11 November 2012

Encik Mudah dan Soalan-Soalannya

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....

surah al-Baqarah : 286



ada satu waktu . waktu itu apabila kita rasa , sakitnya seperti ada beban yang banyak di kepala . dan dengan menggunakan kepala , kita mengimbangkan beban itu . terhuyung hayang . sedaya upaya menahan azab tekanan yang bertimbun-timbun . menujal-nujal perit ke tulang . itulah namanya kesukaran . ujian yang datang untuk menyusahkan kita sebelum berangkat pulang ke kampung hakiki.

kesusahan itu boleh datang dalam pelbagai rupa . dan ia bergantung kepada peringkat umur . waktu kita masih mentah untuk keluar daripada rahim ibu pun sudah berhadapan dengan kesusahan . ditujalnya kepala kita dengan syaitan .

dan masa berlalu , kesusahan menjadi beraneka ragam . waktu di sekolah rendah , malu pula untuk meminta izin keluar daripada kelas untuk membuang hajat . itu masalah pertama . dan ia akan menjadi masalah kedua jika hajat itu mula lobos ke dalam seluar . dan akhirnya menjadi masalah ketiga , apabila teman-teman lain di setiap barisan meja menghidu aroma hajat itu . ah , sudah . teman-teman yang lain pula mendapat masalah daripada masalah kita yang asal . masalah untuk mencari siapa empunya angkara itu satu hal , masalah untuk ghaib ke ruang yang belum lagi dipenuhi aroma itu perlu lebih diutamakan .

( ok . ini bukan pengalaman aku . ini pengalaman orang lain . serius . )

dan masalah itu mendewasakan kita . kita menjadi lebih matang sedikit . mampu berfikir lebih waras . dan waktu itu pula kita di sekolah menengah . di mana puberti mula membuih . membuak-buak perkara baru yang ingin dicuba . perkara baru yang bisa banyak memberi bahagia . bahagia sehingga jerawat tidak malu-malu singga ke hidung . minyak yang tidak pernah henti-henti merembes ke dahi . jari-jemari mula mengira bilangan jerawat di muka . oh , ramainya peminat rahsia . ( perasan sungguh . bukan aku juga . err serius )

dan kemudiannya datanglah masalah yang berupa material ; wang , rumah , kereta , dan pelbagai lagi . masalah menjadi kembar kita sehinggalah kita mereput . sehinggalah kita di sana . andai sahaja kita tidak lepas , pasti menjadi masalah . bukan masalah kecil tetapi masalah yang sangat besar . nauzubillah minzalik .

ada satu hari , beban itu mula datang dan menujal ke dahi . peritnya . tanganku pula secara automatiknya mengangkat ke langit .

' Ya Allah , permudahkanlah aku . permudahkanlah aku . permudahkanlah aku .'


repetisi berlaku untuk membentuk penjelasan yang waktu itu terlalu butuh untuk melenyapkan masalah yang sedang mengamuk di kepala ini . supaya aku selalu diberi mudah segala urusan . ya , dengan itu aku akan selalu dapat mengelakkan diri daripada segala kesukaran . fuh , hilanglah masalah . lenyaplah kau wahai kesukaran .

namun , sampai waktu itu . aku terkenang akan syarahan seorang perempuan yang pernah mengajar aku apa ertinya kesukaran dalam kehidupan .

' jangan pernah minta kepada tuhan supaya kita sentiasa senang tanpa ujian . kerna ujian menaikkan martabat kita sebagai muslim . jika kita hidup dengan suasana yang senang . bebas , tanpa ada masalah . kita tidak akan pernah belajar . sebaliknya , kita sudah mati . '

hati aku mula berasa aneh . kata-katanya mengalir ke dalam hati . seolah-olah cahaya yang kelihatan di sebalik bukit menerpa laju ke jendela , mengusik manja jiwa lelap yang masih berselimut . dan terbangun daripada perbaringan serta merta setelah jalan penyelesaian matematik tambahan betul-betul tergambar dalam minda kita setelah berhempas pulas memerah otak semalaman .

( ini cara aku jawab soalan matematik tambahan pada usia mentah dulu-dulu . aku akan tidur jika aku dapati soalan itu seperti tiada jawapan . dan ' puff ' jawapan itu akan hadir setelah bangun daripada tidur . erk , sila jangan aplikasikan teknik ini di dewan peperiksaan . hanya boleh diaplikasikan waktu ulangkaji . takut pula tidurnya pada soalan pertama di dewan itu sudah cukup satu jam , bagaimana mahu menyiapkan soalan kedua dan seterusnya ? )

aku mahu mengelarkan diri ku sebagai pemburu kebahagiaan . bahagia itu definisinya sama seperti gembira . ia menyenangkan . dan senang ialah tidak perlu kan soalan-soalan yang berjela-jela . kerna soalan-soalan itu ialah masalah-masalah . masalah-masalah itu memberi rasa tidak bahagia . tidak gembira . tidak menyenangkan .

ia membebankan . memenatkan . tekanan .

tetapi , aku ialah manusia yang sentiasa punya masalah sebagai laluan takdir di tempat sementara ini . tika cahaya daripada syarahan itu lalu meluru ke alur hatiku , aku mula sedar . tatkala , aku sudah hidup sampai tinggi begini . ada beberapa soalan-soalan yang sangat senang dan ada juga beberapa soalan-soalan yang sangat susah .

soalan-soalan yang sangat senang . mudah sahaja diberi solusi . masalah-masalah itu senang sahaja diselesaikan .

soalan-soalan yang sangat susah . sukar pula diberi solusi . masalah-masalah itu susah untuk diselesaikan.


mengapa ya ? jika ditanya tok dan nek guru yang bertapa di sekolah-sekolah lama aku dulu , pasti sahaja mereka mengerling tajam ke muka ku yang berminyak .

