30 July 2016

Keputusan.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Aku dah sampai satu tahap di mana, kalau aku pilih buat keputusan A berbanding keputusan B dan konsekuensinya maha dasyat yang tak tertanggung sepanjang umur hidup. 

secara idealnya, walauapapun keputusan yang kita pilih, kita kena terima akibatnya walaupun keputusan itu salah. biarkan ia mengalir. hingga waktu yang menyembuhkannya. 

batuk kecil berpanjangan waktu malam buat aku gusar dan tidak boleh teruskan tidur. 
batuk kecil daripada orang yang melahirkan aku.

semoga setiap keputusan yang aku pilih, tidak melibatkan orang lain. biarlah aku yang menanggung malang dan badinya. 

selamat malam, malam. 

2 comments:

Anonymous said...

Aku nak kenal kau, boleh?

Sya said...

Keputusan yg kita buat takde yg salah tkde yg betul... Eventually dia akan bwk kita ke tmpt yang sptutnya kita berada..

^ hope this helps hehe