08 January 2020

Post random 2020.


salam

dah lama nampaknya aku tak menulis di sini. tahun lepas hanya satu post. sukar nak percaya haha. satu post pada bulan ramadhan tahun lepas, nampak betul sibuknya. tetapi tidaklah sesibuk mana. sebenarnya terlupa yang aku ada blog.

dan aku buat keputusan untuk baca post lama lama sekitar beberapa tahun lepas, banyak post sedih dan menangis ye. kisah-kisah di bawah roda. masih lagi menggamit memori dan terngiang ngiang menangis ketika tunggang motorsikal beberapa tahun yang lepas. kesimpulannya, hari tidaklah sentiasa mendung dan sentiasa ada cahaya pada esoknya.

tapi, tak boleh dilupakan begitu sahaja. jadikan pengajaran di bahagian sisir kehidupan kini. panjang lagi perjalanan dan cabaran baru sentiasa menanti nanti untuk kita lepas. bukan aku mengajak kita jadi pessimist, sentiasa takut takut dan tak boleh enjoy sangat kehidupan tetapi aku minta tuhan berikanlah aku rasa tabah dan sabar apabila ribut datang lagi. dan tak mudah putus asa cari shelter.

teringat beberapa tahun lalu, sampai hampir putus asa dengan tuhan sebab gagal dalam study. rasa nak mogok dan maki maki dengan tuhan sebab rasa ketidak adilannya. tapi, hakikatnya sekadar menyalah nyalahkan tuhan, situasi ribut telah pun melanda. the aftermath. the consequences. hadap lah dengan jalan terus sambil kesat air mata dan tampal luka di dahi. esok pasti cerah. bukan selalunya ribut. kalau selalu ribut tu bukanlah dunia namanya. mungkin neraka. tapi dunia ialah penjara bagi orang mukmin? aku jujurnya bukan mukmin yang baik. masih berusaha.

apapun untuk tahun ini, aku berharap tidaklah banyak. ah sudah mahu bikin resolusi tahun baru. tak, azam dan cita aku terlalu general; hanya mahu sederhana dalam setiap perkara.


walaupun aku ada buat beberapa rancangan dalam planner tahun ini sepertinya;


  • kewangan - simpanan tahunan sekian sekian, side income, tambah aset
  • life skill - cari hobi baru yang bermanfaat, tambah skill yang boleh generate benefit
  • networking - ini yang paling lemah sebab aku introvert, mana suka ber networking - menyapu nyapu orang ni. tapi, bersilaturrahim, aku cuba walaupun aku tidaklah istimewa mana. maka, increase your value by upgrade new skill seperti di atas. 

rancangan kita mungkin menjadi atau tidak, apapun tuhan yang merancang lebih baik. o

oh baru baru ini aku semakin anti dengan buku, entah kenapa mungkin sebab itu juga aku jarang menulis dek disebabkan aku sudah tidak membaca. perihal anti membaca ini disebabkan aku mula berjimat cermat dengan high living cost sekarang dan content buku sekarang yang kurang enak disantap. 

tapi, aku berniat juga mahu membaca buku. tapi tak tahu buku apa yang sedap sekarang ni. sesiapa yang tahu, boleh komen. 

anyway, aku tak tahu lah ada orang lagi ke singgah blog ni tapi siapa yang baca, aku wish kesihatan semua baik, dapat apa yang dihajatkan, tak dapat tak apa, chill je ye ek ada lagi benda best. trust me. lagi apa ye, haa jaga ibadat semua, macam mak mak ayah ayah punya nasihat je. maklumlah sudah jadi ayah, alhamdulillah. all the best. doa itu percuma. saling mendoakan ye. insyaAllah amin. 






1 comment:

Merah said...

wahhh dah buat comeback rupanya. its been along time. TT