27 December 2011

2 tahun 6 bulan....sebuah diari

salam ziarah....



muharram hampir tamat dan kalendar masihi mula melabuhkan tirainya . buku diari pun akan bertukar ganti dengan halaman depan yang baru bagi si penulis diari .

suka aku untuk buat ulasan blog sendiri , mengenai kedewasaan penulisan dalam blog ini . yakin aku katakan yang genre atau jenis penulisan di sini berbentuk peribadi jika aku lihat dan baca balik apa yang aku tulis sepanjang tempoh usia blog ini .

pada mulanya , niat aku untuk menulis hanyalah suka-suka , bercerita tentang diri sendiri secara terbuka dan kemudiannya tertukar niat dengan mengejar populariti , cuba untuk menangkap pengikut seramai yang mungkin . jelaslah , ternyata berlaku proses yang memberi kedewasaan kepada blog ini .




kritikan negatif dan maklum balas yang baik menghiasi hari-hari ini untuk bertukar niat lagi . walaupun pada mulanya aku rasa sangatlah marah dan berkecil hati , namun suara-suara yang pedas itulah yang berusaha menukar hatiku yang gelap menjadi terang sedikit untuk berfikir dan membaca kembali apa yang aku tulis .

terima kasih kepada encik-encik dan cik-cik yang penyayang kerna sudi menembak peluru kesedaran dalam kotak hati hamba . dengan revolusi itu , aku bangkit kembali dengan nama baru , jadikan usaha penulisan aku sebagai satu sumbangan ke arah perniagaan baru aku ; perniagaan saham ke alam yang lagi satu .

namun , penulisan ke arah itu tidak mudah . kerna jalan menuju ke jannah-Nya sukar seperti berjalan di atas helaian rambut . itu jugalah alasan yang aku gunakan sebaik sahaja aku berasa kasihan akan diri sendiri apabila kurang mengamalkan ilmu yang aku pelajari .

kenapa post engkau tulis semua berpuitis ? tak sangka pula engkau ini seorang bersastera...




aku gelak . gelak sakan kot orang panggil . aku bukannya seorang pemuitis suasana . aku cuma menulis apa yang terilham di hati . aku rasa ini bukan sastera yang sebenar-benar sastera , kalau pakar sastera datang sini , mahu aku dibuang bangsa nanti =_=" . cuma aku rasa seronok bila baca balik apa yang aku tulis . aku tulis bukan sekadar untuk berkongsi dengan orang lain , tetapi untuk diri aku yang tak suka membaca .

tahu menulis tapi tak suka membaca . satu kombinasi yang aneh tapi wujud manusia itu seperti aku =_=" . bila dah meleret dengan tulisan 'puitis' ini , ramailah kata aku jiwang , dah berpasang-pasang dan sedang dilamun cinta =_=" . itu tidak benar . alasan aku menulis gaya ini kerna itu identiti aku dan aku gembira menikmati balik setiap penulisan aku . aku akan ketawakan diri sendiri sebab tulis post-post macam tu . 

perasaan lawak itu macam engkau baca balik karangan sekolah rendah yang cerita tentang roket dengan aliens . sungguh tak matang . itulah yang aku cari untuk aku ceriakan hari-hari di dunia . jiwang ? siapa pernah jumpa aku dan terbaca post-post dalam blog ini , pertama-tama kali , aku dilabelkan sebagai ubi~ kenapa ?

sebab diam-diam berisi . sebenarnya , memang aku dah terlalu biasa . muka ketat ala-ala dingin ini menulis sesuatu yang membangkit kejiwangan dalam hati . wohh , engkau tahu . aku senyum dan mampu menahan gelak . orang panggil aku jiwang . memang buatkan aku ceria . bukan sebab aku bangga tapi aku rasa kelakar . aku kenal betul dengan diri sendiri , jujur aku katakan aku sangatlah tidak bagus dalam hal ehwal hubungan antara dua jantina ini . kerna belum sampai lagi silibus untuk aku ulang kaji subjek jiwang ini .

pastilah sebab silibus ini pun masih lagi haram hukumnya untuk lelaki bujang seperti aku yang belum ada kemampuan untuk selak helaian demi helaian untuk subjek ini . namun , apa yang aku tulis di sini , bukan bermakna aku mahu orang lain baca dan baca untuk terokai segala sisi peribadi aku kerna aku sangatlah perasan diri sendiri yang aku bukan sesiapa . 

