20 February 2017

Tidur di bulan Februari

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




Emotional numbness.
Nothingness.
Empty.


terasa kebas merata di dalam mental. walaupun situasi gembira datang, ketawa tak pula menyapa. situasi sedih berkunjung, menangis tak pula menyinggah.


Immune.
Namun terasa lifeless. Hati rasa kosong. Tak mampu respons dengan emosi. Perasaan jadi kejang.


Andai inilah lubang gelap yang paling dalam, inilah ruang yang paling sifar cahaya. terluka tapi tak mendatang rasa sakit. gelap tapi tidak mencari cahaya.


meluah tapi tak mampu ditolong.
mencari tapi hanya mampu berdiri. gelap. tak nampak untuk berjalan.

tidurlah
tidur di bulan Februari
biar bangunku di bulan Mac, hanya lumpuh pergi. dan kebas tidak lagi merata.



1 comment:

Sarah Sylph said...

Dah Mac ni, moga dah bangun, andai masih berdiri dalam gelap tika bangun, moga jumpa kekuatan untuk melangkah. Ganbattene!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...