03 June 2017

Apabila hati bersedih.





Apabila kau sedang bersedih

Apabila kawan kawan dan kenalan kenalan kau dapat tahu kau sedang bersedih. Ada antaranya mereka menjauhkan diri mereka daripada kau. Bermain defensive. Takut. Nak jaga hati dan perasaan kita. Tak nak sentuh bom jangka. 

Dan apabila kau dapat tahu diri kau sedang bersedih, hati kau juga terasa jauh dengan hati orang lain. Kau memilih sendirian. Dan kau perlukan masa untuk rawat hati yang terluka.

Satu cara untuk reach hati yang jauh ialah menjerit daripada jauh.
Cara kedua,ber jalan mendekat ke hati yang sedih. 

Cara pertama gunakan suara yang tinggi untuk reach hati yang jauh. Hati yang sedih akan mudah sensitive dengan bunyi yang kuat dan mudah ditafsir dengan mesej yang salah dan keliru. 

Cara kedua ialah cara yang halus. Mendekat bukan bertanya kesihatan hati kita tapi datang untuk bertanya kesihatan perut kita. Dengan menguasai perut manusia, kita telah Berjaya menguasai hati mereka. 

Banyak series of life event yang sangat menyedihkan, melukakan dan memedihkan yang berlaku bertalu talu pada jarak timeline aku yang sangat dekat dekat. 

Sudahlah jatuh tertimpa tangga pula. 

Bila kita terlalu overwhelmed disebabkan rasa sedih yang berpanjangan menjadikan emosi kita menjadi tidak stabil. Gagal berfikir dalam memberi keputusan yang baik. Hati yang sedih memang akan mula menjauhkan diri daripada orang lain bukan hanya kerna malu kepada orang lain. Tapi takut melukakan hati orang lain dengan hati kita yang sudah tersedia banyak luka. 

Untuk hati yang sedang bersedih, bawalah jauh. Dan bila masa datang merawatnya, kau datanglah kembali. 

Apabila hati bersedih, bersedialah untuk hati lain juga bersedih ketika datang mendekat.

Dan apabila kau tahu hati aku sedang bersedih, cara selamat ialah menjauhkan diri daripada aku. Dan cara menyelamat ialah kau duduk di sini. Bersama aku. Cerita tentang perut.

 





2 comments:

Anonymous said...

Normal
Merasai sedih
Jatuh ditimpa tangga.

Rasa setiap hari kelam
Walau sebenarnya matahari dah menyapa di pipi sawo matang kita.

Sedih adalah ujian dariNya
Untuk kita tetap rasa bersyukur
Bahwa bahagia bukan selalu
dan bahwa sesungguhnya sedih juga bukan berpanjangan.

Hey jom keluar dari zon sedih!
Kadang-kadang
Kita sendiri yg kena cipta bahagia tu
Kalau aku,aku pilih beli bunga sekuntum atau dua.

Ada hari aku layan makan aiskrim walaupun sorang-sorang je..tapi aku akan cari tempat best, pemandangan indah untuk menikmati aiskrim tersebut.

Ada byk perkara boleh buat
kita bahagia
Jangan tunggu bahagia datang
Kita cari bahagia tu.

Kalau sekadar menunggu nasib,
Arghh itu susah..jenuh Kawan!

Mohh lerr keluar dari mendung kelabu sebenatar..
Dan kau raikan kebahagiaan yg sedang menanti dihadapan.

Selamat membahagiakan diri
Aku tunggu post bernada pelangi.
#adios

Anonymous said...

Betul. Setuju dgn org atas.
Kadang2 bahagia kena cari sendiri.
Kalau bersedih memanjang tak kemana jgk.
Aku jgk ambil masa bila bersedih.
Matikan phone, hidupkan kereta dan jalan.
Jalan menghirup udara tak sesegar mana pun kat KL ni.
Jalan melihat manusia dgn kehidupan mereka.
Jalan menikmati juadah dunia demi menjaga perut.

Bila dah jalan terlalu lama sorg2. Terasa sunyi.
Mula buka phone. Berpuluh miscall, watsapp masuk.
Asalnya mmg malu, takut berdpn dgn org.
Tapi org2 ni tak pernah penat nak tarik aku keluar.
Keluar dari kesedihan.

In some way, org2 ni yg memberikan kebahagiaan untuk aku.
Walaupun tak membantu menyelesaikan masalah.
Masalah yg belum tentu ada penyelesaiannya.
Keberadaan org2 ni mengelilingi aku, membuatkan aku terharu.

Disaat aku rasa loser tahap dewa.
Diorg masih percayakan aku.
Dan aku percayakan Dia.

Tak sanggup aku nak biarkan diorg turut bersedih disaat aku bersedih.
Kebahagiaan yg bole aku bagi adalah dgn bangun, cuba berdiri.
Walaupun terpaksa dipapah, dgn kaki dah bersimen siap bertongkat lagi.
Bila diorg bahagia, aku pun bahagia.

Memang pelik.
Tak tau macam mana bole berlaku.

Cuma nak kata, jangan disimpan hati yg luka terlalu lama.
Keluar cari ubat.
Ubat yg disangka sukar untuk dicari kadang2 ada didepan mata.
Jangan malu untuk bertanya.

Semoga angin cepat meniup awan mendung,
Supaya bunga bole kembali mekar mewangi.

#ohangin

p/s: tak bgtau dah jadi designer, bole order satu tuk hadiah hari jadi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...