01 March 2011

Masa depan si pengejar pelangi...

hai salam kembali...
setelah bertarung selama sejam utk menidakkan mata aku melabuhkan tirainya....
akhirnya aku gagahkan jasad aku mengerakkan motor kaki aku berpusing...
dapat juga menyandarkan jasad aku kat kerusi plastik ini dengan nguapan sebesar mulut singa....
baiklah kali ini aku nak conteng2 perkara yg remeh temeh je....
tapi perkara sekecil inilah yg akan menjadi periuk nasi korang....

iaitu kita kan bercakap tentang cita-cita....

mesti rase pelik kan kenapa aku nak conteng pasal cita-cita kan?
sebab malam tadi aku ade teringat iklan promo 'sejuta impian'...
aku rasa la ia satu lagi rancangan yg akan merealisasikan impian seseorang....
dan tiba2 aku teringat la sedikit zaman prasejarah aku dulu2 di mana aku belajar menulis dan mengenal nombor dan huruf....

masa dulukala iaitu ketika darjah 1....
guru kelas bagi satu borang yg menyuruh kami utk isi segala butir2 peribadi....
tak silap aku borang tu berhelai-helai dan perlu diisi atas perintahnya....
cukup tebal kerna ia perlu diisi setiap tahun hingga la darjah 6....
ada satu ruangan yg cukup pantas bagi aku isi.....
iaitu cita-cita....
ada 3 tempat kosong yg bermaksud 3 pilihan.....
sebagai kanak2 aku hanya akan isi ruangan tersebut berdasarkan pemerhatian aku dalam kamus bergambar....

tentera.......polis....
tapi yg paling lucu sekali aku tulis posmen laaa...
sampai sekarang aku tak dapat berhubungan dengan jiwa aku yg darjah 1....


kenapa la hang tulis posmen...
tapi....

sebagai remaja yg kebudak-budakkan yg separuh matang....
aku menyimpulkan yg perkataan 'posmen' tu jika di pisahkan sukukatanya...ia kan menjadi 'pos' dan 'men'....
seperti yg korang maklum.....aku kemaruk usya citer superhero masa zaman prasejarah...semua yg ade 'man' kat belakang word abes aku tengok.....

masa terus beredar dengan lajunya....
ketika jiwa mula nak melangkah ke alam persekolahan menengah....
aku menemui borang yg tebal....
bila aku baca ruangan cita-cita setiap darjah....
terbit banyak simbol tanda tanya beredar di sekeliling kepala....

di situlah aku rase evolusi setiap tahap pemikiran aku....
cita-cita darjah 1 berbeza dengan cita-cita darjah 2 dan seterusnya....
walaupun ada gak yg konsisiten....(aku tulis nak jadi polis selama 3 tahun berturut-turut....what the??)

jika aku lihat tahap sekarang aku sebagai remaja 18 tahun....
cabaran yg getir kerap datang utk menawan nafsu kita yg memang diciptakan lemah godaan...
atas desakan nafsu juga kita telah menjana satu pemikiran yg mahu hidup selesa di rumah besar,katil yg empuk dan isteri yg comel....
dan dalam masa yg sama iman juga turut menyinggah di sanubari yg mengatakan...

'setiap pekerjaan yg halal itu akan diberkati ALLAH'

maka di situ berlaku petempuran hati yg mengeraskan otak sementara waktu....
akal mula berfikir secara berhati2 dan teliti dalam tujuan utk merealisasikan masa depan yg penuh dengan warna pelangi dan terdapat 'nur' yg melimpah menghangatkan hati yg sejuk beku....


'semakin meningkat usia seseorang,semakin meningkat masa yg digunakan utk berbuat keputusan'


p/s :aku buntu la nak jadi apa bila besar nanti....

4 comments:

Zalikha said...

Sama la..skang dlm dilemma >_<
apa kriteria yang perlu diambil kira dlm menentukan cita2?
semalam abang kite cakap:"Kite takleh nak pilih dah besar jadi apa".

terus kite:"huh?apsal mcm tu plak?"

jadi,apa yg kite bole buat skang tunggu keputusan spm keluar dan tengok kite ke mana.Just follow the crowd..=_=

L.I said...

kirenya kene usya slip dulu r ni...
perbuatan tu la yg aku x nak buat..

amii afandi said...

cita-cita? adoii. betul cakap zalikha. dilema.

syafiq. aku pun tak nak usya slip dulu. sebab aku rasa cita-cita yang kita impikan or adalah rasa sikit-sikit yang kita nak kadang-kadang tak sama dengan markah slip kita tu.

L.I said...

betul3....
apa yg boleh kita buat sekarang ialah berserah kepadaNYA....