27 May 2014

Kau bukan tak pandai. Kau boleh sahaja kalau kau mahu.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




aku ada seorang kawan. yang sangat cool dan aneh. kalau mahu tulis profile nya di sini memang belum tentu akan dapat tulis dalam satu baris penuh. dia misteri. tak banyak cakap. tapi setiap katanya sungguh, sungguhlah aneh. ( aku hilang kata pula )

gred.

ada satu hari, aku berasa tidak pandai dalam kelas. aku memberi jawapan yang salah dan guru memarahi aku. aku malu. kawan kawan sekelas ketawa. riuh rendah melihat aku yang silap. dengan muka yang malu, aku menutup hati aku dengan diam seribu. aku tutup emosi. cuba, tapi aku kalah. aku diserang ribut depresi. aku mahu rasa merajuk. kepada siapa, ntah siapa. namun, benak hati yang dalam aku seperti semahu mahunya menuding jari ke langit. lalu aku terus menggeleng geleng kepala, menidak nidakkan sesaat pintas lalu aku memarahi tuhan. aku mengeluh.

aku dapat gred yang paling curam. aku malu. aku berhenti jalan. duduk. dan berfikir sedalam dalam. apa salahnya aku? aku solat. aku baca al Quran. aku puasa sunat. aku cuba sedaya mampu mengaut nasib yang baik demi dipandang penuh kasih oleh tuhanku kerna aku setia bermunajat kepadanya. walaupun aku setia melakukan perkara yang memberi impresi yang baik daripada tuhanku, aku juga tidak lupa untuk menjadi lebih realistik. aku susun jadual. aku belajar lewat malam. aku hafal ulang ulang. aku korbankan masa aku daripada tengok kartun.

tapi, aku jatuh juga. aku mengeluh. keluh kesah. keluh kesah dalam susah. apa salah aku tuhan?

' kau bukan tak pandai. kau boleh sahaja jadi pandai kalau kau nak. '

kepulan asap tebal terapung sampai ia mula menipis, baru aku sedar. kawan misteri bersama batang kansernya sudah sudi menerajang damai aku di bawah pondok jaga. amboi beraninya guna hikmat naga asap tembakau di depan pondok pengawal. oh, aku lupa pengawal itu pembekal tegar.

aku fikir. 

kalau aku pandai, kenapa aku dapat gred yang tidak pandai? bukan ke itu yang buat kita tidak pandai?

dan bukan ke aku sedang ingin menjadi pandai, aku belajar malam. susun jadual. tapi kenapa aku masih belum pandai pandai? bukan ke semua usaha usaha yang telah aku buat itu, adalah aku nak jadi pandai. aku nak jadi pandai. 

kau silap bila fikir silap itu bukan kepandaian. kesilapan dan kesalahan akan buat kita pandai. jadi banyakkan lah buat silap. kepul kepul asap dihembus mencemar atmosfera yang sudah bertambah kacau sebati dengan jiwa yang galau. aku mencebik. apa kau tahu? kau bukannya berada di kondisi aku.

asap kian menipis. aromanya menyengat mata. pedih sekali.

kalau kau letakkan syarat dalam kau sedang beribadat kepada tuhan kau, kau akan mudah putus asa. keluh kesah bila ditimpa ujian. rasa susah bila kau dihadap dugaan.

apa kau fikir kau sedang beri makan kepada tuhan kau dengan ibadat kau. solat kau. baca al Quran kau. puasa kau. dan bila kau fikir tuhan kenyang dengan amalan amalan itu, kau mengharap hajat kau diperkenankan pula. 

di mana ikhlas? di mana kasih sayang? 

sebab itulah bila kau tiada ikhlas dalam apa yang kau buat, kau akan marah marah. sebab tidak diperkenankan. kenapa aku? kenapa aku yang kena bala ini? 

kenapa kau? 

sebab orang orang yang macam kau ini yang claim kata nak masuk syurga tapi tak nak disimbah garam kepada luka. tak nak hidup susah dalam dunia yang banyak menipu ini. 

aku. 
aku bisu.
aku meletakkan syarat dalam beriman kepadaNya.
sedangkan Dialah tuhan yang maha agung. Dialah yang satu satunya layak meletak syarat kepada aku. hambaNya yang penuh noda.

sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kepada tuhan sekalian alam. 

teringat dalam surah adz-Dzaariyaat


Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. 
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. 
ayat 57 dan ayat 58
Allahu musta'an

Kepada Dia lah kita meminta harap

peliharalah Dia, Dia akan memelihara kita. 

teruskan. jangan putus.
kau pandai. kalau kau tahu. 




2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih . =]

Anonymous said...

Alhamdulillah. Entry yg sangat bagus. Dapat membuka mindaku yg sempit ini. T__T