24 January 2013

Untuk lelaki yang suka merajuk



Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





beberapa bulan yang lalu sehinggalah kini , angin depresi itu melanda . menyelimuti atmosfera hidup yang semakin kelam . hidup dengan komposisi iman yang semakin sedikit memang betul betul menyesakkan dada . apapun tak boleh buat dengan betul . aku sudah kehilangan separuh daripada diri yang lalu . diri yang aku rasa lebih baik daripada hari ini . hilang . hilang sejak beberapa bulan yang lalu .

satu semestar yang kuat . hingga tercabar keimanan ini . dek dihambat peluru-peluru masa yang menyempitkan hati . aku rasa kosong . jiwa aku hilang untuk beberapa bulan yang lepas dan mungkin juga sehingga kini . aku perlukan penawar . ubat-ubatan . pil pemulih . anti biotik . untuk dibuat rawat hati yang semakin gelap .

aku menjadi manusia yang bermasalah .

aku selalu cakap kepada diri sendiri . kuat . kuatlah kau wahai hati . tolong aku . tolong . aku betul-betul nak buat yang terbaik . aku nak diri aku yang lama . yang sentiasa tenang . aku tak nak ada perasaan gundah gulana . jiwa kacau . tolong aku . bantu aku ya tuhan .

dan akhirnya , aku masih terperosok . aku hina . aku rasa ingin menjerit . aku rasa seperti tidak ada yang mendengar rintihan ini . aku rasa mahu menangis . dan aku mulai penat untuk berharap . terasa mula mahu berehat . berehat di penjuru dinding . persis si budak yang merajuk dengan ayahnya . dan aku pula mengimitasi si budak itu . tetapi aku merajuk kepada siapa?

tatkala depresi itu betul-betul menguasai hati aku . aku mula menjadi liar . aku mempersoalkan manusia di sekeliling . jiwa aku memberontak . cemburu dengan orang lain . tapi , aku masih mampu berfikir . cumanya , aku cemburu dengan mereka yang tidak menjaga hubungan dengan tuhan , tetapi dapat juga merasa apa yang aku mahukan .

mereka couple , tapi dapat score .

mereka merokok , tapi dapat pass .

mereka tak tutup aurat dengan sempurna , tapi pandai .

sunnatullah . sunnatullah . sunnatullah . dalam dadaku memekik . terngiang-ngiang suara ustaz ku beberapa tahun yang lalu .

sesiapa yang berusaha dia akan dapat hasilnya . tuhan maha pemurah . ar Rahman . rahmatnya untuk manusia sekalian alam .

istighfar .

aku menghentak dadaku . menghentak hatiku yang berkata begitu . kau semakin gelap . semakin hitam . aku perlukan penawar ya tuhan . menangis .

aku selalu didendangkan dengan kata-kata begini . kata kata yang buat aku mahu sentiasa menjaga solat lima waktu . membaca al Quran . hidup dengan usrah . dan akhirnya berdoa siang dan malam . khasiat daripada perkara baik baik ini , aku akan dapat apa yang aku mahukan daripada tuhan . sebab aku cuba jaga hubungan aku dengan tuhan .

aku boleh score .

aku boleh pass .

tetapi , waktu begini menjadi tiada fungsi lagi kata-kata itu . aku mula menyalahkan apa yang ada disekeliling . aku mula baran . memarahi hati yang sentiasa spontan mengeluarkan bisanya . yang buat aku tak lalu nak solat . tak lalu nak baca al Quran .

tika itu , aku merasa aku tidak punya apa-apa lagi . aku buntu . aku menyalahkan hatiku yang gelap sebagai punca utama , doaku tidak diterima tuhan .

aku menjadi singa .

aku mengaum kepada manusia yang buat aku selalu menjadi buruk sangka sehingga hati aku jadi gelap .

aku marah kepada masa yang aku sedikit sehingga aku tidak sempat buat amal-amal yang aku selalu buat sehingga hati aku jadi gelap .

hati mula mempersoal-soalkan nikmat tuhan sehinggakan aku tidak lagi mampu untuk memukul dadaku untuk buat hati itu berhenti .

hati aku . hati yang lama . sudah hilang .

aku betul betul di bawah roda . betul betul dicelur dalam lumpur . aku menjadi kotor . bodoh . sehingga tak mampu berbuat apa-apa . dan apa-apa yang aku buat pula menjadi tidak betul . semuanya salah . depresi itu betul betul menjatuhkan aku .



istirja' . istirja' . istirja' , untuk aku .

