“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan”.
salam ziarah....
kemeja hitam berkolar putih menyaluti badannya . seorang lelaki membetulkan rambut hitamnya yang kusut masai . merapikan muka si pemalu di hadapan cermin lokar . hajat hatinya memberi kelulusan bertemu dengan si gadis menggusarkan hatinya . cicak atau ayam yang membuang najis kapur menjadi agenda hari ini . segan dan malu .
hampir-hampir memutuskan untuk membatalkan pertemuan empat mata dengan si gadis . mungkin , sel-sel malu yang tidak pernah lupa memberi peringatan . namun , daripada paksi selatan hatinya bertegas janji perlu diperkotakan . disokong oleh paksi barat dengan hujahnya , hanya diskusi ilmu di kafeteria sahaja bukan beraktivis nafsu .
paksi utara hanya termenung melongo . entah apa difikir . paksi timur hendak berhujah membangkang namun jelas kuasa majoriti pasti menang . akur dengan keputusan . sepi tidak menolak walaupun cuba juga menyuarakan . gagal .
lelaki yang pemalu itu keluar daripada rumahnya . menerima niat paksi selatan dan barat . ya , hanya untuk kebaikan sejagat . sel-sel malu yang tersipu-sipu menyelimuti pipinya yang sedikit berisi . pasti senyum seorang lelaki yang pemalu ini memberi lesung pipit yang comel .
namun , lelaki pemalu ini seakan sudah mati fungsi untuk memberi senyum di saat terpandang si gadis yang duduk ibarat puteri kayangan yang bersantap di atas kerusi kafeteria bersama buku-buku tebalnya di atas meja .
sel-sel malu mula berlumba merembes ke liang roma kulit lelaki pemalu . peluh dingin meratai dahi dan jatuh ke pipi . mungkin , peluh di dahi itu yang membantut senyuman comel lelaki pemalu itu .
renungan matanya merudum sehingga tersungkur ke lantai marmar . langkah perlahan demi langkah perlahan menuju ke kayangan . retina matanya memutar ligat melalui ekor mata kiri dan kanan , takut berlanggar dengan manusia lain dek kerna matanya tidak fokus ke hadapan .memberi salam dengan getaran jiwa si pemalu yang tidak dibuat-buat . asli daripada atma lelaki itu .
kemudian , terdengar sapaan bait-bait lemah lembut si gadis ; satu persoalan si gadis kepada lelaki itu yang memberi transformasi sel-sel malu itu bercambah pada kadar maksima . darah seakan laju berlumba ingin keluar daripada liang roma kulit muka si pemalu . hangat dan merah pipinya seperti mahu meletuskan sesuatu yang terpendam .
sel-sel malu bertindak seperti ekstrimis yang tidak pernah gentar tetapi tersipu-sipu gerakannya .paksi timur khuatir . kasihan dengan perubahan drastik lelaki pemalu . mungkin , sudah mati akal untuk memberi kata jawapan kepada soalan si gadis tadi .
di saat kabut yang sedang melanda hati lelaki itu , paksi selatan dan barat kecut mendiamkan diri , tak kurang juga memberi bisikan nakal . bisikan nakal yang sudah lari daripada niat asalnya berjumpa si gadis . paksi utara pula , jangan ditanya sudah lama terkubur dengan mimpi indahnya selepas melongo ketika perbincangan .
paksi timur yang kasihan juga mati akal . bimbang dengan ilmu yang sedikit . khuatir dengan si lelaki pemalu itu bertindak luar daripada rasional fikirannya . namun , atas dasar perasaan kasihan , paksi timur membisik naluri lelaki pemalu itu . memberi jawapan kepada si gadis yang sudah lama bertanyakan soalan yang menggusarkan lelaki pemalu .
lelaki yang malu itu cuba menguatkan atmanya . kotak suaranya cuba mengumpulkan udara memberi paduan mampat gelombang yang ingin diletuskan . bersedia memberi jawapan kepada persoalan si gadis itu . suara bercantum dengan akal , suara si pemalu itu terbang liar ke cuping si gadis .
' aku lelaki yang mudah jatuh cinta kepada perempuan . hasrat engkau mahukan mataku memandang matamu bukanlah pilihan tepat untuk lelaki persis aku . jadi , aku pohon izinkan mataku sentiasa menyembah bumi selepas memberi pandangan pertama kerna aku bimbang pandangan kedua ku mampu memberi hati kepada kamu , si gadis yang bertudung cantik , '
lelaki pemalu itu bangun . sel-sel malu mula stabil . merah mukanya memberi kembali warna asal . keluar daripada istana si gadis kayangan . kelihatan lesung pipit yang comel berjalan masuk ke atmosfera ketenangan . senyum . ^_^
Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
p/s : agak-agaknya kan , apa soalan ditanya oleh si gadis itu kepada lelaki yang pemalu ? >_<
14 comments:
yosshhh!
aku pun tertanya-tanya apakah yang ditanya oleh si gadis kepada lelaki pemalu tersebut.
imbas balik sedikit pembacaan anda...dan anda akan jumpa kunci soalannya...
hehehehe...
suke suke... :)
suka? alhamdulillah
mesti dia tanya: awak, pandanglah saya, kenapa tengok bawah je? kan kita tengah study group ni.
*buat suara gatal+ayu sikit. haha
nice one bro :)
sorry lambat baca
aku rasa aku dapat tangkap apa yang ditanya. namun err. tidak pasti benar atau tidak.
hohoh. tiba-tiba aku rasa cerita kau ni ada sedikit persamaan dengan versus-hlovate. sebab. dalam versus pun ada cakap tentang pandangan pertama. err dan juga perkataan lesung pipit.
:) keep itu up syafiq. jangan cuba menghempaskan mata pena. sesungguhnya mata pena itu milikmu.
zaid : hahaha aku tak kisah....take your time kawan~ seratus markah untuk anda kerna memberi jawapan yang tepat...hehe
amii : wahh ya ke? tak ku sangka pemikiran ku sama dengan hlovate....alhamdulillah * nak beli r novel versus tu , macam best jer
makin bepuitis syafiq nie..hehe..addoy..
puitis...? aku terima itu sebagai satu pujian...alhamdulillah
best la,wlopon 3x baca baru aku paham
best? alhamdulillah....3 kali? T_T
aku tahu sebahagian yg ko rasekan tu, . . . sebab aku pun macam tu, . . tapi aku kurang daripada ko, ko lagi tinggi level-nye kot, . . :)
hahaha.....aku high level ek? =_="
Post a Comment