15 October 2011

Lelaki yang tidak lagi berwajah dingin...







p/s : mainkan lagunya baru baca~



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
al-Baqarah , ayat 216

Salam ziarah….

Doa itu senjata orang mukmin . jika menceritakan deskripsi tentang senjata , bayangan senjata nuklear , bom  atom , senjata kimia sehinggakan pisau Rambo menerpa dalam minda .

tetapi doa bukanlah senjata yang bisa meragut nyawa manusia , ia hanya satu amalan yang belas kasihan yang diciptakan untuk kita , hamba tuhan yang beriman . oh , doa itu juga hadiah . pemberian tuhan yang maha penyayang kepada umat manusia . paling penting doa itu percuma .




Hikayat ini bukan sesiapa , hikayat seorang lelaki yang dingin . apabila dia berhajatkan sesuatu , dia berdoa . kadangkala juga , dia lupa pada sesuatu saat , dia tidak berdoa . tidak janggal bunyinya . mungkin itu sudah perkara rutin . kebiasaan yang sudah dianggap biasa dalam harian .

Hari ini dia berbaju putih berlengan panjang  , berkasut hitam berkilat dan rambutnya tersisir rapi . dia berdoa selepas solat subuhnya , mengangkat tangan , membisik kalimah puji-pujian ke atasNYA dan tidak lupa juga selawat ke atas utusan tuhan tercinta .
‘ wahai tuhanku , permudahkanlah segala urusanku pada hari ini dan hari yang akan datang . jadikanlah aku hamba yang bersyukur yang tidak menolak rezeki pada hari ini dan juga hari yang akan datang . kurniakanlah aku kejayaan hidup di dunia dan di akhirat . dekatlah rezeki daku yang tersembunyi jauh daripadaku . semoga engkau perkenankan doaku ini kerna sesungguhnya engkaulah tuhan yang memakbulkan doa orang yang beriman dan beramal soleh , ‘ 



Usai merapikan diri , dia berjalan ke kelas pertamanya . berjalan perlahan tetapi hati-hati . berwajah dingin sepanjang perjalanan . mukanya tidak memberikan imej lelaki kosong tetapi dari wajahnya tersimpan kedinginan yang mencengkam suasana . ‘ ketat’ dan ‘ keras ‘ sahaja raut wajahnya .

Tiba di kelas pertama , dia mendapat khabar duka . keputusan peperiksaannya kurang memuaskan . mukanya yang ‘ketat’ bertambah lingkaran seni . mahu tidak mahu dia juga terpaksa menatap keputusannya yang hambar . jauh sekali usahanya yang kuat dengan hasil yang diperoleh . mengetap bibir .

Melihat manusia lain girang dan ada juga yang menangis . ya , perempuan itu menangis . sedih kerana gagal . dia hairan . keputusan peperiksaannya tidak bagus tetapi dia tidak menangis . mungkin dia memegang falsafah yang hanya perempuan sahaja yang akan menangis jika keputusan peperiksaannya buruk .




Dia cuma patah hati . kecewa kerna tuhan tidak mendengarkan permintaannya usai solat subuh tadi . membentak dalam hati saat melihat teman-temannya yang suka tidur dalam kelas lebih berjaya daripadanya . tersinggung hatinya dalam diam walaupun wajah dinginnya masih lagi menjadi kalis kulit mukanya .

Saat zohor berkumandang , dia menunaikan solat dan di akhir solat dia menyimpan luahan hati pagi tadi ,  berdoa dengan harapan , tuhan mendengar rintihannya .
‘ wahai tuhanku , berikanlah aku kekuatan dalam setiap perhubungan dan persaudaraan  . jadikanlah hamba ini kuat dalam sekelompok orang yang paling disayang engkau . berikanlah aku usaha yang kuat untuk melatih diri hamba menjadi yang terbaik di sisi engkau . semoga engkau perkenankan doaku ini kerna sesungguhnya engkaulah tuhan yang memakbulkan doa orang yang beriman dan beramal soleh , ‘


Berjalan keseorangan diri  . namun , tika itu datanglah seorang kenalannya . datangnya bukan sapaan salam seorang sahabat tetapi dengan makian dan carutan . berderau darah mendengar bait-bait buruk itu . berwajah dingin sahaja , kelu lidahnya meresap perkataan haram daripada kenalan rapatnya .