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُونَ

kami ini milik Allah , kepadaNya kami akan dikembalikan.

sebak . air mata tidak mampu diempang .

ingat . ingat tuhan . tuhan itu maha pemurah . Dia memberi segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya . duhai tuhan , berikanlah daku kekuatan untuk bangkit . 

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

tatkala , peringatan itu hadir di minda ini . tenang . aman untuk seketika waktu walaupun rasanya roda itu masih statik dan tetap berada di bawah . 

aku lupa . sumpah lupa . lupa bila aku berada di bawah .

aku berada dalam tahanan tuhan . aku sedang diuji . ujian daripada tuhan untuk hamba-hambaNya .

tuhan mahu sedarkan aku , tatkala kuatnya amalan kita kepada tuhan yakni solat dan membaca al Quran itu tidak menjamin kejayaan dalam akademik . tidak sama sekali . ada yang lebih hebat lagi daripada kejayaan dalam akademik .

iaitu kejayaan mendapatkan hati yang bersih .

Rabiatul Adawiyah seorang abid , tidak rela dirinya dimasukkan ke dalam syurga atas dasar ibadah-ibadahnya kepada tuhan . dia lebih rela dimasukkan ke dalam neraka jika begitu .

lagi seorang abid yang hidup beratus tahun beribadah kepada tuhan dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga bukan kerna jumlah ibadahnya yang merimbun tetapi kerna berkat kasih sayang tuhan ; rahmat Allah .

untuk apa aku beribadah ? demi untuk mendapatkan lulus di setiap kertas ? ya , aku mahu juga begitu . dalam masa yang sama , aku mahukan rahmat Allah .

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.”

aku sebak kerna aku belum mendapat rentak . aku merindui diri yang lama seolah-olah jauh lebih bersih daripada sekarang . aku memerlukan masa untuk bangkit . dan aku perasan apabila ujian mula menyinggah , aku selalu berkomunikasi dengan tuhan .

merintih denganNya dalam segenap kehidupan kini . walaupun aku rasa seperti tidak diendahkan tetapi aku tahu yang tuhan itu mendengar . cuma belum tiba lagi untuk membalas .



Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216)

bangkit . bangkit umpama lelaki bersut kelawar . yang rasakan dirinya perlukan tali untuk keluar daripada lohong hitam . tetapi , apa yang diperlukan ialah kepercayaan yang tinggi kepada tuhannya . untuk keluar menjadi lebih kuat .

' Tis easy enough to be pleasant, When life flows along like a song; But the man worth while is the one who will smile when everything goes dead wrong. '
' Cukup mudah untuk bersikap riang apabila kehidupan bergerak lancar seperti sebuah lagu . Tetapi seorang yang mulia itu adalah orang yang akan tersenyum apabila semuanya tidak menjadi . '
 
Ella Wheeler Wilcox

p/s : jumpa quote di atas , di dalam bilik . terlekat kemas di almari baju . alhamdulillah . terima kasih tuhan . 

















12 comments:

syah said...

tajdid semula niat. kalau ikhlas, tak minta dibalas.

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

L.I said...

yup that's the real mukmin . mashaAllah

Anonymous said...

Apabila baca entry ni teringat kata-kata Umar al-Khattab:

"No amount of guilt can change the past, and no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all is determined by Allah's decree. if it is meant to go elsewhere, it will never come your way; but if it's yours by destiny, from it you cannot flee".

Dan tentu sekali anda pernah mendengar pasal istidraj? Sungguh kelakar kan dunia ini kite jealous kepada orang yg tak ikut syariah. Jangan risau encik introvert, bukan anda seorang yg diuji sedemikian sbb saya pon memahami apa yg anda lalui sekarang. saya sedang mencari jawapan dan mencari diri yang dulu. diri yang lebih baik daripada sekarang. diri yang belajar bukan sbb nak periksa tetapi sbb nak jadi manusia yag berguna; sbb Allah kata Allah sayang orang yg berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang seseorang itu lakukan. tapi sampai sekarang saya masih belum jumpa jawapan. belum jumpa diri yang baik tu. tapi saya yakin suatu hari akan muncul juga. mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Allah tentu juga sayang pada anda sbb ujian ni hanya untuk orang yg beriman. dan tiadalah ujian diberi melainkan Allah hendak mengangkat darjat seseorang di sisi-Nya atau menghapuskan dosanya supaya dia suci daripadanya.

