Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
usai solat jumaat .
tengah hari yang terik . bercucuran peluh jatuh daripada muka . berjalan pantas . tetapi , disekat ramai manusia yang juga berpusu-pusu keluar . menunaikan amanah yang sudah semakin hampir . matahari itu giat mengekori . walaupun sudah berpuluh puluh tapak kaki diaturkan .
sedang asyik mengibas wajah yang kian lebur , seorang lelaki warga afrika ( oh tuhan , adakah aku seorang manusia yang terlalu melihat kulit.... =_=" agak agak sahajalah dia berasal daripada sana . ) berjalan di sebelah . merasa bahang yang sama . tetapi , peluhnya tidak lah pula kelihatan . seperti , lelaki yang berbaju melayu ungu di sebelahnya . basah .
' come . come . ride behind me . '
motor merah saga itu berhenti di tepi jalan . kawan satu kuliah , agaknya .
' where you want to go ? I will take you . come . come . '
' 11th '
jawabnya ringkas sahaja . sambil mengimbas rambut . ok , aku buat cerita . rambut tipikal orang sana . ( aku bukan orang yang judgemental , maka tolonglah bersangka baik =_=" )
dan motor merah saga itu berlalu pergi . meninggalkan lelaki berbaju melayu ungu yang dikerumuni dengan bahang yang menggila .
' wei , kau nak tumpang tak ? '
motor hitam putih itu berhenti di persimpangan jalan . di sebelah lelaki berbaju melayu ungu yang terperangkap dalam zon janggal .
p/s 1 : siapa lagi kalau bukan kita yang perlu mulakan .
p/s 2 : muka dia sangat ketat + serius . lulz
No comments:
Post a Comment