Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
al kisah seorang lelaki yang berkaca mata hitam , jalannya mundar-mandir sahaja . lagak bahasa tubuhnya rancak . pori-pori kulitnya rajin merembeskan air peluh yang hangat . bulu-bulu halus di lengan turun menyembah kulit . kakinya melangkah laju setelah dipinta akal untuk melarikan daripada terikan tajam .
lelaki berkaca mata hitam mendengus . petanda kurangnya kesabaran . enggan memandang ke langit . jasadnya menyerap segala pancaran haba . kulitnya kian terbakar setelah lama dibalut dengan atmosfera zalim .
malangnya tiada tempat bagi dia untuk berlabuh . mengelak sinaran kejam yang dicipta maha satu . tanah yang gersang umpama dataran yang lapang dan tiada penghujungnya .
dia masih lagi enggan memandang ke langit . marah dengan suhu yang membahang dalam hatinya . masih lagi hilang sabar tetapi sudah naik ke tahap kritikal .
dendam kesumatnya membara . mengepal kepala penumbuknya . menumbuk tanah yang tidak berdosa . encik udara dan encik wap air kehairanan melihat encik tanah yang menangis . udara berbisik ke telinga lelaki berkaca mata hitam , menyoalkan perilaku biadab kepada tanah .
si lelaki itu memberi jawapan yang enak didengar oleh si tanduk merah keparat . dia mengulang kali menyebut jawapan yang sama .
dia enggan memandang langit . enggan memandang matahari .
meskipun dia memakai kaca mata hitam . dia benci melihat ciptaan tuhan itu terapung-apung di atas kepalanya . dia dendam dan dendam itu diserta-mertakan ditujahkan kepada encik tanah yang gersang .
encik udara yang sebentar tadi kehairanan , kembali tenang . mula berbisik kepada encik wap air . encik wap air tersenyum . mungkin ini senyuman abadi .
encik udara mula meniup dirinya , berevolusi menjadi encik angin yang taat . bergerak laju . meniup awan-awan yang dahulunya jauh ke paksi timur , kini tiba menutup langit yang biru . sedikit gelap tetapi menenangkan . angin bergerak bersama awan-awan bergeser antara satu sama lain .
menghantar sebaris cahaya cas-cas negatif untuk dineutralkan oleh encik tanah yang positif yang sebentar tadi lemah , kembali tersenyum .
encik wap air yang tadi tersenyum girang dihirup sepenuhnya oleh awan-awan . memuntahkan segala rezeki , memandikan tanah yang kering .
si lelaki berkaca mata hitam itu terangkat sedikit mukanya ke langit usai melihat tanah yang tersenyum , titis-titis air hujan yang tersenyum dan tiupan angin yang juga ikut tersenyum .
si lelaki itu hairan . matahari yang kejam itu sudah tiada . hilang daripada pemandangan . hairannya masih lagi tidak terhenti melihat senyuman mereka .
sudah dizalimi tetapi masih lagi mampu tersenyum . bukankah selepas fenomena nyaman ini bakal berakhir dan kemudian mereka akan diperangi dengan teriakan si matahari yang kejam ?
lelaki berkaca mata hitam menggeleng . ingin menanti si matahari yang bakal memusnahkan senyuman mereka . mahu mereka merasakan apa yang si lelaki ini rasakan selama ini .
tamatnya limpahan hikmah , matahari yang tidak diundang terapung-apung di kanvas langit . menzalimi makhluk yang di bawahnya .
lelaki itu sekali lagi enggan memandang ke langit . sekali lagi enggan memandang ke matahari .
namun , apa yang menghairankan lelaki itu . encik udara , encik wap air dan encik tanah masih lagi tersenyum . ya , itu senyuman abadi .
perlahan-lahan lelaki itu memandang mereka ke arah paksi yang cantik .
encik pelangi sedang melambai-lambai tersenyum . mengucapkan terima kasih kepada si matahari yang zalim kerna membenarkan spektrum cahayanya mencipta jalur warna-warni yang indah , memerintahkan sekalian makhluk membesarkan penciptaan tuhan sekalian alam .
pandangannya terpukau . menangis . gembira menemui jawapan yang dia terokai selama ini . jawapan kepada persoalan kenapa dia enggan memandang matahari .sekaligus enggan memandang langit .
si lelaki berkaca mata gelap teresak-esak . dendamnya hanya palsu . jahil kerna terperangkap dengan si tanduk merah . pendusta hakiki .
perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah encik pelangi . mengambil wap air yang tersenyum dan dibentuk beberapa perkataan ke atas permukaan udara yang tersenyum . meniup ke arah encik pelangi dan berharap surat yang ditulis itu mampu menghasilkan senyuman abadi .
' aku fikir pelangi itu terhasil selepas turunnya hujan . tetapi ia dicipta oleh tuhan yang satu ketika timbulnya kamu di langit . maafkan aku kerna jarang mengukir senyuman . bukan sahaja aku tidak tersenyum memandang kamu . aku juga lupa tersenyum kepada tuhan . mungkin hikayat ini mengajar aku mencipta senyuman yang abadi . senyuman kerna aku dikasihi oleh tuhan , rasul dan makhluk lain , insyaALLAH . '
encik pelangi ikut tersenyum~
Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (HR Muwatta Imam Malik)
8 comments:
sesungguhnya bermaaf2 fan tu lebih baik.tp kdg2 susah nk buat
ya , betul tetapi dengan memberi kemaafan lah kita dikasihi tuhan...
terhibur baca :D
alhamdulillah terima kasih
hehe..karya anda mmg perlu diketengahkan kwn..:)mabrukk!!
syukran ya ukhti~
ya Allah..like srsly..nape x cube wat novel..n anta kat mane2 syarikat...misti laku kalo wat citer..:)
insyaALLAH saya akan usahakan~ ermm terima kasih ye >_<
Post a Comment