26 October 2011

Apabila awan baik bercinta...

salam ziarah....

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia

surah An-Nuur[26]




aku berjalan kaki . berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering . hampir semua dedaun kering itu menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan . berjalan dengan muka kosong dan pening kepala . mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .




aku duduk di bangku kayu bersama teman imaginasi aku yang sukakan awan . hairan . entah kenapa sudah berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .

hairan juga sebab dia betul-betul sukakan awan . aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .

ketika itu , mata teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru . tangannya diregang ke atas , memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . gembira .




namun , saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa satu aura keberanian yang menyelaputi jasad . muka yang kosong menjadi bernombor . itu tandanya aku mahukan bicara .



***** awan itu lelaki baik ? *****



aku terdiam . muka yang bernombor daripada nilai tempat belasan menjadi nilai tempat puluhan ; persoalan semakin berganda dan aku mahu dengar bicaranya .

*******************************************************************

ketika berusia kanak-kanak , aku bermain satu permainan perempuan yang dikenali sebagai 'masak-masak' . walaupun sekarang aku rasa yang nama permainan 'masak-masak' itu memang tak ada kaitan dan hanya sedikit sahaja bahagian memasak itu dalam permainan ini .

misalnya , seorang isteri hanya akan memasak sarapan kepada si suami dan anak-anaknya pada waktu pagi sebelum keluar daripada rumah .  apabila si suami pulang ke rumah , si isteri hanya berbasi  ' sudah pulang ? ' atau ' abang , penat ya ? '




aku cadangkan bahagian memasak itu perlu dijalankan lima kali sehari dalam permainan ini demi meneruskan warisan permainan yang kian pudar kepopularannya .

permainan ini lebih kepada kehidupan seorang suami bersama isteri dan anak-anaknya . yang pasti ini cuma olok-olok .

tanpa skrip yang hebat pun , aku dapat rasa yang aku telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang betul-betul bertanggungjawab kepada isteri palsu dan anak-anak yang palsu . erk dan juga watak lelaki yang menyayangi kucing peliharaan jadian yang tak bermisai .




persoalan mula terpancar mencari identiti diri . bagaimana aku boleh fikir yang aku rasa telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang baik dalam permainan masak-masak ini ?

adakah disebabkan pujian daripada adinda aisyah syahirah yang mengatakan aku ini seorang suami palsunya yang bertanggungjawab ? namun , yang penting tika itu hati aku betul-betul berbunga . senyum .

aku sudah menjadi lelaki baik ketika berusia kanak-kanak . patutlah ramai mahukan aku sebagai suami palsu mereka . wah , beruntunglah kepada sesiapa yang diam-diam dipanah arjuna aku .

********************************************************

dan masa mula berjalan dengan cemburunya . meningkatkan garisan kedut dunia . aku semakin dewasa . melihat awan-awan yang hanya simbolik ketenangan . aku hairan dengan istilah lelaki baik disamakan dengan awan .

sudahlah teman imaginasi aku menayangkan wayang memori tentang zaman dulukala , aku pula kebingungan dengan awannya tetapi aku masih lagi tersenyum .



***** aku masih dalam acara perseorangan . *****







aku masih sendiri . tiada pasangan . gelaran lelaki baik aku sudah jelas luput ditelan zaman . cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan kepada si perempuan . falsafah lelaki baik zaman kanak-kanak hilang ditiup angin moden . aku bukan lagi lelaki baik . muka dingin .

teman imaginasi aku tersenyum comel . senyuman yang menenangkan persis awan putih di tapak tangannya yang jinak . dengan basmalah , dia mengatur kata-kata baik . 



***** lelaki baik itu seperti awan . *****



lelaki baik itu sudah tentu seorang yang tenang . walaupun lajunya dia bertindak , dia tetap tenang . dan juga perlahannya dia beraksi , ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .




ketenangan itu simbolik awan . mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang . apabila lelaki baik itu berjalan , atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .

aku tidak hairan dengan falsafah ini . malah , aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku . awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .



