10 March 2015

Gula gula hack lemon dan madu.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

perasaan yang ada betul betul menyejat menjadi kering. aku yang memang sedia ada kering, boleh merekah dan hancur ditiup angin umpama daun daun perang yang gugur di waktu luruh.

memandang langit yang ngilu dan berselimut hitam.
aku hanya membiarkan rintik rintik rahmat itu mengena.
jatuh ke dasar. dasar yang aku rasa tidak tahu dasar sesuatu yang patut rintik rintik itu membikin takung.

jadi, biarlah ia bertakung walaupun aku tak tahu ke mana ia mengalir.

lalu aku membuka satu bungkusan gula gula hacks perasa lemon dan madu.
yang aku temu,bukannya satu biji gula gula.
tapi dua biji gula gula dalam satu bungkusan. cantumannya tidak normal dan tidak sekata. dan sedikit melekit kerna aku simpannya terlalu lama dalam poket seluar hitam ku.

yang membuat kan ia istimewa bukannya rasa gula gula itu,
yang membuat kan ia indah ialah kerna ia datang dalam kuantiti dua.
dua biji gula gula dalam satu bungkusan.

jadi, aku gembira.
sudah lama aku tidak terlalu gembira begini.



07 March 2015

takut

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku takut.
tapi aku tetap mahu tulis.

kita cuba berubah. mahu jadi orang yang lebih baik.
kita perbanyakkan amal amal kebaikan.
sangka kita, makin mendekatlah kita dengan cahaya. tapi, kembali lebih hampir ke dalam kegelapan.

apa yang silapnya?

yang utama bukannya hanya laku kan satu perkara.
tapi, laku kan dua perkara.
yang satu lagi ialah tinggalkan dosa.
buat top up amal amal baik lebih mudah berbanding tinggalkan dosa dosa yang kita dah biasa buat.

dan aku rasa.
aku mula semakin takut.

haaza min fadhli rabbi.



06 March 2015

Pencuri

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


titik paling rendah
high pace trouble
mendung berkeliaran waktu datang nya malam


garu kepala.


aku jenis lelaki yang bila buat salah
hukuman bagi kesalahan itu laju diupacarakan


mulanya aku rasa menjengkelkan, tapi lama lama aku rasa keliru. bukan ke baik jika salah kita diupacarakan hukumannya lebih awal?


mungkin 15 tahun yang lalu, jika ingatan ini masih segar.


polis.
pencuri.
main sembunyi sembunyi.
polis tangkap pencuri.


aku yang selalu jadi pencuri. bersembunyi daripada polis. kadangkala, aku main bersungguh sungguh. bersembunyi masuk dalam almari lama luar rumah jiran aku di tingkat 3 ( tingkat 3 ialah tingkat yang paling lejen dan puaka di blok aku ) tanggalkan selipar lari lari dengan kaki ayam di tingkat 4 yang boleh tahan banyaknya busuk tahi kucing.


ada kalanya, aku main dengan tidak bersungguh sungguh. aku malas main. aku penat balik daripada sekolah. jadi, aku biarkan diri aku tertangkap awal. dan dihantar ke lokap polis di tingkat 5.


jadi, dalam realiti hidup
adakah aku lelaki yang tidak bersungguh sungguh?
adakah aku lelaki yang malas main?
adakah aku lelaki yang penat balik daripada sekolah?

adakah ini namanya absolute lagi ultimate error yang aku sedang buat? 

dan kenapa aku masih jadi pencuri?