31 March 2015

Post sebelum GST.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


setiap individu ada bakat masing masing. setiap individu mempunyai bidang tertentu yang betul betul expert dan specialist dalam perkara perkara yang ada antaranya berbeza dengan orang lain.

dan ada yang dapat jumpa bakatnya daripada awal dan ada pula yang lambat. ada juga yang tidak tahu bakatnya sampai akhir usia. untuk mengenal bakat, kena kenal diri. satu perjalanan yang panjang dan sangat memenatkan.

struggle. learn. knowledge.

setiap bakat pula hanya betul betul nampak fungsi bila hidup dalam kondisi dan atmosfera tertentu. jika punya bakat seperti ini dan itu tetapi hidup dalam sistem yang tidak memerlukan bakat seperti ini dan itu, bakat ini dan itu hanyalah liabiliti semata.

jika kamu mahu hidup dengan kamu yang berfungsi.
cari atmosfera yang betul.

tapi, sebelum cari atmosfera yang betul.
cari fungsi kamu dahulu.

dan barulah kamu dapat gembira walaupun sedang menangis.


No comments: