09 March 2014

Petua Studi. Aku tak pandai sangat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



ada orang minta petua belajar daripada aku. terus aku malu malu, mahu bilang aku pelajar cemerlang, tidak juga. dulu dulu masa sekolah sehingga sekarang konsisten sahaja. nak kata cemerlang, tak juga. nak kata teruk, tak pula. seimbang lah agaknya. keputusan peperiksaan memang selama ini semua jenis jenis selamat, alhamdulillah.

nak kata aku rajin, semua orang kata aku rajin.

dulu aku duduk di asrama, ada beberapa orang budak batch aku yang suka singgah dorm aku. suka intai intai apa yang aku buat dalam dorm. kalau nampak aku lipat baju itu, mulalah berbasi basi, kau bila nak studi? kau dah cover topik dah sampai mana?

aku yang tadi fokus melipat baju dan kain pelekat, terus kurang bersemangat lalu ku terus sumbat sahaja pakaian ku ke dalam locker besi. ( jangan tiru aksi orang pemalas )

kalau nampak aku studi, mula mula melancarkan perang psikologi.

fuyoo studi. rajin bak hang.

perghh rilek dulu exam lambat lagi.

aku yang tadi mula menyampah. tutup lampu dalam dorm. buat buat tidur. dah aman. aku sambung balik, sambil suruh junior form 1 aku tolong tengok tengok kalau ada para 'stalker' yang datang dalam radius 10 meter daripada dorm aku.

sampailah aku masuk univerisiti, memang hidup tak ada privasi. ada sahaja yang masuk bilik datang bertandang, buat perang psikologi. aku yang dah mula menyampah, cuma diam dan tunggu mereka habis berpsiko sehingga lebam.

anehnya, mereka pula yang lebih dahsyat.

selepas keluar daripada bilik aku, terus bersemangat.

studi sampai pukul 3 pagi.

duduk berteleku fokus sehingga boleh tembus lecture note.

( aku tak stalk, ter je )

nak kata petua di sini ialah fastabiqul khairat.

maksudnya, ialah berlumba lumba dalam melakukan kebaikan.

aku selalu ingat pesan daripada seseorang, aku tak ingat siapa tapi bunyi dia macam ini, kalau kita nak berubah.

berubah nak jadi rajin.
berubah nak jadi lebih bersemangat.
berubah nak jadi lebih baik.

kita kena ada pesaing. bila ada pesaing, kita akan ada persaingan ( competition ).

macam saidina abu bakar radiallahuanhu dan saidina umar radiallahuanhu.

dulu sampai sekarang, keluarga belah ayah aku suka banding membandingkan anak siapa yang paling hebat daripada segi akademik. sukan. dan apa apa sahajalah yang boleh dibuat bangga. jadi johan pertandingan mewarna ke melukis ke, tak kisahlah.

aku selalu kena banding dengan sepupu aku yang hebat.

sepupu aku ini orang kaya, jadi kelas tambahan memang ada. buku buku latihan memang cukup. rujukan rujukan memang mantap.

sejak daripada kecil, aku memang selalu kalah dengan dia hatta daripada segi kekacakkan pun. memang ramai orang puji dia paling tampan dan bergaya. nak kata yang aku ini memang selalu dipandang rendah.

dan yang pasti, sejak dulu aku memang paling benci orang yang pandang rendah kepada manusia lain. mungkin sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang status ekonomi yang rendah. untuk dapatkan sesuatu itu, aku kena berpeluh. aku kena bermasam. aku kena bersabar.

aku ingat lagi yang aku belanja seringgit sehari masa sekolah rendah. nak beli buku rujukan, nak minta dekat ayah ialah pilihan yang paling terakhir. sebab takut nak minta duit. sebab ayah ialah manusia yang paling garang dalam dunia. ummi pula surirumah, maka tidaklah berduit sangat.

jadi, aku tahan duit belanja daripada membeli makan di kantin sehinggalah usia aku masuk sekolah menengah yang duit belanja sehari aku hanya naik 50 sen. seringgit lima puluh sen lah kiranya. dengan berbekalkan duit itu aku tahan selama seminggu, aku dapat beli buku rujukan biologi. buku rujukan sejarah. buku rujukan kimia. buku rujukan fizik. matematik tambahan dan lain lain.

aku pernah menangis bila ayah bilang aku ini membazir. membazir, sungguh memang berderai air mata jantan. aku minta duit saku lebih disebabkan aku terlebih bajet dalam beli buku buku rujukan dan latihan. aku tahan emosi untuk terus bersabar. tapi, ummi faham. dia hulur 20 ringgit, rasanya. tak ingat pula untuk buat belanja waktu aku duduk asrama.

sungguh, aku rasa kesedikitan wang menyukarkan aku hidup untuk mengais ilmu. jadi, hargailah wang saku anda itu daripada dibelanjai yang bukan bukan. itu juga petua.