***** apabila awan bercinta . *****






apabila seseorang lelaki baik itu bercinta , tak ubah seperti awan yang bercinta . aku hairan yang bukan sedikit . kening aku naik perlahan . dia sambung kembali .

awan itu isipadunya ialah wap air yang ketumpatannya rendah . isipadunya sangat besar . dengan izin tuhan , dia terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . kagumnya ciptaan tuhan ini , sifatnya yang sangat cintakan bumi .

cinta si awan kepada si bumi ialah dengan melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya kecuali dengan pengiraan yang maha bijaksana yang serba tepat . cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi ; menyucikan jasad kotor .




namun , cinta si awan kepada si bumi sangat mahal nilainya . sifatnya yang gemar terapung-apung ; melarikan diri daripada bumi yang di bawah . hadirnya cinta si awan itu hanya apabila isipadu airnya sudah mula berat ; berteriak menyahut panggilan graviti untuk bercumbu dengan cinta si bumi .

apabila nilai isipadu wap air hujan itu telah disahkan oleh piawaian tuhan yang satu , jasad awan jatuh ke bumi dalam bentuk sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangannya di atas langit . itu cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya .


***** lelaki baik itu gemar larikan diri . ***** 






sama seperti awan dan apabila seorang lelaki baik itu bercinta . datangnya cinta itu berbisik ke hatinya , lelaki baik itu lari . lari dengan wajah yang tenang , menjarakkan diri daripada cinta seorang perempuan .

lelaki baik itu terapung-apung dengan rendah diri , mengumpul ilmu untuk meningkatkan isipadu imannya ; tidak mahu menyentuh kulit halus si perempuan dan tidak akan sama sekali menghidupkan rindu yang lama kelamaannya berputik kepada zina hati .


***** lelaki baik mendekatkan diri kepada cintanya dengan akad nikah .*****






 datangnya seorang lelaki baik itu kepada cinta seorang perempuan . membawa harapan yang isipadunya cukup sarat untuk dicurahkan fitrah yang dicipta tuhan yang maha esa .

kontrak persetujuan tuhan ditandatangani untuk mendapat keizinan daripadaNya maka tersulamlah cinta yang diberkati tuhan antara lelaki baik dan pasangan fitrahnya .

aku kagum . kagum dengan falsafah awan putih yang berada di tangannya .

bukan sedikit kagum itu sehinggakan hati ku mula membesar dengan semangat mahu memenuhi isipadu iman dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan mencipta ketumpatan rendah diri agar aku bisa melarikan diri daripada cinta seorang perempuan .

ingat aku , awan tidak selalu serupa dan suka terbang jauh , mungkin malu dengan cinta , ia akan berani dekati cinta apabila tiba satu saat yang dia sudah bersedia kongsikan air hujannya .

lelaki baik itu pemalu ? yang pastinya dia lelaki yang tahu malu dengan tuhannya .



dan apabila lelaki baik itu bercinta......aku bersalam dengan awan . masih lagi senyum sampai sekarang . :)

18 comments:

ayiel said...

i like your words
i admire your story
plis d0n st0p p0sting entry like this:))

*tak prnh terfikir awan adlh simbol ketenangan, hanya laut yang bermain di mata :P *

NaRuFiQ said...

insyaALLAH....i will try my best~ doakan lah hati penulis sentiasa terang...

Huda Diaz said...

terasa.
kadang-kadang kita nak, sebab ikut nafsu, tapi pada yang sama kita malu, sebab ikut akal.
:)

elisa amirah said...

"lelaki baik itu seperti awan" :) nice writing!

elisa amirah said...

"lelaki baik itu seperti awan" :) nice writing!

NaRuFiQ said...

huda : semoga kita sentiasa dipantau oleh ilmu dan dibimbing oleh tuhan...insyaALLAH

NaRuFiQ said...

elisa : terima kasih cik yang bernama comel...

akutakhot said...

even xpaham sal post kali ni..tp ttap menarik hati aq tok pahamkan..-_-" BTW..like srsly ko ade imaginary friend??

NaRuFiQ said...

hahaha, terima kasih sekali lagi...ermm ada tapi entah la dia~

akutakhot said...

ou...sbb classmate aq pon ade jugak...dak 2 pompuan tp imaginary dye laki..:P

akutakhot said...

ou...sbb classmate aq pon ade jugak...dak 2 pompuan tp imaginary dye laki..:P

syuhadaredzuan said...

emm...awan..brilliant analogy..haritu br naik flight...teringat somethg..awan mmg indah

NaRuFiQ said...

epul : teman imaginasi dia lelaki? tiada yang mustahil dlm hidup ni...

NaRuFiQ said...

syuhada : terima kasih kerna memberi komen....awan memang cantik...subhanALLAH

Syahirah Samsudin said...

power ayat anda...boleh karang novel nih

NaRuFiQ said...

terima kasih....doakan saya diterangkan hatinya...

aisha said...

^_^..

Anonymous said...

asif, ada pembetulan surah , supposely (annur:26),-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...