orang yang tidak tampan dan malu-malu saja yang duduk di hadapan komputer , menaip kertas putih dengan dakwat hitam . errr aku je kot yang tidak tampan dan malu-malu itu =_=" . penulisan di sini hanya cukup sekadar berkongsi dengan apa yang terilham dalam hati aku . jika ada yang tersilap , itu lah yang aku ingin kepada silent reader , komentar tegar dan pelawat-pelawat yang datang betulkan dakwat hitam aku segala bagai untuk meletakkan diri aku yang tidak sempurna ini menjadi yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain .

kenapa engkau sombong sangat ? jalan sorang-sorang , ada aroma dingin bila lalu sebelah engkau . 




aku sangat biasa bila orang buat persoalan macam ini . terlalu biasa . pada mulanya , aku sangat dan sangatlah berkecil hati . tetapi , disebabkan terlalu banyak kali entah ke berapa singgah di telinga . aku sudah immune . hohoho . orang panggil aku berlagak ? bukan berlagak mahupun sombong . cuma aku sangat tak suka bercakap . tapi aku suka menulis =_="

aku bukannya seorang yang bagus berlipur lara atau berkata-kata dalam satu kelompok . macam bila engkau masuk satu kumpulan itu , engkau terus boleh buat lawak dan orang dalam kumpulan engkau itu gelak-gelak . nope . aku bukan seperti itu . aku suka kesepian .

kadang-kadang , aku ditekan dengan soalan itu masa zaman sekolah berasrama dulu , ya lah masa zaman itu , hubungan batch boleh dikatakan kuat dan jika salah seorang daripada mereka yang duduk diam dan sepi , macam LAN wire disconnect pula =_=" .

jadi , aku mula sedikit-sedikit belajar la juga pasal topik-topik mereka ini . topik perempuan , fesyen , muzik , hal-hal lelaki untuk percubaan masuk ke dunia mereka . kerna , aku telah dilabel sebagai mutant atau makhluk berbeza . kadang-kadang , aku pelik . aku kenal akan diri aku tapi aku buat sesuatu yang bukan seperti aku dah kenal diri aku . 

ya , itu buat aku selalu berfikir untuk melihat dunia orang lain . aku seronok bila jumpa manusia yang berlainan tabiat yang menghukum orang lain yang berlainan tabiatnya . bunyinya macam kejam . tapi , situasi itu buat aku selalu memberi peringatan yang aku belum pasti menuju ke golongan orang yang menuju ke jalan yang penuh nikmat abadi . jadi , hormat orang lain kerna perbezaan itu lah yang memberi keseimbangan dalam dunia .

kalau tiada si pendiam , engkau takkan tahu tahu siapa yang si peramah . kalau tiada manusia yang tidak tampan , macam mana engkau nak tahu siapa yang paling kacak dalam dunia ini . sebab dunia sudah ada ramai orang yang bercakap , macam mana engkau nak bezakan orang yang tak bercakap dan bercakap . segalanya seimbang dengan kerja arkitek maha pencipta . tiada keraguan lagi sebalik itu .

aku bukan orang yang pandai berkata-kata , mulut aku selalu gemuruh , lidah sering beku dan tekak suara sentiasa keras . jari-jemari sahaja yang lembut dalam menyebarkan saham akhirat aku kelak . aku bukan pemberi nasihat yang terbaik , kerna pemberi nasihat yang terbaik gunakan mulut dan intonasi suaranya , tetapi aku juga bernafsu untuk memberikan yang terbaik , cukup sekadar aku menyampaikan pesanan junjungan besar dan mulia kita , dengan kudrat tangan yang masih tersisa .

blog ini bukan untuk budak perempuan je ke ? hairan pula bila lagi-lagi engkau yang tulis ....




mudah sahaja . pada mulanya , niat aku untuk menulis blog dirangsang oleh pembacaan daripada blog seorang perempuan . lihatlah , betapa kuatnya pengaruh perempuan dalam kehidupan seorang lelaki . mampu membentuk tamadun yang kuat dan juga bisa meruntuhkan tamadun itu juga . ternyata , aku tertarik dan suka aku cipta akaun ini ketika aku masih lagi pakai seluar hijau gelap tu . pendapat aku blog ini , merujuk kepada umum ialah satu perniagaan .

perniagaan itu bergantung kepada apa-apa sahaja yang kita tulis itu adalah hasil yang bakal kita dapat . kerna setiap amalan manusia itu pasti ada hasilnya walaupun dia tidur sekalipun . di sini aku sangatlah tertarik akan konsep yang tuhan ciptakan kepada kita untuk bersaing dan berlumba-lumba meraih rahmat-Nya . di sini aku cuba menulis yang bermanfaat kepada orang lain dan dalam masa yang sama aku si pembaca balik post lama aku sendiri pun akan dapat manfaat yang sama .

kadang-kadang , aku keliru . lihat blog-blog lain menulis sesuatu yang memberi gambaran kejahatan , keingkaran , fitnah dan omong-omong kosong . buatkan aku terfikir dan ambil pengajaran untuk aku amalkan yang baik dan cuba mengelak segala yang buruk . mudah-mudahan blog ini sentiasa berada dalam lingkungan rahmat-Nya .

aku bimbang juga . kerna sebagai si penulis , aku juga bakal disoal siasat tentang kandungan dalam blog ini di hari pengadilan nanti . jika kandungan dalam blog ini baik , maka lancarlah segala urusan aku di alam sana . jika kandungan dalam blog ini buruk , maka tiada lagi penafian dusta kerna mulut ku sudah dikunci dan jari jemari yang menaip yang akan bersuara . semoga jari-jemari ini membantu aku kelak di alam sana . itu alasan aku .

ku kira yang blog itu bukan tempat untuk berbangga tapi medium untuk belajar ilmu ikhlas ; ilmu yang hanya tuhan sebaik-baik guru untuk tahu hambanya betul-betul mengharap keredhaan-Nya . itulah indikator yang seorang hamba itu benar-benar telah menjadi golongan yang berjaya .


layak ke engkau nak nasihatkan orang lain ? sedangkan engkau sendiri pun bermuka sekular ....





harus aku akui , ramai orang tidak percaya yang aku seorang penulis blog =_=" . rambut serabai ala-ala manusia yang tak mandi tapi ada bekalan air dalam rumah . muka pun bukan macam budak surau atau masjid .

lazimnya , yang aku lihat seorang budak surau atau masjid pakai kaca mata , berjanggut , kopiah atau serban putih , baju melayu atau jubah yang diulit wangi-wangian sunnah rasulullah . kadang-kadang , aku lihat bentuk muka mereka hampir sama-sama . sukar untuk aku bayangkan dalam penulisan . ( mak aku kata muka mereka berseri-seri )

tapi , itulah indikator yang aku gelarkan mereka sebagai seorang yang alim dalam bertazkirah mahupun menjadi imam di masjid . dengan perbezaan yang terlalu jauh bagai langit dan bumi atara aku dan mereka ialah muka aku yang aku fikir sangatlah sekular =_=" . tapi aku tak kisah kerna wajah seseorang itu bukanlah penanda aras untuk aku malas-malas meneruskan legasi jihad nubuwwah ; jihad para nabi . 

walaupun sesekular manapun muka kita , itu bukan alasan untuk kita berasa kasihankan diri kita . oh , aku tak layak dalam berdakwah , bagi je lah kat budak surau atau masjid . itulah frasa kata yang menjadi kesukaan kepada para syaitan . jatuh cinta mereka kepada kita yang malas-malas menyambung kata-kata baik kepada manusia lain .

"Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling shalih di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb-nya. Andai kata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat.
[Al Imam Hasan Al Basri ]

aku menjadi lebih motivasi . aku sedar yang ilmu agama aku sendiri tidak cukup bagus kerna aku bukan seorang malaikat . aku hanya seorang manusia . ada nafsu dan bersifat lupa . itulah yang tuhan ajarkan kepada kita tentang nikmat selain daripada nikmat iman dan nikmat islam iaitu nikmat ukhwahfillah .

kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran sesama sendiri . sebab itulah aku suka berkawan dengan orang yang suka menegur . 

adakalanya sangatlah pedas , tetapi itulah cara dan kaedah bagi mereka untuk berkasih sayang kepada kita . boleh sensitif dan kemudiannya , berfikirlah kembali kesalahan kita . tidak kiralah sahabat kita tu bermuka sekular bagai pun ; rambut punk , mohawk , ada warna hijau ke , seluar jean ketat ke , freehair perang-perang ke , mencarut sana sini , hisap rokok , pakai baju tak cukup kain ,

selagi dia ISLAM dan mengakui kalimah syahadahnya , kita tiada hak untuk berkata tidak mendengar nasihat baik mereka dan haram menjatuhkan mereka dengan label kufur kepada tuhan . 

