10 March 2014

Tak kenal, maka tak cinta.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





bersangka sangka. kerna kebanyakkan sangkaan itu ialah sangkaan yang buruk.


aku ada kawan, yang tak banyak cakap. muka bengis. garang + tak suka senyum. senang cerita, memang seram rasanya bila mahu bergaul dengannya. bila mahu buka mulut sahaja, terus ditenung tajam sehingga mengeletar kepala lutut.


senang cerita, memang tak ramai lah orang nak tegur dia. tak ramai yang mahu bergaul dengan dia. dan tak ramai yang mahu berkawan dengan dia.


kenapa jadi macam ini? ramai tak nak kawan dengan dia? sebab first impression. pandangan pertama kita itu ialah sangkaan kita kepada empunya badan.


teringat lagu hijjaz yang pandangan mata itu selalu menipu. boleh cari di youtube jika mahu mendengar dan menjiwainya.


hakikatnya, bila kau mula berani berani buka mulut, rupa rupanya dia seorang yang lemah lembut. sopan santun. baik hati. dan penyayang. amboi, banyaknya. nak kata yang sangkaan pertama itu salah, kita belum betul betul kenal dia, terus kita judge dia. terus jadi hakim. menghukum dia melalui luaran.


aku pernah bersangka buruk dengan seorang lelaki yang ku kira usianya tua 10 tahun beza daripada umur ku, rasanyalah. pakai baju T hitam yang depannya tertera logo metalicca dan memakai gelang tangan rockers. berseluar lusuh dan koyak sedikit di bahagian hujung seluar. rambut serabai jatuh ke muka tapi di bahagian belakang rambutnya kemas diikat kuda.


jumpa di surau, aku fikir dia mahu main flappy bird di smart phone nya ataupun tidur kuak lentang tetapi kau tahu apa dia buat? 


dia pergi azan masuk waktu zohor.


terperanjat aku, terus insaf. benarlah Allah berfirman,



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
al hujurat : 12


kita ini terlalu gopoh menjadi hakim tanpa kita sedari kita telah menjatuhkan hukuman kepada mereka yang kita belum kenal.


punya banyak masalah manusia dalam dunia, semuanya berpunca kepada kurangnya taaruf. kurangnya kenal mengenali antara satu sama lain. 


bayangkan si penduduk kampung A ini pergi ke kampung B untuk mengambil sedikit air untuk buat bekalan mandi dan minum di rumah sebab bekalan air kampung A terputus. si penduduk kampung B yang ternampak si penduduk kampung A ini yang sedang mengambil mengambil air, menggunakan tong tongnya, terus menyerang si penduduk kampung A. si A yang terperanjat lalu bertempik marah, memukul balas kembali. si B ini memang emosional terus memarahi sambil mencaci muka si A ini macam penyangak dan pencuri. siapalah yang tak marah kalau ada orang kata muka kita seburuk begitu, terus bergaduh sampai ke tak sudah. sedangkan si A itu dah dapat keizinan ambil air di kampung B. terus mereka lupa untuk kenal mengenali . untuk taaruf . dan akhirnya pergaduhan mereka tersebar sehingga satu kampung bergaduh.


panjang pula. tak apalah.


rukun usrah.


ada tiga.


taaruf. kenal mengenali.

tafahum. faham memahami.
takaful. bantu membantu.

kepada mereka yang sertai usrah ini, memang dah boleh hadam rukun yang tiga ini. tapi, susah nak diserap dalam otak.


dalam seni persahabatan. nak menjamin ukhuwah yang berpanjangan sesama member member. bro dan bro. kawan kawan.


memang kalau tak kenal, belum rasmi jadi kawanlah. itu yang mula guna saya dan awak. kalau dah mula rasmi jadi kawan, mulalah guna aku dan kau. lu dan wa. ana dan anta ke. taaruf ini kita kenal nama, tempat tinggal, umur, bilangan adik beradik dan studi apa. dan sebenarnya bukan takat itu sahaja, itu cuma permukaan sahaja.


contohlah,


ada seorang kawan ini, muka masam sahaja. kita terus bersangka sangka, oh ada masalah dengan teman wanita dia rasanya sebab hari itu nampak dia bersama dengan perempuan.


kesilapan di atas ialah, tidak bertanya. taaruf ialah proses bertanya. tanyalah apa masalah dia. kenapa muka masam? kenapa sedih? kenapa emo emo ini?


never assume. ask.


kalau dia tak nak jawab, kita perlahan lahanlah dekat dengan dia. duduk dan lepak dengan dia. kena tahu apa kesukaan dia dan benda benda yang dia tak suka. oklah, dia suka tengok bola maka kita kena ambil usaha lah untuk sembang berkenaan bola. barulah sedikit sedikit ukhuwah itu dekat.


barulah ada tsiqah, kepercayaan kepada kita untuk berkongsi. ini kita boleh panggil kaedah mua'yashah, bermesra mesraan ( err lain macam bunyinya ). belanja dia makan ke, sebab manusia ini salah satu cara mahu kuasa hatinya ialah kita perlu menguasai perutnya dahulu.


lepas dia dah cerita masalah dia, barulah kita boleh naik ke peringkat tafahum, memahami. dengan kita faham masalah sebenar. punca punca. histori dan latar belakang dia. kita tidak akan prejudis dan bersangka buruk. kita akan ada rasa empati dan kasihan, dan membayangkan kita berada di tempat dia. hari itu adik perempuan dia datang jumpa dia yang ibunya sakit tenat di hospital. ini sambungan daripada contoh tadi.


dan tika kita sudah memahami situasi sebenar, kita mampu takaful, bantu apa yang kita mampu dan apa yang perlu kepada dia. proses tafahum tadi itu meletakkan diri kita seperti membayangkan kita juga berada dalam situasi ibu kita tenat, maka kita akan lebih prihatin dan bersungguh sungguh mahu membantu, menyelesaikan masalah.


itu yang aku belajar daripada usrah.


kami saling taaruf. saling tafahum. dan saling takaful.


walaupun berlainan sejarah dan gaya hidup.

kami dilatih menggunakan 3 rukun ini untuk mengetatkan ukhuwah yang ada.

usrah itu keluarga.
keluarga lahir daripada kasih sayang.
kami percaya kasih sayanglah yang akan dapat menyelamatkan manusia daripada terus menumpahkan darah.
semoga kita benar benar tsabat di jalan ini.

ukhuwah fillah abadan abada.

p/s : siapa yang belum usrah, maka pergilah cari ya.  ^_^




1 comment:

Anonymous said...

Woaho!!saya suka sgt baca belog awak ni!cool sgt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...