14 June 2017

Kucing : Harapan dan imaginasi.



Ada seekor kucing warna putih yang bertompok hitam selalu datang dan rehat rehat di depan laman rumah. Bila di dekat, dia menjauh. Antisosial. Mungkin sedang menghargai masa keseorangannya.

Adakalanya, dia berehat rehat di sebelah timbunan baldi. Dan selalu dia tidur di atas lapik beg tote yang telah pun kusam di depan rumah. Beri kotak dan kain pelekat lama sebagai pelapik, tidak dihuni pun. Lalu, aku letak makanan kering kucing dan air, mana tahu kot kot lapar dan dahaga ke. Kucing mana ada iman nak puasa bulan ramadhan ini.

Dia selalunya tak makan dan minum di hadapan orang. Diam diam aku intai daripada tingkap. Makan dan minum juga akhirnya. Pemalu mungkin.

Dalam diam diam aku mengharapkan dia membalas jasa baik aku. Aku sediakan kotak dan kain pelekat. Aku sediakan makanan dan air. Dalam senyap senyap aku berdoa, aku balik terawih nanti, dia kejar dan peluk aku. Lalu, kami pun jadi kawan yang baik selama lamanya ( lame sangat )

Tapi, lama kelamaan semakin memberi, semakin aku tidak dikenali. Ingin membelainya dia lari dan menjauh. Harapan yang tinggi menjadi jatuh. Berkecai.

Lalu, aku membiarkan sahaja layanannya sebegitu walaupun ku rasa tidak setimpal dengan layanan yang aku selalu beri. Dingin.

Ada sampai satu peringkat masa yang bila kita memberi lalu kita mengharap, tidak akan dapat balasan dan ganjaran yang kita harapkan. Ini lah ciri ciri perbuatan baik sebenarnya. Perkara perkara yang baik bukan selalunya dibalas dengan kebaikan juga.

Kalau kita rasa kebaikan yang kita buat itu ialah baik disebabkan kita dapat balasan yang baik, tak semestinya itu ialah ciri ciri perbuatan yang baik. Orang yang merompak dan mencuri dapat kebaikan daripada aktiviti mereka. Dapat duit dan harta. Ganjaran yang baik.

Tapi, hakikatnya ganjaran dan balasan baik daripada aktiviti yang baik bukanlah daripada kucing yang tiba tiba sahaja berubah attitude; peluk dan kejar kita.

Hakikatnya, aku dapat mula rasa hati ini mula lembut dan kurang bersedih. Walau tidak merasa balasan daripada apa yang aku imaginasikan, tetap terasa ada perubahan yang sedang berlaku.Walaupun kecil, asalkan ada.

Aku selalu mengharapkan kawan kawan aku akan datang mesej dan call, cuba untuk melembutkan hati aku yang berduka dan pedih. Tapi, ia tak berlaku. Takkan lah kita masih mahu mengharap lagi. Tinggalkan sahaja imaginasi dan harapan tinggi itu.

Kita buat lagi banyak harapan. Dan jadikan harapan itu sekecil kecil yang boleh.

Memberi makanan dan air kepada kucing walaupun tidak mendapat peluk dan kasih sayang.

Perasaan lepas memberi itu, aku rasa aku buat benda yang betul dan baik.
Itulah yang melegakan hati yang perit.

Orang kata, bersyukur dan enjoy dengan perkara yang kecil. Walaupun, aku selalu tertanya tanya adakah aku tak layak dengan perkara yang besar.

Harapan dan imaginasi aku terlalu besar untuk dikecilkan. Tapi, buat masa sekarang, perkara yang paling terbaik sekali ialah, melegakan hati dengan harapan dan imaginasi yang kecil kecil.






2 comments:

Anonymous said...

Perkara-perkara yg baik walau hanya sedikit
balasan ketenangan itu selalu ada.

Tuhan sedang perlahan-lahan mengindahkan warna langit yang mendung.
Tuhan sedang memberi kasih-syg walau tak capai pada kehendak imaginasi kita.

Kerna telah Dia berpesan " semakin Engkau bersyukur, semakin bertambah-tambah rezekimu kelak"

Ps: Lega kau semakin pulih :)

Miina00 said...

Aku benci sikit kucing pemalu mcm tu, nak beri makan susah, nak pegang apa lagi. Tapi kucing itu tak pernah bersalah