mereka bukan untuk ditinggalkan tapi untuk didampingi . kadangkala , nasihat mereka lebih baik untuk kita amalkan walaupun sekular manapun peribadi dia . ambil yang jernih , dan jernihkan keruhan air itu ( harap tak dak pakar sastera mai sini =_=" )




insyaALLAH , semoga hari-hari kita sentiasa bersujud dan mencari jalan yang pasti ke golongan yang berjaya . janji ALLAH itu pasti benar kerna ALLAH tidak pernah memungkiri janjinya . 


p/s : doakan nama aku dalam sujud kalian supaya sentiasa diterangkan hatiku . ingat , doa itu percuma >_<

13 comments:

amii afandi said...

okay. nasib baik penulisan kau kali ni straight dan tidak bersimpang siur yang kadangkala bisa membuatkan otak aku sukar untuk mentafsir apa yang kau cuba untuk sampaikan.

ehem. satu. pasal berpuitis dan sastera tu, err. kadangkala aku rasa sastera seorang mr paracetemol tidak kena. bagaikan seorang pengamal sains yang cuba untuk bersastera. HAHA. eh bukan nak kutuk tapi ni pada pandangan aku aje la.

pada pendapat akulah kan. sesuatu pembacaan akan dipanggil baik jika ianya bermakna, mempunyai pengajaran dan senang untuk difahami. :)

oh. aku suka part ni :

"kalau tiada si pendiam, engkau takkan tahu tahu siapa yang si peramah. kalau tiada manusia yang tidak tampan, macam mana engkau nak tahu siapa yang paling kacak dalam dunia ini. sebab dunia sudah ada ramai orang yang bercakap, macam mana engkau nak bezakan orang yang tak bercakap dan bercakap."

*jadi, konklusinya err. jadilah diri sendiri. HAHA -.-''

manusia sentiasa suka berandaian. tengok luaran, dah mula buat andaian mengenai seseorang tanpa mengenalinya dahulu. huh.

isi durian pun, kalau kita tak buka, kita tak tahu busuk atau tidak kan?

haiya. tiba-tiba rasa macam aku pun salah seorang dari mereka yang suka membuat andaian. sebab, apabila bau durian menusuk hidung, aku dah lari dan menjauhkan diri dari durian tanpa merasanya dahulu.

alamak. panjang la pulak dah. tengok aku dah jadi makcik yang suka membebel. --''

Unknown said...

apsal aku rasa macam banyak persamaan antara kita? haha

L.I said...

amii : aku ingat ko telah menulis post blog ko di sini la plak...haha =_=" aku sedar post aku bersimpang siur tapi inilah cara penyampaian aku untuk orang yang membaca....sengaja je aku buat macam ni...untuk orang tu tak faham...lagipun ini sebuah diari...pernah tak ada orang bagi percuma2 tengok diari dia , mestilah tak kan.....sebab tu aku bagi free2 tapi kasi pening sikit r itu kepala....hahaha apapun terima kasih kerna menjadi mak cik yang suka membebel.....arigato , May ALLAH bless us....

L.I said...

huda : ye ke?? kita ni kembar yang berjarak jauh kot? wohh

amii afandi said...

alamak. sekali tgk memang panjang dah aku tulis. HAHA

okay. anyone have their own style. keep it up. benda baik harus diteruskan :)

L.I said...

haha....baguih r memanjang nun itu komen....terima kasih kerna selalu menegur....alhamdulillah

Zubaidah said...

blog kau mmg sastera bg org yg x tw sastera.asalkan ade input yg baik,so its oke.keep it up

L.I said...

hahaha.....sesungguhnya aku sangatlah buta sastera...=_=" terima kasih kerna selalu memberi komen....insyaALLAH

nadiana said...

assalamualaikum...wah kali nie ko pnyer post agak tak trlalu bersastera smpai kadangkala mmbuat org laen trpnga psal maksud dsbalik kata ko...tp ur post kali nie sgat sdap utk dbaca dan dijadikan motivasi..good tarbiyah...

L.I said...

waalaikumussalam.....terima kasih...saya akan cuba untuk kurangkan sastera semua ni , insyaALLAH saya akan cuba buat yg terbaik

Anonymous said...

aku faham keadaan ini, . . . insya-Allah faham keadaan begini, . . . kebetulan ?

L.I said...

dlm dunia ini tiada istilah kebetulan...hehe

H I S said...

Setelah membaca, ternyata muka jiwa kita kembar, lisan tugu, tetapi hati meluap-luap mahu berbicara. Tapi, bahasa awk sgtlah hebat, rajin membaca novel ke? Kisah hidup sy seperti bermula di gua, mendewasa di hutan. Sepi. OKlah sy sarankan awk trylah buat novel, publish. Your very2 talented...~ keep it!!