Berwisata .
Usai menghabiskan contengan jalanan karya hlovate yang entah
buat berapa kalinya . aku termangu-mangu . mencari manis . dalam duka . lara
yang selalu berpanjangan . jawapannya mudah . bermusafirlah . kerna dalam
permusafiran , luka akan sembuh . kau akan peroleh gembira . itu kata imam
syafi’e .
Aku yang masih sebak . menahan dada ke daripada terus
terkeluar . ya , aku menangis . apa salahnya bagi lelaki yang mahu mengalirkan
air mata .
Bak kata Fend ,
Lelaki tak menangis depan orang . kalau nak menangis pun
biar hanya depan Tuhan .
Siapa tahu mungkin dengan berkeliaran di bumi Tuhan , aku
berjumpa dengan apa yang aku mahu cari dan moga moga aku dijauhkan daripada
mencari apa yang aku mahu jumpa . beza . beda yang besar .
Earphone kemas tersumbat di kedua dua belah telinga .
memainkan lagu hikmah kembara nyanyian mirwana . semangat berkobar . mendengar
faizal tahir menaikkan oktaf suaranya yang lunak . terpana . lirik nya kacak .
mendalam . menusuk kalbu .
Aku tidak tertipu dengan melodi . lirik lagu yang seterusnya
turut memukau . anugerah istimewa . mirwana . sekali lagi dihambat kumpulan
yang sama . tetapi , tiada lagi faizal tahir . namun , vokalnya tetap padu .
suara vibrato hafiz memang sukar ditiru . mahu rosak kotak suara jika dicuba .
bahaya .
Dan menjadi lelaki yang mahu mencari Tuhan .
Aku mahu menulis . melalui perwisataan . kembara sebagai
hamba .
Kenyir . Bandung . Mesir . China . Jepun . Turki .
Duit . aku perlu berusaha . lebih padu . lebih keras lagi .
5 comments:
Jadilah apa yang kita dilahirkan untuk. Anugerah yang ada. Hidup bersimpang-siur. Pilih jalan yg sesuai. Berdiri atas bakat yg ada, boleh jugak jadi rezki...
aku pon berhajat nak bermusafir pusing dunia
bestnya bermusafir.dpt bnyk ilmu
SATU-DUA-TIGA
berlari aku daki tangga
EMPAT-LIMA-ENAM
tanpa sangka kaki ku terbenam
TUJUH-LAPAN-SEMBILAN
segala dugaan aku telan
SEPULUH
agar istiqomah tanpa mengeluh.
--ketemu sukses dalam tiap-tiap SUJUD--
#karipapZamanPurba
kembara solo ke ?
bahaya sorang-sorang, . . . boleh aku ikut ?
Post a Comment