30 January 2016

Re-Publik.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


Menjadi seseorang yang low profile; jarang update segala macam media sosial dan tidak suka dikenali di luar publik. Menjadikan seseorang itu nampak kurang berbau. Misteri. Tak tahu apa potensi dan kekuatan yang ada untuk disandarkan. Orang sekeliling akan sentiasa mencari kekuatan dan mereka banyak bergantung kepada kekuatan orang lain untuk memudahkan urusan mereka. Kalau orang yang tidak diketahui potensi dan kuat yang ada, sudah pasti akan ditinggalkan. 

Publik akan sentiasa membaca. 
Jika kau tidak boleh dibaca, kau akan ditulis oleh publik sampai kau boleh dibaca. 

Untuk segala masa dan waktu yang berbaki cuma, sepanjangnya hanya nampak kelemahan lebih daripada kekuatan. Aku berdoa. Aku dikelilingi penyayang penyayang yang menyayangi kelemahan aku. Tika kelemahan kelemahan yang ada zahir setiap satu demi satu, aku baca kata kata semangat daripada penyayang penyayang. Aku tak dengar. Aku baca setiap satu dan satu lagi. Tak banyak. Tapi, cukuplah untuk lelaki yang berhati kecil ini. 

Kelemahan. Kesilapan. Kecuaian membuatkan kau merendah rendahkan diri sendiri. Janganlah menambah sedih, mengutuk diri sedangkan orang lain sudah pun memainkan peranan. Maafkanlah. Maafkan diri sendiri. Belajar untuk menjadi penyayang kepada diri sendiri. Belanja burger. Kenyang. Belajarlah jadi pemaaf.

Publik akan sentiasa mengutuk. Jangan jadi publik.

Jadi lelaki yang belajar perkara dan skil baru. Kumpul kekuatan. Baiki kelemahan. Bukan untuk mengelak kutuk publik. Tapi, untuk menjadi penyayang kepada diri sendiri. Tika kita mula ada rasa sayang kepada diri sendiri, kita akan mula menyayangi publik. Publik akan terus mengutuk walaupun kita telah berpindah ke diri yang baru. 

Kalau tiada kita, siapa lagi yang mahu jadi penyayang kepada publik? 



1 comment:

Unknown said...

best entry awk! kdg beri motivasi.. kdg kne btg idung sndri.. hehe.. thanks! x salah pn jd introvert.. kte hnya jd dri sndri..