18 February 2011

Sape nak jadi superhero aku!

yoissyyy...
jeritan ngairah orang jepun bila time bersemangat....
maafkan aku kurang ajar...ok aku nak ucapkan hai pula...
maka adakah aku sudah kembali mendapat ajaran yg sebenarnya...baiklah cukup

post yg aku nak conteng ni adalah kisah yg berkisarkan impian golongan muda mudi zaman sekarang mahupun zaman polka dot....
ok...
aku x nak korang bosan maka bermulalah contengan aku....

maka bermulalah dengan...
penyataan bemasalah.....(problem statement)

pernah x korang idamkan seorang yang gila dengan amalan tak berbayar...berkuasa anti manusia....pelaksana undang2 duniawi....dan juga mempengaruhi dunia fesyen semasa???

anda tahu siapa yg aku tuliskan....YA!!!




ADIWIRA....

tujuan...(aim)

mereka dicipta untuk melawan hukum fizik...melawan jenayah tegar di planet...melaksanakn hukum alam ikut sesuka hati depa....jatuh x mati2 kecuali dapat diakhiri riwayatnya dengan kemalasan si pelukis berkarya....

procedure....

seorang manusia yg dulunya dikeji dek kerna rupa parasnya yg inginkan satu impian yg besar....
insan yg ditakdirkan menjadi sampah kepada takdir pada permulaan kisah....
tapi....
berusaha mengubah setiap saatnya menjadi sisa waktu bermasyarakat....
kuasa mereka divariasikan mengikut citarasa pencipta mereka sendiri....
selalunya pakaian mereka lebih sendat untuk menonjolkan kemantapan budaya kuasa asing...



keputusan..(result)

haaa...
sedikit penjelasan tentang superhero dalam komik mahupun di layar perak di seluruh dunia...
mereka yg menepati syarat di atas adalah selayak2nya digelar adiwira...

kenapa??

baca balek kat atas tadi.....
(tak faham2 lagi ke....)

jangan gusar kerna x memiliki ciri2 di atas....kerna
anda mampu mencipta keperibadian adiwira dalam jasad anda yg zahir itu....



bagaimana???

ketahuilah....

anda seorang anak dalam keluarga....maka buktikanlah dengan tulang empat kerat anda membanting tulang membalas jasa kedua-dua ibubapa kamu....

anda seorang abang dalam adik-beradik....maka buktikanlah anda boleh menjadi perisai daripada segala ancaman fitnah dan serangan mental....

anda seorang suami dalam rumah tangga....maka buktikanlah kelayakan anda dengan menawarkan khidmat terbaik kepada si isteri dan anak-anak....

anda seorang sahabat dalam perhubungan....maka buktikanlah dengan telinga mu yg tulus ikhlas mempercayai tutur duri2 yg melekat di hatinya....

anda seorang pemimpin dalam satu komuniti....maka buktikanlah dengan tangan yg kamu genggam itu mengepalai satu umat ke arah keadilan yg teguh selamanya...

*************************************************************

di sini hipotesis ku terukir....
tak semua insan beroleh dada yg sekebal keluli...
mungkin juga sebahagian tidak berkelajuan lokomotif tanah melayu....

ketahuilah...

jika anda bergelar insan yang sedia ada mengikat kontrak yg maha kuasa dan berjanji melaksanakn setiap perjanjian yg dipersetujui...
maka kelak anda layak merangkul insan yg sempurna di mataNYA...

insan yg sempurna???



YA!!!KAMULAH SUPERHERO AKU.....


the great powers come the great responsibilities......



p/s :panjang sangat ke post ni...harap maaf kalo terlebih kehendak korang....

16 February 2011

Kebetulan yang menakjubkan??

hai aku kembali ngan tradisi seperti biasa....
menulis post harian yg x lekang mata memandang....
maaf la ye aku sekarang menaip dalam gelap...another quick post
yang mungkin akhir post ni akan buat pembaca yg terjah ke blog aku tertanya-tanya...
kalo daa bingung tu leh laa komen kat bawah ye....

baiklah....
pernah x ko rasa apa yg aku alami ini...

situasi :

pernah tak ko rasa....
ko nak lakukan sesuatu pekerjaan....ada satu perasaan seolah-olah kuat memaksa ko...


'solatlah cepat...aritu daa dengar ceramah suruh segerakan waktu solat...cepatlah ko dah dapat kesedaran...kenapa ngan ko ni....cepat2!!'kata suara dalam diri ko...

tapi....
satu bahagian lagi bertindak terpinga-pinga macam seolah-olah melekat / membantah...

dan tiba-tiba...
masa ko tengah berperang ngan sikap terpinga-pinga tu...
sama ada ko nak tunaikan ke x..
datang satu babak yg menyedarkan ko seolah bertindak sebagai pemangkin supaya ko segerakan perkara yg perasaan ko suarakan....

contoh situasi....

ko sedang tonton tv ketika mengalami peperangan yg aku maksudkan kat atas tadi....
tiba2 datang laa satu babak dalam drama yg ko usya....
yg menceritakan perihal kedasyatan ibadat yang ko lengah-lengahkan....
dan ada juga seperti berkomunikasi ngan korang supaya segerakan ibadat tersebut...

contoh babak tersebut....

'Azman,ko tahu tak sekarang daa pukul 6 petang....berhenti laa guna komputer tu dulu...pergilah solat asar segerakan ibadat wajib dulu....'

ayat drama melayu....


bagi aku ini adalah peristiwa yg menakjubkan.....
this is the amazing moment...
macam kita dibantu melajukan hasrat yg perlu kita lakukan....
lepas usya peristiwa tersebut.....
kita macam diberi kekuatan yg luar biasa supaya menyegerakan ibadat tersebut...

contoh visual....

perhatikan ' * '

level masa tengah berperang ngan perasaan terpinga-pinga...

* * * * _ _ _ _ _

level selepas peristiwa tersebut...

* * * * * * * _ _

ini just utk pemahaman korang laaa....
takot korang x paham apa yg aku cuba sampaikan...

i think this is one of the miracle moment in this world...
dan aku yakin ini bukan satu kebetulan....
seolah-olah ada yg sedang mengatur rancangan....
merangka segala pelan bantuan kepada mereka yg bernama manusia....




p/s:SUBHANALLAH....just want to share.....kadang2 peristiwa yg kecil macam ni...
bila diolah dan difikir....seolah2 saiznya seperti di 'zoom' sehingga 500 %....

08 February 2011

naluri dewasa menular dalam jasad 18 tahun....

kedewasaan aku yg kini telah mencelah naluri keanak-anakan aku...
tiada masa lagi untuk dibuang...
melangkah kehadapan menjadi kewajipan....
usia yang dimamah menjadi paras kematangan berubah....
pemikiran yang lebih rumit menular dalam jiwa....
aksi-aksi akan lebih banyak diperhati oleh yg maha ESA....
tangan yang lembut akan mula mengeras bersama beban yg lebih besar....
poket seluar yg tebal akan menipis kian hari...
perhiasan yang cantik akan menjadi perlahan usang....
tembok pandangan akan lebih lobos jika tidak ditapis bersama iman...
kaki yang digerakkan akan lebih berhati-hati....



it's just a piece of memories a.k.a gambar yg dirompak oleh aku di fb seseorang....sape rasa dia nya foto kene rembat ngan aku...leh r tekan folllow kat sebelah kanan tu....agar aku segera diberkas oleh pihak penguasa....

p/s:saje je nak post gambar ni.....pasal comel...huahua