29 January 2014

Kaya = Adiwira.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka sama sekali.” 

 (Shahih Ibnu Majah : No. 0172).




Batman. Lelaki kelawar. Adiwira yang tidak punya kuasa istimewa sebagaimana adiwira lain seperti lelaki super, lelaki labah labah dan lelaki berbadan hijau yang suka marah marah. Tetapi, dia punya kesungguhan yang ampuh. Hebat. Bersungguh praktis menjadi juara segala seni pertahankan diri. Ditinggal yatim piatu. Ditemani orang suruhannya yangg setia , bersama sama menegakkan kebenaran. Walaupun, ditentang oleh rakyat marhaennya sendiri, dicela dan dicemuh kerna fitnah yang banyak dalam media. Dia berani. Kerna yang benar tetap benar. Kerna yang salah tetap salah.


ramai mengimpikan mahu menjadi adiwira, ya boleh sahaja menjadi adiwira seperti lelaki kelawar. Kerna, dia tidak ada pun kuasa hebat yang istimewa. Yang dia ada hanyalah kesungguhan dan kekayaan. Ya, dia seorang jutawan yang punya syarikat yang kukuh ekonominya. Seorang yang bijak mengurus wang dan berjaya memperoleh pendapatan lumayan.

segala duit dan wang hasil pencariannya digunakan untuk mencipta sut perang, senjata perang dan kenderaan perang untuk menentang kebatilan dan menyebarkan kebenaran.

kekayaan.

tergiang giang telinga ini memasang dengar lagu di radio. kalau aku kaya, kalau aku kaya, kalau aku kaya.

teringat, dulu memang ada tekad mahu menjadi akauntan. Sungguh, memang minat betul dalam perakaunan kerna sungguh suka dan cinta akan duit. Kalau aku pergi jalan jalan, duit yang berada dalam poket seluar jarang diraba oleh tangan ini. Kerna, sungguh sangat sayang nak belanja. Sayang nak keluarkan duit untuk beli sesuatu. Sebab mahu saja perap duit ini sampai masam.

Namun, sekali berbelanja, laju sahaja ia mengalir. =_=" . Sekejap, aku sudah merepek. Apa kaitannya dengan perakaunan dengan sifat kedekut aku ketika berjalan jalan di pusat membeli belah. Maaf sudah lama tidak menulis. Tiba tiba, bercerita tentang lelaki kelawar, kaya dan akauntan. =_="

Aku sahaja nak sebut sebutkan yang aku dulu pernah bercita cita mahu menjadi akauntan tetapi tidak mendapat restu. Kerna takut takut hati aku menjadi gelap sebab banyak tengok wang yang mengalir. Jadi, aku redha. Takut juga kalau hati ini mati. Hati mati, tidak lagi merasai kelazatan ibadat, yang ada ialah kemanisan maksiat. Nauzubillah minzalik.

Semoga, Dia yang membolak balikkan hati ini, mengubah reseptor hati cenderung kepada ibadat dan tidak terpengaruh dengan maksiat. Amin.

Namun, setelah sekian lama beberapa tahun, terfikir pula. Wang yang banyak bisa membutakan hati. Mematikan hati. Jadi, bagaimana adiwira itu dapat menepis gelap daripada wang itu daripada memeluk hatinya? ajaib . maka, pepatah yang mengatakan wang itu akar segala kejahatan itu kurang diterima.

Bukan semua. Bukan semua orang dapat memanipulasi wang ke arah kebaikan. Tapi, salahkah kita menjadi kaya? Tak. Tak salah. Yang salah, apabila kita menjadi kaya tetapi tidak bersedia.

Bagaimana pula mahu bersedia ?

Hati kita ada satu rongga. Satu lubang. Penuhilah dengan iman. Kerna iman akan mengubah wang menjadi amalan amalan yang baik dan soleh.

iman masuk dalam hati dengan ingat kepada tuhan.

Solat lima waktu. Solat sunat diperbanyakkan. Teringat ada satu hadis yang sebut Allah mencintai makhluk makhluknya yang banyak menunaikan ibadah sunat lalu,

Dia menjadi pendengarannya .
Dia menjadi penglihatannya.
Dia menjadi langkahnya.
Dia menjadi tangannya.

sungguh, apabila kita telah dibantu sebegitu. Apakah hati kita akan gelap apabila memegang wang yang banyak dalam tangan kita?

para sahabat menjadikan dunia ( wang ) dalam genggaman tangan mereka. Kenapa tak letak dalam bahagian tubuh badan lain? Sebab bila kita buka sahaja genggaman tangan kita, terlepaslah ia. Gugur. Jatuh, menyembah bumi. Akhirat tetap di hati. Kekal, memjadi hadaf. Matlamat untuk mendapat harta yang lebih lumayan. Iaitu, jannah.

