07 December 2015

Tok Wan.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Kita semua ada manusia kegemaran yang kita sayang. 

Beberapa tahun yang lalu, arwah Tok Wan selalu angkut aku pergi masjid. dan aku pula sangatlah malas malas untuk ke sana. Dia marah. Lelaki kena jaga solat awal waktu dan solat berjemaah di masjid memandangkan dia seorang muazzin di masjid kampung kami. Anak anak dan cucu cicitnya yang akan kena angkut. 

Namun, aku tetap malas malas. Satu hari, dia jatuh daripada motor ketika hendak solat subuh. Lebam lebam badan. Daripada raut mukanya, penuh sisa dan kedutan penyesalan yang sangat kuat. seperti budak kecil yang sedih dan merajuk tak dapat pulang membawa permainan di pusat membeli belah. 

Penuh dengan penyesalan. melihatkan kedutan yang beribu di muka. pedih. air matanya tumpah. kerna tak dapat ke masjid pada subuh itu. 

Sejak daripada hari itu, apabila kami pulang ke kampung. aku akan ikut dia ke masjid. 

Tok Wan selalu pesan, bila kita hidup, kita mesti hidup untuk membahagiakan ibu dan ayah. walaupun sesusah manapun, bila kita bahagiakan ibu dan ayah, bahagia itu akan datang kepada diri kita sendiri. 

kita akan sedih dan kecewa. itulah kehidupan. sunnatullah. kita tak dapat lari. bila kita meletakkan diri kita dalam kehidupan orang lain. orang lain akan senang dan kita juga akan ikut senang. 

setiap kali, Tok Wan beri nasihat. kedutan seribu nampak jelas. kerna apabila yang memberi nasihat itu selalunya orang yang hidup penuh penyesalan di masa silam dan bangkit kembali. di kemudian hari. 

pada hari itu, setelah beberapa kali aku mengulang yassin di sebelah katil Tok Wan.
Tok Wan tetap akan pergi.
sebab cinta memang ditakdirkan akan pergi. 
tapi cinta juga akan kembali.
dalam bentuk dan warna yang lain. segala sesal yang terkandung dalam nasihat lama, yang tinggal di dunia akan sentiasa ingat.

dan akan terus bermanis walaupun hari masih pahit.





nangis

1 comment:

Anonymous said...

Tiba aku rasa nak nangis. Ugh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...