03 June 2017

Maafkan aku.





Sukar untuk merawat hati orang lain yang terluka, sedangkan hati kita juga sedang bersedih.

Susah nak inspire dan motivate orang lain, sedangkan kita discourage dan dalam posisi yang sangat memerlukan bantuan.

Andai ais krim dan bunga cukup untuk merawat luka, maka toko toko ais krim dan bunga wajarlah menang noble peace award kerna banyak menyelamatkan hati orang yang sedih daripada terus melukakan orang sekeliling.

Biarlah, hati ini membawa pergi.




1 comment:

Sarah Sylph said...

Sudah tiba Jun, secara kasar aku kira 5 bulan telah berlalu sejak peristiwa itu.
Ada tika aku gagah menjelajah hari,
ada tika aku rebah menyembah bumi,
ada tika aku kuat menongkah arus,
ada tika aku sungkur tersadung aral.

Tika kental bersulam nadi,
aku sedar itu pinjaman Ilahi.

Tika kesal terpaut pada hati,
aku tahu Dia mahu aku bersabar lagi.

Dia janji sabar itu hadiahnya manis di akhir nanti.
Dan aku sedar akhirnya bukan dua tiga saat lagi.
Akhirnya hanya bila aku dibangkitkan di dunia yang satu lagi.

-----

Aku tulis "puisi/luahan" ni June last year, harap dapat suntik semangat.
I know nothing abt yr struggle/sadness tp aku rasa bersalah kalau tak cuba tolong sebab dah terbaca entri kau. Sebab aku tahu rasa gelap, lemas, sedih dsb. Semoga Allah pinjamkan kekuatan utk kau rejuvenate. Aku doakan semuanya baik2 je. Banyakkan berdoa insyaAllah everything will be okay, sooner or later.