19 April 2013

Yang kecil kecil itulah

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






usrah .

kecil . itu yang aku nampak .

aku rasa beberapa tahun yang lepas , terlibat dalam usrah sebagai anak anak usrah , dan sehingga kini . aku rasa ia hanyalah sesuatu yang genit . kecil .

tetapi , ia mampat . penuh dengan isi . lazat berkrim . intinya padu dengan aneka rasa dan variasi aromanya terbit . menyelusuri sel olfactori di bumbung hidung . apabila ditarik dua , asapnya kaya dengan warna putih , memberi dinding wap di kaca mata . maaf , aku sedang menulis dalam keadaan lapar . =_="

adakalanya , aku tak pergi . bukan kerna aku malas . ( ok kadang kadang ada perasaan itu juga =_=" ) aku ada masalah-masalah yang perlu diselesaikan .

ok ini semua alasan . pergi usrah . jangan tak pergi .

usrah ini nampak seperti sesuatu yang kecil , jika mahu dibandingkan dengan mekanisma-mekanisma yang memberi tarbiah .

dan ada manusia lain pernah berkata , usrah ini cuma membazir masa . dek kerna rasa itu . rasa yang merasa sesuatu itu nilainya cuma kecil . rasa kecil itu tidak pernah akan memberi rasa menguntungkan .

kau tak akan pernah rasa kenyang dengan hanya makan sebutir nasi . kau tak akan pernah rasa hilang dahaga dengan hanya minum setitis air . dan kau tak akan pernah rasa cukup dengan hanya duit satu ringgit di poket seluar kau .

tiada deria yang mencukupkan . nilai yang kecil .

tetapi .

tika kita belek langsir kita apabila waktu hujan .

pernahkah kita melihat hujan itu turun tanpa manik maniknya ?

berapa besar agaknya titis titis hujan ?

kenapa tuhan tidak turunkan hujan seperti air terjun ?

soalan ini untuk orang orang yang berfikir sahaja . eksklusif untuk mereka .

dengan titis titis hujan yang kecil itu , kau bisa berkemul di dalam bilik .nyenyak .

dengan titis titis hujan yang kecil itu , tanah subur dengan makanan dan minuman yang kau telan .

dengan titis titis hujan yang kecil itu , kau dapat mendengar orang bersyukur kepada tuhannya .

dengan kehadiran titis titis hujan yang kecil ini lah . yang memberi deria yang mencukupkan . bukan kerna nilainya yang besar . tetapi , cuma nilainya yang kecil .

hidup kita . hidup manusia yang mampu memberi . dan meminta daripada tuhan . 

Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)? 

surah as-sajdah : 27


Kebaikan yang berjangkit

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




usai solat jumaat .

tengah hari yang terik . bercucuran peluh jatuh daripada muka . berjalan pantas . tetapi , disekat ramai manusia yang juga berpusu-pusu keluar . menunaikan amanah yang sudah semakin hampir . matahari itu giat mengekori . walaupun sudah berpuluh puluh tapak kaki diaturkan .


sedang asyik mengibas wajah yang kian lebur , seorang lelaki warga afrika ( oh tuhan , adakah aku seorang manusia yang terlalu melihat kulit.... =_=" agak agak sahajalah dia berasal daripada sana .  ) berjalan di sebelah . merasa bahang yang sama . tetapi , peluhnya tidak lah pula kelihatan . seperti , lelaki yang berbaju melayu ungu di sebelahnya . basah .


' come . come . ride behind me . '


motor merah saga itu berhenti di tepi jalan . kawan satu kuliah , agaknya .


' where you want to go ? I will take you . come . come . '


' 11th '

 jawabnya ringkas sahaja . sambil mengimbas rambut . ok , aku buat cerita . rambut tipikal orang sana . ( aku bukan orang yang judgemental , maka tolonglah bersangka baik =_=" )

dan motor merah saga itu berlalu pergi . meninggalkan lelaki berbaju melayu ungu yang dikerumuni dengan bahang yang menggila .

' wei , kau nak tumpang tak ? '

motor hitam putih itu berhenti di persimpangan jalan . di sebelah lelaki berbaju melayu ungu yang terperangkap dalam zon janggal .

p/s 1 : siapa lagi kalau bukan kita yang perlu mulakan .

p/s 2 : muka dia sangat ketat + serius . lulz

15 April 2013

Demam .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


aku ada exam .


maka .


ringan ringan kan lah tangan itu .

senyap senyap . jangan beritahu aku siapa yang doakan aku . semoga doa yang engkau beri kepada aku , akan terpantul kembali kepada engkau . 


doa itu percuma .


semoga Allah sayang .