03 February 2015

Labur.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

selalunya tak bagus bila kita dapat cuti lama sangat, sebab mindset kita suruh badan kita rehat tanpa buat aktiviti yang betul betul bermanfaat. dan inilah berlaku sekarang bila dapat cuti yang panjang. kepala tak boleh nak selesaikan soalan matematik UPSR.

jadi, aku pun cuba berjinak jinak main sudoku. katanya, mampu menajamkan otak. lalu, aku main. main. dan main. aku dapat rasakan perasaan marah aku yang semakin menajam. terus aku letak tepi buku sudoku sebelum aku betul betul berdarah. aku praktis guna tangan kiri. katanya, ia mampu initiate laluan neuron baru, memandangkan aku lelaki bertangan kanan. dan ia agak menyeronokkan, memandangkan sekarang pun aku sedang menaip dengan menggunakan tangan kiri. kadar kelajuan; labi labi.

aku mula belajar main gitar. dan ini menyebabkan aku lebih frustrasi dengan tangan kiri aku yang mula memberontak, jari jemari aku susah nak koordinat dan ia telah merosakkan tekstur kulit aku. bergaris garis. nak ingat chord lagi. bila strum gitar, bunyi aneh pula yang keluar. mungkin aku patut simpan tangan kiri aku untuk tujuan menaip dan menulis sahaja.

aku mula baca balik buku buku lama dalam rak buku. semuanya buat aku lena. lepas itu bangun pukul 2-3 pagi. bagus untuk bangun malam. tahajud. tapi, tak best sebab selama ini hadam sebuah buku dalam masa sehari dua saja tapi ini setiap kali selak 4-5 halaman, terus masuk alam mimpi. memang tak menyeronokkan. terasa malas pula untuk baca.

aku nak belajar masak tapi terlalu malas untuk ke dapur.

pelaburan.

untuk belajar sesuatu, kau kena melabur.
bila dah berusia ini, mak ayah dah tak beri duit. kita akan lebih sensitif dengan kondisi kewangan kita. satunya, aku belum bekerja. dan duit tak pernah masuk dalam akaun bank aku. yang ada mengalir keluar. bila kau ada banyak duit, kau tak akan rasa duit itu mengalir. tapi, bila kau tak banyak duit, kau akan mula rasa sempit.

aku mula mula bila terasa duit aku banyak, aku tak rasa apa apa untuk keluarkan duit. beli makanan mahal mahal. baju tak sangat. buku paling banyak habis, tapi sekarang ini aku kurangkan pembelian buku sebab dah ada kerajaan nak beri baucar. dulu dulu tak kisah pun nak keluarkan duit kalau beli buku, sekarang kena kisah, sebab betul betul dah mula rasa sempit.

kalau ajak mak keluar makan makan, mak akan tanya senarai harga bagi setiap makanan. kalau mahal, dia akan pandang muka aku pelik. kalau bawa barang balik ke rumah pun akan tanya harga berapa bagi setiap barang, betapa 'disiplin' mak aku, kalau over daripada prediction, dia akan mula meleter. mula mula tak rasa apa apa tapi bila dah mula terasa sempit, kita akan kata mak ialah pengurus kewangan terbaik dalam keluarga.

aku rasa mak aku pelik sebab dialah satu satunya mak yang aku kenal tak suka aku beli buku.

dan aku tanya kenapa. dia kata baik beli benda benda lain. aku pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan benda benda lain oleh mak aku. sampailah waktunya sekarang, baru aku faham.

memandangkan aku tak kerja macam aku cakap tadi. aku akan sentiasa mengalami duit keluar dan tak akan mengalami duit masuk. jadi, ini satu 'malapetaka' kalau difikir untuk kesan jangka masa panjang. macam cerita lotus eater.

hari itu aku jumpa kawan kawan aku dengar sembang sembang saham. seronok mereka bercerita tentang duit. bila kita melabur, kita keluarkan duit, dan kita kena pastikan yang duit itu kena masuk kembali dalam poket kita. barulah aku faham, kenapa mak aku tak suka aku beli buku.

sebab untuk dapatkan buku, kau kena keluarkan duit. adakah dengan membeli buku, kau akan dapat kembalikan duit ke dalam poket kau semula? tak. aku tak rasa dengan hanya membaca buku dapat mengembalikan duit aku. jadi, aku telah mengalami kerugian. rugi daripada segi duit keluar dan duit masuk lah. ilmu insyaAllah masuk dalam kepala. itupun kalau masuklah.

sebenarnya, tiap tiap hari kita melabur. hari itu aku buat kek batik. 20 ringgit habis aku beli bahan bahannya. duit aku keluar habis begitu untuk belajar buat kek batik. siapa kata menuntut ilmu itu percuma. ilmu itu percuma. tapi, proses nak dapatkan ilmu itu yang perlukan duit.

aku tak berapa setuju sangat dengan duit tak boleh beli kegembiraan. duit boleh beli kegembiraan.
disebabkan dulu dulu keluarga aku pernah merasa sakitnya miskin dan alhamdulillah Allah tunjukkan rezeki dan lapangkannya, betul betul rasa stabil sekarang.

dan tanpa duit, aku tak boleh studi sampai tahap sekarang. ini realiti. kita bergantung kepada duit untuk buat hidup kita complete. lebih sempurna. walaupun jauh daripada definisi benar sempurna itu tetapi dengan duit lah kita dapat tengok keagungan Allah lebih hebat dan luas. tengok sendiri lah top 10 para sahabat yang masuk syurga, semua kaya kaya.

berbalik kepada buku tadi, kalau kita invest duit untuk beli buku, kita perlukan effort untuk kembalikan duit itu daripada hasil pembelian buku itu.

jadi, tulis dan juallah buku sendiri.

macam mak ayah invest kita, hantar pergi sekolah untuk dapatkan kesan jangka masa panjang. supaya, kita dapat berbudi kepada mereka. supaya kita dapat membalas kembali. itulah pelaburan.

keluar duit. bayar yuran. belajar di fakulti perubatan. apa yang buatkan pelaburan itu bermanfaat?

jadi tabib.

bak kata mak aku, jadi tabib, boleh beli kereta mewah mewah dan rumah besar besar.

ya lah ummi. ya lah


2 comments:

ANAK ABAH said...

ha ha. same with my mum. mak ak pn selalu tegur kerap sgt beli buku. Agaknya anak muda skrg mmg keghairahan terhadap buku2 barangkali.

L.I said...

dah jadi trend kot anak anak muda zaman sekarang baca buku, err it's that a good thing or bad?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...