Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 |
Nauzubillahminzalik |
Amr Khalid berkata,
Seorang pemuda datang kepada ku lalu berkata ;
“Aku khuatir bencana yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosaku, sebab aku mengetahui betul dosa-dosaku “
Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda
itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini.
Sesungguhnya bencana
turun kerana maksiat dan
lenyap kerana taubat (Saidina Ali r.a).
Saudaraku ! Kata Amr Khalid lagi,
Apakah engkau berharap Allah akan mengubah kondisi kita dalam keadaan kita bermaksiat begini ?
Aku sedar, tidak ada seorang pun yang tidak memiliki salah dan dosa,
tetapi, marilah kita sepakat dan bertekad untuk bertaubat.
Terus menerus
berbuat dosa adalah satu maksiat besar !
Saudaraku, tahukah engkau bahawa umat-umat sebelum Islam binasa tidak
lain kerana maksiat ? Apakah yang menyebabkan Iblis a.s dikeluarkan
dari syurga ? Maksiat. Apakah yang menyebabkan kaum Nabi Nuh a.s
ditenggelamkan ? Maksiat.
(Al Qamar : 11-12)
Apakah yang menyebabkan Firaun dan tenteranya ditenggelamkan ? Juga
kerana maksiat
( Al Qashash : 40).
Apakah yang terjadi pada Kaum Nabi
Luth a.s ? Malaikat Jibril dengan sayapnya mengangkat negeri mereka ke
langit sehingga para malaikat mendengar lolongan anjing-anjing mereka.
Setelah itu malaikat membalikkannya dan menghempaskannya ke tanah.
Mengapa ? Kerana maksiat !
(Al Hijr : 74) .
Tidakkah kalian lihat, Saudaraku ! Apa persoalan yang ummat ini
sedang hadapi ? Tak lain tak bukan adalah kerana maksiat dan dosa.
Kerana maksiat dan dosa itulah, umat ini dibinasakan !
Ketika tentera muslimin berjaya membuka kota Cyprus dan orang-orang
Rom keluar darinya,
Abu Darda’ kelihatannya bersedih dan menangis
sedangkan umat Islam yang lain gembira dan saling memberikan ucapan
selamat. Ketika ditanya maka beliau menangis, maka Abu Darda’ menjawab ;
“Aku menangisi umat yang bermaksiat kepada Allah… lalu Allah mengantinya … “
Jangan remehkan maksiat !
Dampak atau kesan maksiat adalah menakutkan ! Jangan sesekali
meremehkan dosa dan maksiat yang kita lakukan. Antara kesan-kesan
melakukan dosa adalah ;
1) Murka Allah
Dalam hadis Qudsi swt berfirman, “Aku Allah, tidak ada Tuhan
selain-Ku. Bila ditaati aku redha dan bila didurhakai. Aku murka. Jika
sudah murka,
Aku mengutuk dan kutukan-Ku bisa sampai tujuh keturunan “
2) Kebencian orang-orang yang beriman
Imam As Syafie berkata, “Berhati-hatilah jangan sampai di antara
kalian ada yang dikutuk orang-orang yang beriman, tetapi ia sendiri
tidak sedar “. Lalu orang bertanya kepadanya, “Bagaimana itu bisa
terjadi ? ” Beliau menjawab, “Ia melakukan maksiat kepada Allah, lalu
Allah
membuat hati orang-orang beriman benci kepadanya “
3) Terhalang dari rezeki
Rezeki turun dari langit, namun ia dapat
terputus oleh maksiat. Tidaklah rezeki berkurang kecuali kerana maksiat.
4) Terhalang dari Ilmu.
Imam Malik berkata kepada Imam Al- Syafie, ” Kulihat Allah telah
membuat wajahmu bercahaya dengan ilmu. Kerana itu, jangan padamkan
cahaya itu dengan maksiat ! “
Ilmu adalah cahaya dan
cahaya tidak akan hinggap dihati orang yang melakukan maksiat !
5) Bencara besar
Saidina Ali r.a berkata “Bencana tidak turun kecuali
kerana maksiat dan tidak lenyap kecuali dengan taubat ! “
6) Terasing dari Allah.
Engkau merasai, jauh dari Allah, dan
tidak tahu cara bagi mendekatkan hati kepada Nya.
7) Terasing dari manusia
Seorang ulama mengungkapkan, “Aku melihat kesan maksiatku dalam
perilaku isteriku, anak-anak dan tungganganku ; tungganganku tidak mau
berjalan, anak-anakku memperlakukan ku dengan buruk, dan isteriku tidak
lagi taat kepadaku. ”
Mengapa semua ini terjadi ? Tidak lain kerana
maksiat
8) Kelamnya wajah dan hati
Ibn Abbas r.a menuturkan, “Maksiat mendatangkan
kekelaman pada wajah,
kegelapan pada hati, kebencian di hati manusia, kelemahan pada jasad,
dan kekurangan dalam rezeki. Sedangkan ketaatan mendatangkan keceriaan
pada wajah, cahaya pada hati, kecintaaan di hati manusia, kekuatan pada
jasad dan kelapangan dalam rezeki “
9) Terhalang dari ketaatan
Fudhail B Iyadh mengatakan , jika engkau
tidak mampu untuk bangun
malam dan puasa di siang hari ketahuilah bahawa dirimu sedang dipenuhi
maksiat.
10) Maksiat berangkai
Sedarkah kita juga, saat kita melakukan suatu maksiat, ia seakan-akan
berangkai. Selepas satu, satu dan kemudiannya satu. Sebagai contoh,
kita menonton cerita-cerita yang kurang elok di telivisyen. (mode :
Romantik ) Lalu , kita juga teringin punya pasangan. Dan kita berhasil
memperolehnya. Kemudiannya kita bercouple, berpegangan tangan dan
kemudiannya… Err,,
Eh, tak kan sampai ke situ kot ?
11) Lemahnya akal
Seorang ulama berkata, “Barang siapa bermaksiat kepada Allah,
sebahagian akalnya lenyap dan tanpa pernah kembali kepadanya hingga Hari
Kiamat”
12) Pengkhianatan lisanmu di saat dirimu betul-betul memerlukannya.
Dimana ?
Ketika
hendak mati, lidahmu kelu untuk menyebut nama Allah. Lidah mu bagai tertindih gunung. Pernahkah kita membayangkannya ?
Penutup
Rasulullah saw
bersabda, “aku mengetahui sejumlah kaum dari umatku datang pada hari
kiamat dengan membawa amal kebaikkan bergunung-gunung, namun Allah
menjadikannya sebagai debu yang beterbangan.” Tsauban bertanya, “Wahai
Rasulullah, gambarkanlah mereka kepada kami, agar kami tidak seperti
mereka tanpa sedar.
Rasulullah saw bersabda, “Mereka adalah saudara-saudara kalian dan
sebangsa dengan kalian. Mereka memperlakukan malam seperti kalian,
namun
mereka adalah kaum yang, ketika bersendirian dengan sesuatu yang Allah
haramkan, mereka melanggarnya ” HR Ibn Majah
artikel asal :
http://asyrafarique.wordpress.com/