07 May 2019

Salam Ramadhan 2019

Terlalu lama sangat, sangat dan sangat. Kembali dengan intro yang sama bagi setiap post baru. Sudah terlewat untuk tulis dan update segala yang baru di sini.

Banyak perubahan besar,
1. Aku menahan belanja daripada membeli kehendak kehendak aku
2. Aku banyak menyimpan dan berbelanja skala yang besar untuk keluarga ( kena berlatih ikhlas T_T
3. Aku banyak berfikir setiap malam. Lebih banyak berfikir daripada dulu dulu
4. Aku jarang sangat membaca buku. Jarang. Mungkin minat dah semakin pudar dan kurang
5. Aku akan jadi ayah tahun depan. Wow. (Alhamdulillah)

Banyak life events berlaku setelah lajunya beredar masa sampailah bulan ramadhan tahun ini, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dan cuba menghidupkan bulan mulia ini.

Pengajaran demi pengajaran datang berlalu dan pergi. Semoga aku, kita tabah dan sabar menghadapi ujian dan cabaran hidup di dunia dan sudi menerima setiap pengajaran dan hikmahnya.

Akhir kalam, selamat menyambut ramadhan al kareem.

May Allah bless.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...