23 January 2012

Aku , kau dan bilik motivasi .

salam ziarah...

sebagai seorang pelajar yang sudah tentu sedang menggalas tugas menuntut ilmu di muka bumi Allah ini , pasti akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan yang cemerlang . oh , satu mukaddimah yang agak skema =_=" . skema-skema pun ia perkara benar yang memang dibenarkan . oh , ini bukan sastera .

aku tak tahulah . kadangkala , aku akan bersangka baik , tidak kurang juga lepas beberapa minit , aku akan bersangka buruk , kemudian kembali pula kepada sangkaan yang baik . sesungguhnya , kepala aku akan bercelaru apabila situasi ini berlaku . bukan jarang-jarang situasi ini berlaku , malah selalu juga dalam setahun .

situasi itu selalunya berlatarkan tempat di sebuah bilik . kembali kepada beberapa tahun yang lepas , sebagai seorang pelajar asrama ......




*****************************

' oit , pagi-pagi dah start study . rajin giler sih . mesti result exam ko gempak nanti ...'

' errrr.....=_=" ' ( sedang melukis-lukis )

******************************

' perghhh , mantap sih budak ni . mesti kerja ko dah banyak siap en ? giler cemerlang r ko ni . '

' ermmm....="= ' ( sambil lipat kertas buat roket )

******************************




sehingga kini , seorang pelajar universiti , serupa juga monolognya . selesai bermonolog , mereka terus ke bilik mereka , meninggalkan aku yang masih kebingungan dan terkial-kial .

Apakah......? =_="

aku sedang main-main , mereka kata aku rajin , aku sedang melukis , mereka kata aku berusaha bersungguh-sungguh . apakah ini sebuah perli ? tapi , yang hairannya monolog mereka hampir sama . ramai kawan aku daripada peringkat sekolah menengah hingga ke universiti yang lepak masuk dalam bilik aku , mengucapkan ' rajin ' dan ' bersungguh-sungguh ' .

sungguh aku tak layak menerima kata-kata pujian ini ? =_=" ini sebuah perli ? oh , itu sangkaan buruk . jika sangkaan baiknya , aku fikir mereka sedang mendoakan aku supaya menjadi 'rajin' dan 'bersungguh-sungguh' . hurmm lebih baik ikut sahaja sangkaan baik itu .




tapi yang lebih membuatkan aku hairan , mereka ( kawan-kawan daripada peringkat sekolah hingga ke universiti ) usai daripada bermonolog begitu , mereka akan mengambil buku daripada rak buku , kertas kajang , kalkulator di atas meja dan menajamkan pensel mereka . belajar hingga pukul 3 pagi . wah , luar biasa!


apakah.....?? =_=" siapa yang lebih rajin sebenarnya ni? =_=" *perang psikologi


aku pencetus motivasi mereka ? oh , lebih teruk jika musim peperiksaan bakal menjelang . semakin ramai yang hadir ke dalam bilik aku , mengucapkan pujian begini =_=" . berlakunya perang psikologi yang bermedankan bilik aku . nak sahaja aku kuncikan pintu bilik , namun , takdir telah menemukan aku sebuah bilik yang pintunya rosak . sungguh , aneh permainan takdir kali ini . bagi seorang muslim , ini petanda bagi kita untuk berfikir .

analisis dibuat . aku malu-malu nak puji diri sendiri , tapi aku harus perkatakan sesuatu , kadangkala , kita dipilih oleh tuhan sebagai pencetus semangat atau motivasi kepada manusia lain secara tak langsung . walaupun kita bukanlah seorang yang layak sangat menjadi sumber motivasi =_=" ( aku seorang yang sangat tak rajin ) , tapi itulah amalan percuma yang tuhan nak beri kepada kita .





mereka yang sering hadir ke bilik aku akan ,
  • Panggil aku 'rajin' bila aku sedang duduk di atas kerusi belajar walaupun aku tak pegang buku , oh mereka mendapat pahala kerna sedang mendoakan aku rajin .
  • Usai mendoakan aku rajin , mereka pulang ke bilik dengan langkah yang bersemangat =_=" . belajar sampai lewat pagi . wah , luar biasa ! mereka menjadi rajin setelah melihat orang yang tak rajin tapi sedang duduk atas kerusi belajar , oh . =_=" menjadi rajin juga mendapat pahala , cuba engkau kira bilangan ilmu yang mereka belajar sehingga lewat pagi . luar biasa banyaknya !

