.A . betapa optimisnya . yang dia sendiri tidak mengharapkan pun doanya dimakbulkan .

apa yang manusia berjiwa besar ini mahukan ialah ,

cuma sebab untuk terus meminta .

apa lagilah yang lebih seronok berbanding nikmat berdamping dengan tuhan .

cuba tanya ikan di kolam .

cuba tanya laron yang berterbangan .

cuba tanya semut yang selalu bekerja .




p/s : dengarlah . lagu yang bagus . untuk aku yang selalu lupa . 

25 July 2013

Status tangki minyak .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


setelah lama tidak menulis . rasa janggal pula . imtihan sudah lama tamat . menerima keputusan imtihan juga sudah selesai . alhamdulillah . naik tahun yang seterusnya . bersyukur . kepada Allah yang maha penyayang .

mata ini larut dalam kesibukan manusia yang hidup dalam jasad ramadhan berlumba lumba . bersedekah . bersolat sunat siang dan malam . berzikir . membaca al Quran . sungguh . inilah universiti tarbiah . kita mahasiswanya yang menikmati atmosfera ramadhan .

yang sebelum ini malu malu nak solat berjemaah di masjid , tidak lagi malu malu kerna ramai manusia yang mula bersolat jemaah di masjid .

yang sebelum ini segan segan nak baca al Quran , tidak lagi segan segan baca al Quran di merata tempat bukan hanya terbatas di rumah sahaja .

apabila ramai orang buat , kita tidak akan malu dan segan untuk buat sama .

macam kalau ada makanan percuma , kalau seorang pergi . mungkin tak ramai yang nak pergi ambil . tapi , kalau ramai yang pergi , yang lain pun akan turut serta .

inilah ramadhan .

bulan ajaib .

bulan berkat . rahmat . maghfirah .

bukan ke Allah ada sebut yang pertolongan Dia dalam keadaan kita berjemaah?

ya , dan kita sekarang sedang ditolong oleh Allah sekarang .

sedang berisitiqamah melakukan amal amal yang kita tidak pernah buat pun sebelum ini .

Allah maha penyayang , kan ?

ramadhan sebagai medium .

menjadi lebih baik .

ramadhan membentuk atmosfera kepada manusia supaya hidup dalam keadaan selesa dalam keasingan . sebelum ini baca al Quran adalah perkara asing . solat sunat adalah perkara asing . tutup aurat adalah perkara asing .

dan bila ramadhan datang .

keasingan .

kejanggalan .

itu hilang .

dan manusia semakin ramai melakukan kejanggalan .

akhirnya , kejanggalan menjadi norma masyarakat .

telah menjadi kebiasaan . aktiviti harian .

inilah hadiah terbaik daripada Allah .

ya Allah .
ampunkanlah dosa kami .
rahmatilah kami .
masukkanlah kami dalam golongan orang selalu mencintai Mu .

amin .

p/s : kalau dah rasa tangki minyak nak dekat habis , silalah isi penuh kembali . 


02 June 2013

Laptop aku yang cengeng

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


aku sibuk .


disebabkan aku sibuk . aku mula memperlahankan penulisan di sini dek kerana terdapat pelbagai lagi asbab yang banyak menghalang aku untuk menulis di kertas kertas putih ini . maka , duduknya aku di sini di hadapan laptop ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang menjadi penulis di sini .


mungkin ada rasa yang 'sentap' . terkena batang hidup sendiri . tulisan yang cacat merba . mengarut . sampai tak faham . =_=" bahasa yang kasar, mungkin .


mohon ampun atas salah dan silap .


bulan 7 akan datang , tidak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dengan ini aku perlu banyak meluangkan masa menelaah lecture note yang sudah lama basi di atas meja studi . dan disebabkan tidak mahu ketinggalan untuk mengumpul saham pahala .


aku akan lebih aktif di muka buku . boleh 'like' page di sebelah kanan kertas putih ini . dek kerna boleh update dengan pantas . ringkas . dan padat .


dan akhir kalam untuk hari ini .


aku bersyukur di saat ini . kepada tuhan yang maha pemurah , masih lagi memberi ku nafas . memberi ku peluang untuk terus berbakti kepada agama ini .


mohon ampun daripadaMu , ya rabb . aku cuma hamba biasa . tidak sehebat abu bakar . yang menangis tatkala membaca ayat pertama surah al zalzalah . dan seterusnya . sehingga tamat .


Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 

lalu bagaimana nabi Muhammad menenangkannya . 

cuba dalami apa yang baginda katakan . 

” Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.” 

(HR Ath-Thabrani dan Baihaqi)

Allah maha pengampun . di mana keredhaanNya itu lebih besar daripada kemurkaanNya .  

kita tidak akan dapat lari daripada berbuat dosa. kerna kita manusia . jadi , menangislah wahai diri . sebab dosa buatkan kau hina . jelik . hodoh . busuk . dan kau akan dicampak ke neraka . 

tetapi . 

di saat kau sedar . kau silap . kau menyesal . kau bertaubat  . 

tangan itu yang akan menyambut mu . menahan daripada bara api . membawa mu pulang ke kampung asal mu . 

menangislah . mata , menangislah . 


ya Allah , cintailah kami . 
bimbinglah kami . 
ke jalan Mu .  
untuk ke Jannah .

kurniakanlah kami
sepasang mata yang mudah menangis
atas dosa noda sendiri 

kurniakanlah kami cahaya
nur yang buat kami
bahagia menjadi
orang yang beruntung 

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

surah al Furqan : 68-71

p/s : menginjak ke umur puluhan . mendekatkan jarak ke arah kematian . muhasabah .