Jadi, apabila iman sudah meresap laju dalam hati kita, Dia akan menjadi telinga kita. Maka, kita akan lebih mendengar perkara baik baik. Bukan bermakna kita dengar perkataan yang bukan carut carutan, kita akan lebih peka mendengar isu isu umat kita yang sedang lemah.

Sama jugalah, Dia menjadi mata kita. Kita akan lebih peka memerhati kepada mereka yang memerlukan. Mereka yang dalam kesusahan dan kefuturan. Dan langkah ini berjalan seperti Dia ke arah mereka yang tidak bernasib baik dan tangan ini menghulur seperti Dia . Memberi kepada mereka yang perlu menerima.

Dinar terbaik yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki adalah dinar seseorang yang dibelanjakan untuk nafkah keluarganya 

[HR. Muslim (2/574)]

Untuk memberi, kita perlukan harta yang bukan sedikit. Dengan menjadi kaya ialah solusi untuk menyelamatkan umat yang kian tenat.

Duit yang banyak kita dapat memberi derma. Sumbangan kepada gelandangan yang tidak terbela. Tiada lagi kes lelaki yang mencuri di masjid dan dipenjarakan. Kerna dengan cukup wang, kita dapat memberi kecukupan kepada manusia lain. Ya, kita tidak layak untuk memberi tetapi apa salahnya kita menjadi asbab untuk orang lain bersyukur kepada tuhannya.

Tak ke rasa manis, bila kita menghulurkan wang kita yang sedikit itu, ada si peminta sedekah itu mengucap syukur?

Tak ke rasa manis, bila kita memberi sebungkus roti yang cuma enam puluh sen kepada si gelandangan yang lapar dua hari, tersenyum kepada tuhannya?

Allah telah pun berjanji kepada manusia yang dalam 7 golongan yang dipayungi rahmatNya di akhirat kelak ialah mereka mereka yang memberi dalam keadaan rahsia dan terlalu banyak huluran tangannya hinggakan tangan kiri tidak tahu pun tangan kanan sedang menderma.

Cemburu. Aku cemburu dengan mereka yang kaya harta. Sudahlah kaya harta , mengamalkan apa yang agama ajarkan. Melihat kawan kawan aku yang awal usianya sudahpun menjejakkan kaki ke tanah suci. Menunaikan umrah. Sungguh hati ini menjerit kerna betapa miskinnya aku. Masih lagi sedang mengumpul wang. Bekerja keras membanting tulang mencari kerja.

Aku malu. Kerja aku perlu kuat lagi. Tidak sehebat Abu Bakar yang menginfakkan hartanya sehinggakan yang tinggal hanyalah Allah dan rasulnya. Tidak sekuat Uthman dan Abdurrahman al Auf yang rajin mengeluarkan harta mereka ke jalan Allah.

Sungguh, aku cemburu dan malu kepada mereka yang kaya.

Dengan harta yang banyak, dakwah lebih mudah. Segala gerak kerja lebih tersusun dimodalkan dengan sumber kewangan yang kukuh. Bekerjalah, kerja sepenuh hati agar dapat mengkayakan umat kita kembali seperti masa dahulu.

Allah, teringin betul mahu pergi ke rumahMu. Dapat tunaikan umrah sekali sebelum aku mati pun jadilah :").

Pesan orang tuaku, marilah tunaikan solat dhuha. Pembuka rezeki. Semoga kita menjadi kaya di sini. Dan juga di sana.

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat shalat dhuha, karena dengan shalat tersebut, Aku cukupkan kebutuhanmu pada sore harinya.” 
(HR Hakim dan Thabrani) 

“Setiap pagi dari persendian masing-masing kalian ada sedekahnya, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap amar ma’ruf nahyi mungkar sedekah, dan semuanya itu tercukupi dengan dua rakaat dhuha.”  
(HR. Muslim)

1 comment:

Anonymous said...

aku pernah bercita2 untuk mnjadi bisnesman.. mungkin krn pgaruh dr pakcikku yg berjaya dlm bisnesnye.. dtambah dgn keluargaku yg bukan dr kalangan berada. segala yg mahu dibeli mesti kene bajet dn berjimat-cermat walaupun nk beli buah(sbb sy hantu buah sbiji shari x cukop klo bole nk habiskn satu plastik sehari). yup masa kecilku adakalanya memberontak dlm hati knp nk beli tu pon x boleh tp kdg2 terlepas juga.

tp apabila da semakin besar hampir puluhan aku tersedar.. aku sangat bersyukur dilahirkan dr klgn yg sederhana sbb telah terdidik utk x boros, lebih menghargai ssuatu brg, pandai mencongak esp time kluar beli groceries zmn skola rendah, x mempunyai apa2 yg perlu di banggakan atau sombong, dn yg plg penting ialah kasih sayang dr keluarga.

yup, setuju harta itu boleh menjadi sumber pahala tp aku takut ia menjadi sebaliknye spt Qarun krn hatiku yg senang berbolak-balik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...