    aku yang berpura-pura rajin dalam bilik pula akan ,
    • Didoakan 'rajin' oleh setiap orang yang hadir ke dalam bilik . jika ada 40 orang hadir ke bilik aku , mendoakan aku rajin , insyaAllah doa akan dimakbulkan . aku pun akan tidak malas-malas lagi >_< .
    • Aku menjadi sumber motivasi secara tak langsung . tak perlu menjadi seorang yang mempunyai pencapaian yang tinggi , hanya duduk di kerusi belajar , tuhan sudah pun memberikan aku amalan percuma kepada aku untuk memberi semangat kepada mereka yang hadir dalam bilik aku . Alhamdulillah . 

     "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." ( At-Taubah:105).

      win-win situation . kita hidup dalam dunia mutualisme ; saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain . bukankah percaturan ini begitu indah dan cantik jika kita sebagai muslim berfikir berkenaannya ?




      persetankan perang dingin atau perang psikologi sehingga kita tertekan ketika belajar atau ketika menghadapi peperiksaan . selalu bersangka baik dengan tuhan dan orang lain . hidup kita akan selalu tenang dan aman . setiap amalan ada bayarannya . bukankah kita hanya ada satu-satunya majikan yang memberi gaji kepada kita usai berusaha ?




      jadilah , manusia yang berfikir ......( peringatan untuk diri sendiri juga yang selalu terlupa )

      18 comments:

      nadia nur amalina said...

      good luck utk exam, Mr. Paracetamol :)

      NaRuFiQ said...

      terima kasih....>_<

      JaLi AsHBuRN said...

      semoga rajin sentiasa dan berjaya . . . . . :)

      NaRuFiQ said...

      insyaALLAH....anda juga~

      amii afandi said...

      hohoho.aku pun tak tahu kenapa kalau baru duduk atas kerusi orang dah kata rajin? tapi baguslah daripada orang selalu kata yang kita ini malas.

      lebih baik rajin daripada malas. perkataan malas itu pun melemahkan betul jika didengari. membuatkan kita bertambah malas.

      kau pencetus motivasi? haha. adalah jugak kan. kadang-kadang motivasi kau tu berguna. hahahaha ==''

      NaRuFiQ said...

      heh....terima je lah hakikatnya aku mmg suka beri motivasi kpd orang lain...*secara tak langsung

      tdybear said...

      kn bgos klu kta mnjd pmgkn smgt org laen...blh sma2 b'jya...jd umat Islam pasti akn maju=)

      NaRuFiQ said...

      insyaAllah....semoga kita akan selalu diberi rahmat Allah...bersama2 lah kita umat islam berganding bahu...>_<

      panda putih said...

      situasi sama berlaku, sometimes mcm rimas pun ada, tp lama2 its ok. pemangkin semngt insyaAllah. good luck!

      NaRuFiQ said...

      insyaAllah mari kita sama2 berusaha mencari ilmu demi merangkul keredhaan Allah....>_<

      anchovy said...

      seriously.yess! suke la post ni ;) thnks

      NaRuFiQ said...

      hahah alhamdulillah...terima kasih

      Ibn Aziz said...

      alhamdulillah, menarik jugak syeikh blog..syukran dengan post2 yang membina.. :)

      NaRuFiQ said...

      alhamdulillah.....terima kasih kerna sudi meminjam mata utk membaca

      Ibn Aziz said...

      alhamdulillah...aturan Allah semuanya..

      sudi2 lah menjenguk kanvas maya ana.. :)

      NaRuFiQ said...

      insyaAllah....jika ada masa , saya akan suruh tangan saya rajin-rajinkan...huhu

      daffodilsorientia said...

      saya suka membaca entry yang saudara tulis. Yang ini memang terkena pada batang hidung sendiri. Sekarang baru tersedar dengan situasi sebenar. Terima kasih...

      NaRuFiQ said...

      hahaha....kita bermuhasabah diri laaa ye....sama-sama

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...