salam ziarah....
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia
surah An-Nuur[26]
aku berjalan kaki .
berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering . hampir semua dedaun kering itu
menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan . berjalan dengan muka kosong dan pening kepala . mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .
aku duduk di bangku kayu bersama
teman imaginasi aku yang sukakan awan . hairan . entah kenapa sudah
berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .
hairan juga sebab dia betul-betul
sukakan awan . aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .
ketika itu , mata
teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru . tangannya diregang ke atas ,
memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . gembira .
namun ,
saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa
satu aura keberanian yang menyelaputi jasad .
muka yang kosong menjadi bernombor . itu tandanya aku mahukan bicara .
***** awan itu lelaki baik ? *****
aku terdiam .
muka yang bernombor daripada
nilai tempat belasan menjadi nilai tempat puluhan ; persoalan semakin berganda dan
aku mahu dengar bicaranya .
*******************************************************************
ketika berusia kanak-kanak , aku bermain
satu permainan perempuan yang dikenali sebagai
'masak-masak' . walaupun sekarang aku rasa yang nama permainan
'masak-masak' itu memang tak ada kaitan dan hanya sedikit sahaja bahagian memasak itu dalam permainan ini .
misalnya ,
seorang isteri hanya akan memasak sarapan kepada si suami dan anak-anaknya pada waktu pagi sebelum keluar daripada rumah . apabila si suami pulang ke rumah , si isteri hanya berbasi
' sudah pulang ? ' atau
' abang , penat ya ? '
aku cadangkan
bahagian memasak itu perlu dijalankan lima kali sehari dalam permainan ini demi
meneruskan warisan permainan yang kian pudar kepopularannya .
permainan ini lebih kepada kehidupan seorang suami bersama isteri dan anak-anaknya . yang pasti ini
cuma olok-olok .
tanpa skrip yang hebat pun , aku dapat rasa yang
aku telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang betul-betul bertanggungjawab kepada isteri palsu dan anak-anak yang palsu . erk dan juga watak lelaki yang menyayangi kucing peliharaan jadian yang tak bermisai .
persoalan mula terpancar mencari identiti diri .
bagaimana aku boleh fikir yang aku rasa telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang baik dalam permainan masak-masak ini ?
adakah disebabkan
pujian daripada adinda
aisyah syahirah yang mengatakan
aku ini seorang suami palsunya yang bertanggungjawab ? namun , yang penting tika itu hati aku
betul-betul berbunga . senyum .
aku sudah
menjadi lelaki baik ketika berusia kanak-kanak . patutlah ramai
mahukan aku sebagai suami palsu mereka . wah , beruntunglah kepada sesiapa yang diam-diam dipanah arjuna aku .
********************************************************
dan masa mula berjalan dengan cemburunya . meningkatkan garisan kedut dunia .
aku semakin dewasa . melihat awan-awan yang hanya simbolik ketenangan . aku hairan dengan istilah
lelaki baik disamakan dengan
awan .
sudahlah
teman imaginasi aku menayangkan wayang memori tentang zaman dulukala , aku pula kebingungan dengan
awannya tetapi aku masih lagi tersenyum .
***** aku masih dalam acara perseorangan . *****
aku masih sendiri . tiada pasangan .
gelaran lelaki baik aku sudah jelas luput ditelan zaman .
cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan kepada si perempuan . falsafah lelaki baik zaman kanak-kanak
hilang ditiup angin moden .
aku bukan lagi lelaki baik . muka dingin .
teman imaginasi aku tersenyum comel .
senyuman yang menenangkan persis awan putih di tapak tangannya yang jinak .
dengan basmalah , dia mengatur kata-kata baik .
***** lelaki baik itu seperti awan . *****
lelaki baik itu sudah tentu
seorang yang tenang . walaupun
lajunya dia bertindak , dia tetap
tenang . dan juga
perlahannya dia beraksi ,
ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .
ketenangan itu simbolik awan . mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang .
apabila lelaki baik itu berjalan , atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .
aku tidak hairan dengan falsafah ini . malah ,
aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku .
awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .
***** apabila awan bercinta . *****
apabila seseorang lelaki baik itu bercinta , tak ubah seperti awan yang bercinta . aku hairan yang bukan sedikit . kening aku naik perlahan . dia sambung kembali .
awan itu
isipadunya ialah
wap air yang
ketumpatannya rendah . isipadunya sangat besar . dengan izin tuhan , dia
terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . kagumnya ciptaan tuhan ini ,
sifatnya yang sangat cintakan bumi .
cinta si awan kepada si bumi ialah dengan
melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya kecuali dengan pengiraan yang maha bijaksana yang serba tepat . cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi ; menyucikan jasad kotor .
namun , cinta si awan kepada si bumi
sangat mahal nilainya . sifatnya yang
gemar terapung-apung ;
melarikan diri daripada bumi yang di bawah . hadirnya cinta si awan itu
hanya apabila isipadu airnya sudah mula berat ; berteriak menyahut panggilan graviti untuk
bercumbu dengan cinta si bumi .
apabila
nilai isipadu wap air hujan itu telah disahkan oleh piawaian tuhan yang satu ,
jasad awan jatuh ke bumi dalam bentuk sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangannya di atas langit .
itu cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya .
***** lelaki baik itu gemar larikan diri . *****
sama seperti awan dan
apabila seorang lelaki baik itu bercinta . datangnya
cinta itu berbisik ke hatinya , lelaki baik itu
lari . lari dengan
wajah yang tenang ,
menjarakkan diri daripada cinta seorang perempuan .
lelaki baik itu
terapung-apung dengan rendah diri ,
mengumpul ilmu untuk meningkatkan isipadu imannya ; tidak mahu menyentuh kulit halus si perempuan dan tidak akan sama sekali menghidupkan rindu yang
lama kelamaannya berputik kepada zina hati .
***** lelaki baik mendekatkan diri kepada cintanya dengan akad nikah .*****
datangnya seorang lelaki baik itu kepada cinta seorang perempuan .
membawa harapan yang isipadunya cukup sarat untuk dicurahkan fitrah yang dicipta tuhan yang maha esa .
kontrak persetujuan tuhan ditandatangani untuk mendapat keizinan daripadaNya maka
tersulamlah cinta yang diberkati tuhan antara lelaki baik dan pasangan fitrahnya .
aku kagum . kagum dengan
falsafah awan putih yang berada di tangannya .
bukan sedikit kagum itu sehinggakan
hati ku mula membesar dengan semangat mahu
memenuhi isipadu iman dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan
mencipta ketumpatan rendah diri agar
aku bisa melarikan diri daripada cinta seorang perempuan .
ingat aku , awan tidak selalu serupa dan suka terbang jauh , mungkin malu dengan cinta , ia akan berani dekati cinta apabila tiba satu saat yang dia sudah bersedia kongsikan air hujannya .
lelaki baik itu pemalu ? yang pastinya dia lelaki yang tahu malu dengan tuhannya .
dan
apabila lelaki baik itu bercinta......aku
bersalam dengan awan .
masih lagi senyum sampai sekarang . :)