dan lagi petua aku, berkawanlah dengan manusia yang boleh buat kau rasa lebih rajin. lebih bersemangat. dan lebih baik.

boleh sahaja dikaitkan sekali lagi dengan fastabiqul khairat tadi, berlumba lumba. bersaing saing. kalau kita tengok kawan kita dapat A, takkan tak rasa tercabar kan? mestilah, kita juga mahu yang serupa. mahu yang sama dengan mereka.

jadi berkawan lah dengan orang orang yang pandai dalam urusan yang kita mahu.contoh, kalau nak pandai kimia, kawanlah dengan orang yang pandai dalam subjek kimia.

kalau nak rajin pergi solat jemaah di masjid, pergilah kawan dengan orang yang selalu pergi solat jemaah di masjid.

bukan ke hidup dalam berjemaah itu lebih indah? bergaul dengan orang orang yang alim dan soleh dalam urusan dunia mahupun akhirat. insyaAllah, wangian itu akan terkena kita juga.

dan yang paling penting habluminallah dan habluminannas.

hubungan Allah kena jaga, hubungan manusia pun sekali kena jaga.

solatnya, baca al qurannya, puasa sunatnya dan ibadah ibadah lain. mintalah kepada Allah, nescaya dia akan perkenankannya. Allah malu kalau kita menadah tangan tapi Dia pula tidak beri sesuatu dekat kita, sampai macam itu sekali betapa kasihnya Dia sehinggakan tak nak beri hambaNya dengan tangan yang kosong.

hormat cikgu dan ustaz, janganlah emo tak tentu hala dengan cikgu sebab selalu malukan kita di dalam kelas. janganlah kutuk kutuk ustaz sebab bosan cara pengajaran dia. bersedekah di masjid ke, beri derma kepada anak yatim, homeless dan orang yang kurang bernasib baik. belanja kawan makan roti gardenia cicah tuna ke, jadilah kan.

insyaAllah, kejayaan itu milik Allah. kejayaan di sini tidak semestinya kita berjaya di dunia.

ada sahaja rakan rakan aku yang kurang bernasib baik, tapi usaha dia masytaAllah memang sungguh hebat. kita yang dah rasa berjaya ini, kena beringat ingatlah setiap apa yang Allah beri ini bersifat sementara, pasti akan ditarik semula.

kita ini peminjam sahaja.
kejayaan pada hari ini pun kita pinjam.
hanya sementara.
bila bila masa sahaja Allah boleh ambil.

kita kita ini kena bersedialah.
kalau belum baca dan dengar ayat ini, silalah baca.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

sekian daripada senior mu.
kepada mereka yang sedang menunggu keputusan spm. bittaufiq wannajah.

p/s : aku dulu A lurus. kbai.


3 comments:

Anonymous said...

ada orang memang kena ada pesaing tapi nampaknya saya ialah antara yang anomaly;outlier hehe.

selalunya kalau rasa ada persaingan, mesti saya akan rasa kurang bersemangat dan rasa takde point buat benda tu sebab semata2 nak lagi hebat dari orang tu. dan akhirnya, saya sendiri yang akan rasa malas belajar haha.

saya jenis yg bila belajar, tahu kenapa nak belajar. tahu makna di sebalik belajar. kalau tak nanti asyik persoal kat diri sendiri: "what's the point?" haha.

tapi benda ni la yg susah sebab...kadang2 rasa susah nak timbulkan semangat tu. lagi2 kalau yang kita belajar tu bukan ilmu quran ke ilmu agama ke. selalu tertanya2: ada makna ke buat benda ni?

haish...

okay, sorry pulak membebel kat sini tapi ni la yg saya rasa haha. lagipun sebenarnya perlukan satu platform utk membebel kepada orang asing yang tak dikenali sebab rasa lebih selamat hahaha

L.I said...

aku memang suka kena bebel T_T

Anonymous said...

rupanya org lain rasa benda yg sama.. time baru nk rajin sikit, pasti ada yg dtg utk melemahkan smgt rajin dgn perkataan 'asal kau rajin sgt nih?' dll.

aku bukanlah pljr cemerlang dr sekolah tp boleh dikatakan alhamdulillah,, aku juga bekas pelajar tajaan untuk ke luar negara TP kita mmg xkan selalunya di atas kn? aku tidak melepasi syarat dan aku tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat degree spt yg dirancang. kini aku hanya spt pelajar lepasan spm yg lain dn bukan dbwh tajaan lg. tp Allah tlh membuka hati seseorang utk mbntuku financially alhamdulillah.

disebalik kedukaan dan kepayahan yg kita alami pasti ada terselit hikmah.. aku yakin pada pencipta.. walaupun pada mulanya aku meragui.. tp kita kn hambanya.. jika bkn kpdNya kpd siapa lg kita mahu berharap kn. lgpon tjuan kita kt ddunia bkn semata2 itu kn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...