usrah .
kecil . itu yang aku nampak .
aku rasa beberapa tahun yang lepas , terlibat dalam usrah sebagai anak anak usrah , dan sehingga kini . aku rasa ia hanyalah sesuatu yang genit . kecil .
tetapi , ia mampat . penuh dengan isi . lazat berkrim . intinya padu dengan aneka rasa dan variasi aromanya terbit . menyelusuri sel olfactori di bumbung hidung . apabila ditarik dua , asapnya kaya dengan warna putih , memberi dinding wap di kaca mata . maaf , aku sedang menulis dalam keadaan lapar . =_="
adakalanya , aku tak pergi . bukan kerna aku malas . ( ok kadang kadang ada perasaan itu juga =_=" ) aku ada masalah-masalah yang perlu diselesaikan .
ok ini semua alasan . pergi usrah . jangan tak pergi .
usrah ini nampak seperti sesuatu yang kecil , jika mahu dibandingkan dengan mekanisma-mekanisma yang memberi tarbiah .
dan ada manusia lain pernah berkata , usrah ini cuma membazir masa . dek kerna rasa itu . rasa yang merasa sesuatu itu nilainya cuma kecil . rasa kecil itu tidak pernah akan memberi rasa menguntungkan .
kau tak akan pernah rasa kenyang dengan hanya makan sebutir nasi . kau tak akan pernah rasa hilang dahaga dengan hanya minum setitis air . dan kau tak akan pernah rasa cukup dengan hanya duit satu ringgit di poket seluar kau .
tiada deria yang mencukupkan . nilai yang kecil .
tetapi .
tika kita belek langsir kita apabila waktu hujan .
pernahkah kita melihat hujan itu turun tanpa manik maniknya ?
berapa besar agaknya titis titis hujan ?
kenapa tuhan tidak turunkan hujan seperti air terjun ?
soalan ini untuk orang orang yang berfikir sahaja . eksklusif untuk mereka .
dengan titis titis hujan yang kecil itu , kau bisa berkemul di dalam bilik .nyenyak .
dengan titis titis hujan yang kecil itu , tanah subur dengan makanan dan minuman yang kau telan .
dengan titis titis hujan yang kecil itu , kau dapat mendengar orang bersyukur kepada tuhannya .
dengan kehadiran titis titis hujan yang kecil ini lah . yang memberi deria yang mencukupkan . bukan kerna nilainya yang besar . tetapi , cuma nilainya yang kecil .
hidup kita . hidup manusia yang mampu memberi . dan meminta daripada tuhan .
Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?surah as-sajdah : 27
1 comment:
subhanAllah.
Post a Comment