14 March 2017

Bawah suhu



dalam seketika ini, aku mengalami rasa turun yang tak pernah pergi.

tapi aku tak mengalah. aku pergi sekolah macam biasa. belajar seperti biasa. pergi jawab soalan soalan peperiksaan setiap minggu. beri senyuman kepada orang lain seperti biasa, adakalanya aku grumpy. rawat pesakit seperti biasa.

segalanya seperti biasa, tanda aku tidak pernah mengalah dengan rasa turun.

namun, adakalanya rasa turun mendatangkan rasa sedih yang sentiasa menekan nekan jiwa. dan ini membuatkan aku berfikir, sukar untuk aku berfikir untuk mengalah sepanjang saat. aku tertekan dan penat.

lagi satu kali, aku tidak mengalah.

aku mengelak lakukan perkara yang biasa. aku puji seorang perempuan cantik itu cantik. aku ucap selamat di hadapan lecturer yang tak pernah aku sembang. aku isi makanan kucing dalam tin 100 plus dan bawa ke hulur ke hilir setiap hari. dan adakalanya jika pesakit ku tidak hadir, aku sengaja tunggu di depan tempat pendaftaran supaya pesakit pesakit baru bertanyakan aku, di mana tempat ini dan sekian sekian.

ada perubahan? tak

aku rasa tak gembira. dan aku sedar, rupanya aku mencari gembira dengan mengharapkan dan melihat reaksi gembira dan membalas ku dengan ucapan terima kasih.

hakikatnya tak.

aku menopengkan kesedihan aku dengan aktiviti aktivitii yang membawa kegembiraan kepada orang lain supaya orang lain ingat aku sedang gembira. ironi. hakikatnya aku menangis sendiri. adakalanya di surau. dan selalunya di bilik.

aku tak nak tengok orang lain bersedih. dan aku tak nak tengok orang lain tengok aku sedih.

bagaimana dengan aku?
aku sendiri tak nak tengok aku bersedih.
sakit.

ampunkan aku, tuhan.
aku dah tak ada semangat.


1 comment:

Unknown said...

kadang-kadang rasa sedih yg tiada punca tu datang daripada musuh kita,syaitan.
Kita terasa hati dkt org pada perkara yg kecil..tp disebabkan syaitan membisik ianya jd bengkak dan parah.
Sepatutnya bila kita dah buat perkara2 baik,hati akan tenang.Mungkin kena selitkan Ikhlas pd pekerjaan2 yg kita lakukan.

Kalau Tuhan tak balas sekarang
negeri Akhirat itu pasti ada.
Yakinlah..dlm bulan Rejab ni adalah bulan kita bina keyakinan pd agama Islam.inshaAllah semoga saudara bertemu Ramadhan :)

Ps: adakalanya...kita perlukan masa dan ruang utk segalanya kembali pulih.Doa ibu bapa juga mujarab utk tenangkan hati.Yg penting jgn putis asa fikir positif.