24 April 2013

Ganbatte?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Allah melihat usaha , bukannya keputusan .


aku di dewan peperiksaan =_="


selamat berjaya ingin aku ucapkan kepada mereka yang sedang bertungkus lumus dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang . usaha biar berjuta walaupun letih itu selalu berkunjung tiba .


apabila disebutkan berkenaan usaha , aku bukan seorang pelajar lelaki yang genius seperti kawan kawan aku yang lain . sejak sekolah menengah , aku bangun awal pagi . yakni selepas solat subuh . adakalanya mandi dan tidak . aku akan bergerak ke meja belajar . mengeluarkan kertas latihan dan membikin nota . dan berusaha dan bermujahadah melawan nafsu ngantuk yang selalu bergantungan di kelopak mata . ditambah kuasa graviti . sampai lebam mata ini , macam panda =_=" .

ya , aku dipanggil pelajar yang 'nerd' . adakalanya , ia satu gelaran sangat meyakitkan hati pada waktu itu tatkala ya lah , apabila kau hidup bersama dengan kawan kawan kau yang genius tapi kau tidak . kau akan rasa kecil hati .

mereka bermain waktu 'prep' dan kau pula bertungkus lumus studi untuk peperiksaan yang mendatang . apabila sampai waktu keputusan ke udara , mereka lebih cemerlang . kau pula yang ke laut . tapi , aku tak kisah . aku bersangka baik dengan tuhan .

kerna , aku bukannya manusia yang dilahirkan genius . aku ialah salah satu manusia yang dilahirkan untuk kuat berusaha . aku tahu rasa manisnya setelah berusaha sungguh sungguh mengikut kemampuan diri sendiri . dan inilah bukti yang aku cuba untuk mendapatkan sesuatu . apabila kita berusaha untuk mencuba , aku yakin yang Allah tetap akan berikan apa yang kita perlu .

dan bukan apa yang kita mahu .

berbeza . besar perbezaan itu .

 untuk lelaki yang tidak genius seperti aku . janganlah berhenti berusaha bersungguh sungguh . walaupun keputusan anda amat sesuai dicampak ke laut setelah berusaha bersungguh sungguh . tapi , yakinlah tuhan itu maha kaya .

kenapa maha kaya ?

dalam poket tuhan bukan ada sekadar keputusan A+ lurus dan CGPA 4.00 . 

kesihatan yang baik .
ada keluarga yang cukup .
tidak pernah terlibat dengan kemalangan yang serius .
muka comel dan kacak .
duit yang sentiasa cukup .
kawan kawan yang selalu ajak pergi masjid dan usrah .

maka nikmat tuhan manakah yang hendak kamu dustakan ?



" sekiranya kita buat kerja yang bergaji RM 100 seperti bekerja untuk gaji RM 10 000 , kita tidak akan dapat gaji RM 10 000 itu . Tetapi , Allah akan bayar 'lebihan upah' dengan kebaikan-kebaikan lain seperti kesihatan yang baik , anak yang pandai , motosikal tidak rosak , rumah tidak bocor dan sebagainya .

 Begitu juga sekiranya kita bergaji RM 100 , tetapi bekerja seperti orang yang bergaji RM 30 . walaupun kita dapat RM 100 itu , tetapi mungkin ia akan ditolak melalui duit hilang , motosikal rosak , anak sakit , seluar koyak di celah kangkang secara tiba tiba dan sebagainya .

Jadi , walaupun gotong royong ini upahnya hanya air sirap percuma , tetapi bekerjalah seperti kita bergaji RM 20 000 . Insya Allah seluar kita tidak akan koyak di celah kangkang secara tiba tiba ."

- Naluri ayah , diari mat despatch , Bahruddin Bekri . 





5 comments:

Unknown said...

fuhh ~ amat2 terkesan di hati , terima kasih , jazakallahu khair ~

Sya said...

Cehh patutlah ayat akhir tu macam pernah baca, dari novel Bahruddin Bekri rupanya. Minat penulisan dia ke?


Takpe, berusaha. Yang penting itu. Allah tengok pada usaha kita. Balasannya belakang kira.

amii afandi said...

yoshh! aku akan ingat benda ni walaupun sekarang rasa malas mahu usaha menyerang kembali. doakan aku agar kembali rajin ya.

L.I said...

shafiq : sama sama . may Allah bless

miss : haha ya saya baca buku BB . betul betul betul

amii : insyaAllah amii . ganbatte . fightio .

ukhti fadilah said...

salam akhi..
mohon kongsi ilmunya ye..
jazakallah