Kenalannya memutuskan tali persahabatan yang kian lama disimpulkan  hanya kerna sebuah cerita palsu ; rasukan si tanduk merah durjana . mukanya tegang menahan pahit . merasakan urusan dirinya tidak dipermudahkan .

namun , wajahnya tetap dingin . tidak menunjukkan kesedihan , tidak memberi mimik muka kecewa malah tidak menangis . urat mukanya tetap dingin . membentak sekali lagi dalam diam .

‘ wahai tuhanku , berikanlah aku kesungguhan dalam mencari nikmatmu , jadikanlah aku hamba yang paling bertakwa di sisimu . kurniakanlah aku darjat yang tinggi di samping mu . semoga engkau perkenankan doaku ini kerna sesungguhnya engkaulah tuhan yang memakbulkan doa orang yang beriman dan beramal soleh , ‘




Sebelum menunaikan solat asar lagi , dia mendapat khabar duka . dia mendapat kata putus daripada tunangnya . tunangnya bertekad mahu memutuskan tali pertunangan yang baru dicipta beberapa bulan yang lepas .

hatinya panas , jiwanya tercabar , dadanya seperti dikoyak dan kakinya seakan-akan tidak mampu teguh berdiri lagi . mulut orang yang disayanginya terbang laju meninggalkannya . hairannya , wajahnya tetap dingin . hatinya sudah lumat tetapi urat mukanya masih lagi tersusun rapi . ya , masih lagi bermuka dingin .

Jari jemari kakinya perlahan mendarat ke tanah . lebih perlahan daripada pagi tadi . dan juga lebih perlahan daripada tengah hari tadi . membawa persoalan yang tidak pasti dalam benak hatinya . mencari-cari kata kunci yang jelas meneroka jawapan yang samar .
Melintasi ruang cermin . uratnya kelihatan . hidungnya merah . pipinya mulai kecut . tetapi wajahnya masih dingin . tangannya mengesat mata , mata yang sudah berair . hangat dan cair . air mata ?



Dia berjalan perlahan di atas tanah yang tumbuhnya rumput secara rawak . perlahan dan terus perlahan . seperti ada tekanan yang terus menekan matanya . dia cuba berlari laju . laju dan terus laju . tekanan yang sama juga menekan matanya . cecair itu seperti sudah mula berteriak perlahan , jatuh ke atas rumput kuning .

Dia keras . dia lelaki yang memegang falsafah . tidak boleh begitu . dia cuba pula berjalan perlahan memandang langit . langit yang biru . mengharapkan kuasa graviti menekan cecair itu jatuh kembali ke dasar biji mata .

namun , hakikatnya cecair itu mula bertakung ingin melimpah keluar . seperti air yang bertakung berisi penuh apabila ditambah air lagi .
Mendengar laungan azan maghrib , meluru ke tempat wudhu . membersihkan takungan hangat di matanya . matanya suci . bergegas solat tepat pada waktunya . seperti kebiasaannya dia akan menggunakan senjatanya , namun tika itu kebiasaan dirinya mengubah menjadi perkara yang tidak biasa .




‘ wahai tuhanku , jadikanlah hamba yang banyak dosa ini , satu kekuatan yang sangat luar biasa . aku cuma mahukan satu sahaja kekuatan yang bisa buatkan engkau tidak menolaknya . bukan kesenangan dan bukan juga nikmat . jauh sekali anugerah istimewa .
nikmat yang aku bersyukur selama ini dan kesenangan yang aku sanjung dengan nama engkau belum cukup menjadikan aku seorang hamba . hamba yang disayang tuhan . aku alpa dan lalai . aku terlupa fitrah seorang hamba .
aku lupa meminta kekuatan itu . cukuplah aku pintakan sepasang mata yang suka menangis . bukan menangis kerna cintakan dunia engkau tetapi menangis kerna menjadi hamba yang jahil , cukuplah dengan mata yang suka menangis ‘



' Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali '

Haba mula melingkari sepasang matanya . cecair mata yang ditahan meluncur perlahan , membasahi pipinya yang kecut . aliran cecair hangat itu membentuk alur yang licin menuruni kulit mukanya . lelaki itu tidak lagi berwajah dingin .

muka hamba yang disayang tuhan ditemani dengan sepasang mata yang suka menangis menanti waktu isya’ mencipta perkara yang bukan kebiasaan pada masa kini .

Tanyakan kepada orang yang soleh mengapa mereka tidak berhibur , ‘Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu dibelakang kami , kubur di hadapan , kiamat itu janjian kami , neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH , ‘

28 comments:

Unknown said...

walaupun ada sikit kesalahan bahasa, post ni tetap menarik.
:)

habis baca serentak dengan lagu!

L.I said...

terima kasih kerana menegur...jika ada kesalahan bahasa , mohon maaf atas kelemahan si penulis...jika ada kesilapan sila nyatakan supaya saya dapat lakukan ubah suai kembali...sekali lagi terima kasih cik~

amii afandi said...

syafiq, good job.:)

cg4dis said...

menangislah ketika bertemu Allah(dalam solat) dalam meneyesali dosa jahiliah yang lampau...

moga sempurna imam seseorang itu.

L.I said...

amii : thank you very much

L.I said...

naziyatul : insyaALLAH ya ukhti~

look before you leap said...

entry ini lebih memberi kesan kepada si pembaca jika dia membaca sambil mendengar lagu tersebut:) syukran di atas entry yg memberi kesan..:) keep it up syafiq!!

L.I said...

ekin : afwan ya ukhti...dan syukran kerna membaca post saya...

ayiel said...

terbaeekk!i like dis p0st<3

L.I said...

terima kasih ya...semoga anda dirahmati tuhan

fi said...

kau ni kalau berpuitis nombor satu..

MUET kau sama tarikh dgn kelas rep aku la.. kau ambik MUET kat mana?

L.I said...

erk macam la aku kenal class rep hang...aku amek kat smk ss19 shah alam...

A. said...

entri yang terkesan di hati :')

L.I said...

semoga kita dirahmati tuhan~

fi said...

kalau hang kelas rep aku mau nya aq gelak guling2.. class rep aku comey la wei.. tak setaraf muka mcm hang ala2 pelakon cinta elysa... phewittt ;)

L.I said...

erkk....ades pedih tu =_="

Sarah Sylph said...

aku nak belajar BM dengan ko :P

L.I said...

err jangan =_="

Nadia Ashari said...

Terima kasih menziarah, teruskan karya puitis yang maknanya dalam setanding dalamnya karang di lautan!

L.I said...

terima kasih kembali~ cik terlalu memuji...alhamdulillah

Sarah Sylph said...

nak nak! haha.
ajar aku sastera ye, haha.

PS : by the way,
meet my neighbour and kakak senior 1 tahun kite, sis Nadia Ashari :D

L.I said...

sastera?? habis aku~ oh ada hubungan rupanya...selamat berkenalan

Saiful Islam said...

gaye entry ko y ni cam penulis y suda ade terbitkan novel..TERBAEK..keep it up..

L.I said...

saya masih mentah lagi...doakan saya berjaya apabila sudah dewasa..

Saiful Islam said...

insya'Allah..amin..

L.I said...

alhamdulillah...>_<

Ajieda Ajis said...

suka pada lenggok bahasa yg digunakan walaupun dari segi tatabahasanya ada kekurangan... tapi berkesan di hati apabila membaca... Insya'allah, boleh la cuba bidang penulisan. Boleh tambah lagi islamic novelis kat m'sia ni...

L.I said...

alhamdulillah , saya budak baru belajar , insyaALLAH jika dipimpin oleh doa , saya akan cuba mara peringkat seterusnya...doakan saya