25 April 2013

Aku tak takut kucing


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




aku tak takut kucing .


namun , aku ada sedikit takut dengan kuku kucing . aku juga akan takut apabila dia melompat , menerkam dan menggigit aku .


tapi , kucing selalu takut dengan aku . kecuali , kucing putih yang aku bela waktu aku masih di sekolah rendah di rumah arwah nenek belah ummi .


mungkin benarlah , kawan aku pernah beritahu berkenaan orang yang fobia terhadap kucing . kucing menjadi lebih mesra alam dengan mereka . =_="




Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini., seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
          Sumber : facebook


dan , berbalik kepada dunia yang sebenar . kehidupan sebagai seorang lelaki yang pemalu + pendiam .

aku takut dengan perempuan perempuan cantik + kaya + pandai + aktif bersukan .

oh tuhan , kenapa ? =_="

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” 

(An-Nur: 30)



24 April 2013

Ganbatte?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Allah melihat usaha , bukannya keputusan .


aku di dewan peperiksaan =_="


selamat berjaya ingin aku ucapkan kepada mereka yang sedang bertungkus lumus dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang . usaha biar berjuta walaupun letih itu selalu berkunjung tiba .


apabila disebutkan berkenaan usaha , aku bukan seorang pelajar lelaki yang genius seperti kawan kawan aku yang lain . sejak sekolah menengah , aku bangun awal pagi . yakni selepas solat subuh . adakalanya mandi dan tidak . aku akan bergerak ke meja belajar . mengeluarkan kertas latihan dan membikin nota . dan berusaha dan bermujahadah melawan nafsu ngantuk yang selalu bergantungan di kelopak mata . ditambah kuasa graviti . sampai lebam mata ini , macam panda =_=" .

ya , aku dipanggil pelajar yang 'nerd' . adakalanya , ia satu gelaran sangat meyakitkan hati pada waktu itu tatkala ya lah , apabila kau hidup bersama dengan kawan kawan kau yang genius tapi kau tidak . kau akan rasa kecil hati .

mereka bermain waktu 'prep' dan kau pula bertungkus lumus studi untuk peperiksaan yang mendatang . apabila sampai waktu keputusan ke udara , mereka lebih cemerlang . kau pula yang ke laut . tapi , aku tak kisah . aku bersangka baik dengan tuhan .

kerna , aku bukannya manusia yang dilahirkan genius . aku ialah salah satu manusia yang dilahirkan untuk kuat berusaha . aku tahu rasa manisnya setelah berusaha sungguh sungguh mengikut kemampuan diri sendiri . dan inilah bukti yang aku cuba untuk mendapatkan sesuatu . apabila kita berusaha untuk mencuba , aku yakin yang Allah tetap akan berikan apa yang kita perlu .

dan bukan apa yang kita mahu .

berbeza . besar perbezaan itu .

 untuk lelaki yang tidak genius seperti aku . janganlah berhenti berusaha bersungguh sungguh . walaupun keputusan anda amat sesuai dicampak ke laut setelah berusaha bersungguh sungguh . tapi , yakinlah tuhan itu maha kaya .

kenapa maha kaya ?

dalam poket tuhan bukan ada sekadar keputusan A+ lurus dan CGPA 4.00 . 

kesihatan yang baik .
ada keluarga yang cukup .
tidak pernah terlibat dengan kemalangan yang serius .
muka comel dan kacak .
duit yang sentiasa cukup .
kawan kawan yang selalu ajak pergi masjid dan usrah .

maka nikmat tuhan manakah yang hendak kamu dustakan ?



" sekiranya kita buat kerja yang bergaji RM 100 seperti bekerja untuk gaji RM 10 000 , kita tidak akan dapat gaji RM 10 000 itu . Tetapi , Allah akan bayar 'lebihan upah' dengan kebaikan-kebaikan lain seperti kesihatan yang baik , anak yang pandai , motosikal tidak rosak , rumah tidak bocor dan sebagainya .

 Begitu juga sekiranya kita bergaji RM 100 , tetapi bekerja seperti orang yang bergaji RM 30 . walaupun kita dapat RM 100 itu , tetapi mungkin ia akan ditolak melalui duit hilang , motosikal rosak , anak sakit , seluar koyak di celah kangkang secara tiba tiba dan sebagainya .

Jadi , walaupun gotong royong ini upahnya hanya air sirap percuma , tetapi bekerjalah seperti kita bergaji RM 20 000 . Insya Allah seluar kita tidak akan koyak di celah kangkang secara tiba tiba ."

- Naluri ayah , diari mat despatch , Bahruddin Bekri . 





Ad-Dhuha , penawar depresi

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






tika waktu kau mula bersedih . atas dosa dosa engkau yang merimbun . berbukit bukit di bahumu . sehinggakan tuhanmu seolah olah memberi ujian hidup yang menggila . betul betul buatkan engkau lebih jatuh .

dan engkau mula rasa saat saat begini . tuhanku sudah mula membenci ku . kerna dosa dosa lepas yang aku lakukan . dan dia sedang menjauh daripada ku . keseorangan . jatuh bersama dosa dan ujian .


tidak . tidak .


tuhan tidak pernah menjauhkan diri daripada hambanya . tuhan maha pengampun . tuhan akan lebih dekat lagi dengan pendosa . bersedia untuk menghulurkan tanganNya . untuk bangunkan manusia yang sedang leka dibuai enak dosa . dan dengan ujianlah , manusia akan mula merintih nama tuhan .

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

al a'raf : 200



memanggil manggil nama tuhan .

Allah .

*******************************************


tolonglah aku .


aku bersendirian .


aku tak kuat .


permudahkanlah urusan aku .


aku nak jadi baik .


di saat itulah , kita sangat dekat dengan tuhan . dengan ujian bertimpa timpa yang tuhan berikan , kita lebih ikhlas dalam berdoa . tidak seperti kita ditimpa senang dan lenggang .

dan saat kita rasa tuham mula menjauh .

tuhan sangkal dakwaan itu . dengan surah ad-dhuha .

penawar depresi untuk manusia yang rasakan tuhan membenci diri mereka . 

[1] Demi waktu Duha.

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi. 

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci .

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati)

[6] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? 

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? 

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? 

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. 

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. 

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

semoga Allah sayang .

p/s : baca tafsir surah ad-dhuha . yang atas ini terjemahan .