' siapa suruh tak studi bahagian itu ? kan sudah pening untuk menjawab soalan-soalan begini dan soalan-soalan begitu . '

kita mudah menyelesaikan masalah yang kita rasa senang . kerna apa ? kerna kita sudah studi bagaimana untuk menghadapi soalan-soalan begini .

kita akan rasa sukar untuk menyelesaikan masalah yang kita rasa susah . kerna apa ? kerna kita belum ' back up ' lagi topik untuk soalan-soalan begitu .

hidup ini penuh 'trial and error' ( istilah matematik aku waktu genit dahulu) . kita akan selalu buat silap dalam berhadapan dengan masalah . dan masalah itu akan mengajar kita menangis dan berteriak mencari jawapan untuk buat kita ingat formula penyelesaian itu sampai bila-bila . silap itu hadir tatkala kita belum cukup lagi studi untuk bikin soalan-soalan itu menjadi senang .

kita manusia . kita akan sentiasa tidak cukup studi . jadi , kita akan selalu silap . sampai tiada nyawa lagi .

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 

surah As-Syarh : 5 - 6


oh , menjadi encik mudah ? mudah juga akan datang apabila masalah-masalah orang lain kita selesaikan bersama-sama .

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda :

“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat.
Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga.
Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya.
Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.” 

[Muslim]
untuk mengenal waktu cerah , tuhan ciptakan kita waktu mendung . untuk mengenal kebahagian , tuhan selitkan kita dengan kesukaran . kegembiraan tanpa erti jika kita tidak kenal perbuatan yang namanya menangis .

tika aku mula secara automatiknya mengangkat wajah ke langit , aku mahu menjadi kuat . aku mahu lebih bersedia . aku mahu lebih tabah .aku mahu lebih tinggi .

bersama-samalah kita menjadi lebih tinggi ^_^ .




Jangan berdoa untuk kehidupan yang senang . berdoalah untuk jadi lebih kuat
-John F. Kennedy




















































6 comments:

Cik Anon said...

Sekadar untuk perbincangan.
Kadang-kadang masalah tak terselesai begitu shj. Kadang-kadang butuh waktu juga perancangan rapi. Dalam pada itu, apakah jalan terbaik dalam meluahkan rasa-rasa perasaan, sekadar melepaskan sedikit tekanan? Ya, banyak saja cara, tapi cara terbaik? Diluahkan pada kawan, takut mengumpat. Dipendam perasaan, tak terselesai. Diluahkan pada Tuhan, doa senjatanya. Lalu, bagaimana pula cara terbaik menghadapi permasalahan kawan? Diiyakan, menggalakkan permusuhan. Ditegur, menyakitinya. Digelakkan, memakan hatinya pula. Diam, seperti tidak peduli. Dicari jalan penyelesaian seperti memaksanya... hehe nak minta pendapat sikit

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya harap encik mudah sabar meneruskan liku-liku perjuangan.. :)

L.I said...

cik anon , masalah dapat diselesaikan jika kita berjemaah memikirkannya (ini antara cara yg terbaik). namun , ada masalah tertentu yg sukar utk dikongsi bersama orang lain dek kerana perkongsian itu akan menyebabkan kita ragu dan orang yg bakal dikongsikan masalah itu bukanlah orang yg betul betul kita mahukan dlm mendengar masalah kita . jad pilihlah jemaah yang baik baik sebagai pendengar yang terbaik dan akan simpati dengan kita . dengan itu kita akan rasa lega sedikit kerna orang yg mendengar dengan ikhlas dan memberi respon simpati akan menunjukan dia ambil berat .

samalah mcm kita yg mendengar masalah rakan . kita kena jadi pendengar yang baik .

' aku tak puas hati lah dgn dia . buat kerja lambat .'

' kerja lambat ? kenapa dia kerja lambat?'

' entah dia tu . dia ada banyak kerja lain apa la entah lagi.'

'ohh,' sambil mengangguk , buat muka simpati seikhlas yg mungkin . dengar dengan baik .

' aku yakin punya la ko boleh siapkan kerja ni . kalau tak cukup tangan , biarkan aku tolong kau ^_^'

menjawab x?

menjawab ke?


L.I said...

anon : waalaikumussalam

amin . anda juga begitu . may Allah bless

Musafir Jalanan said...

bruce lee : woow . . . wacha . . . . . hehe . . . . . :)

farOn said...

ujian itu boleh makin mguatkn or mlemahkn sseorang..
but now i feel so down smpai xbrani nk on kt fb..why? sbb xbrani nk tgok status kwn2 yg pass? or xbrani trime hakikat?
rse sgt kerdil.. cume mampu berharap.Allah yg maha berkuasa spy mberikan ku peluang yg lebih baik utk diriku mneruskan cita2 yg skrg mkin kusam.masam.
(gagal skali xbrmakna gagal slame-lmenye tp klo final x ok? wallahualam..Allah knows the best!)