Kata-kata saya ini pastinya tidak relevant jika dilontarkan kepada atheist atau orang yang belum kenal Allah sbb dia tak akan dapat relate dengan semua ni. tapi anda lain. orang yg beriman. orang yang ada aqidah. org yg join usrah. tentu lebih faham. jangan kalah lagi sbb saya pun tak rela lihat syaitan iblis bersorak melihat satu lagi anak adam berputus asa. dalam dunia, exam mmg penting tapi kalau kita tengok beyond that, ada sesuatu yg lebih besar...

sekian saja. saya tiada niat pon nak bagi ceramah. cuma entry ni buat saya terfikir pasal diri sendiri yg selalu jugak nak berputus asa. jadi apa yg saya luahkan lebih untuk diri sendirinya sebenarnya. cuma saje nak kongsi pengalaman.

p/s: yg pasal org yg istidraj ni, dalam surah al-kahfi Allah ada address pasal ni. hari ni Jumaat. baca la

L.I said...

terima kasih . terima kasih tuhan . kerna selalu hadirkan orang-orang penyayang dalam hidup ini :')

Musafir Jalanan said...

dunia selalu menipu aku berkali-kali, . . Tapi walaupun aku tahu dunia menipu aku, . . Aku masih bodoh kerana membiarkan dan merelakan diriku untuk ditipu lagi, . . Buat entah yg ke-berapa kali entah, . . . . . . . Semoga ALLAH selamatkan kita dari tipu daya dunia ini, . . . Aku yg sering tertipu oleh Duniawi, http://budakgetah91.blogspot.com

Zubaidah said...

mmg selalu jadi cmtu. kite terfikir knpe Allah blh bagi apa yg kite nak kpd hamba2 yg x beriman, x tutp aurat dan sbg nya. tp dugaan ALlah tu bukan dlm bntuk mslh je, tp juga dlm bntuk nikmat

Musafir Jalanan said...

L.I. . . . . you are my friend, . . . . . . . when reading your life story, . . . it reminds me of my story, . . . . . i can feel the similarity of our path of life, . . . . . but of course we are different in our own ways, . . .
:D

semoga Allah merahmati kamu, . . .

shafizah said...

i got this quote somewhere;'ramai orang disekeliling kita mereka tidak dikenali oleh sesiapa tetapi mereka sangat hampir dengan ALLAH. mereka ada atau tiada disisi manusia sama sahaja. malah mungkin pandangannya tidak didengari, orang kata dia gagal dalam hidup atau miskin tetapi rupa-rupanya dia kekasih ALLAH'. kesimpulannya ALLAH tak tanya kat akhirat nnt kita pernah dpt 4 flat ke tidak, gaji ke berapa, pangkat kita apa. kan?

Anonymous said...

Sya ska baca blog awk ni. Sgt puitis tp sangat padat dgn pegisian.

Anonymous said...

rasa macam boleh relate dengan video mat lufthi, 'rokok dan kopiah', tapi lebih kepada best friend dia lah. Dan orang-orang yang awak cemburui tu boleh relate dgn mat lutfi, mgkin ujian mereka berbeza.. kita ada parents, ada masalah ada tmpt mengadu, walau tak berada tapi insyaAllah tak sesusah mana. Dia tidak menimpakan ujian yang tidak dapat ditanggungi hambaNya. You will get through all these, insyaAllah. Apapun, jgn hilang pergantungan dgn Allah.. nasihat utk diri sendiri jg yg selalu lupa ni. On my way to my last exm day.. May He guide us through

amii afandi said...

oh, sebenarnya aku teringat nak komen masa aku baca entri kau. tapi aku telah terlupa. sedang aku dalam kereta, dan lagu devotees pun menjelma. terus aku teringat kat entri kau. haha.

"jika kau rebah,
jika kau kalah,
bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah."

oh part yang aku suka adalah ini,

"Segala kepahitan, segala keperitan,
terima bagai penghapus dosa.

Malang yang menimpa,
duka yang melara,
Mungkin dibaliknya ada bahagia."

nah untuk kau. oh sebenarnya untuk aku juga. haha.

Anonymous said...

hmm..ak sbnrnye mngalami masalah yg sme dgn ko..kdg2 tpkr,"knape bnd ni jd kt ak?ak da brusaha, tp ni jgk hasilnye...ak yg tdo 2 jam pn tp mcm tu jgk hasilnye.org laen rilek tp result gmpak.." subhanaAllah...ak tw ak x ptt pkr cmtu..dri kte ni lpe ble hdpi ujian..spttnye kte trime dgn ati yg redha..rse bslh ble pkr cmtu dlu..mgkn tu yg tbaek bwt kte..btol ko ckp, Allah x pndg hasil,tp Allah pndg usaha kte..spttnye kte brsngke baek pd Allah..sdngkan mcm2 nikmat yg Dia da bg pd kte..spttnye kte brsyukur dgn ape yg kte dpt..smoge dgn ujian ni kte dpt sme2 muhasabah dri..:)